Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat. Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan. Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu mengandung, amalan ini dapat memudahkan proses kelahiran kelak.
Carilah jenis senaman mengikut kemampuan tubuh. paling penting, ikuti kelas atau latihan kecergasan yang diawasi oleh instruktor bertauliah.
Berminat untuk kekal aktif, tetapi keliru dengan pilihan senaman yang boleh diamalkan? Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis senaman yang mungkin tidak anda sangkakan baik untuk wanita mengandung, tetapi amat bagus jika boleh diamalkan.
Sumber foto: www.freepik.com
Pa&Ma senaraikan beberapa jenis senaman yang boleh anda cuba untuk kekal aktif dan mudah-mudahan memudahkan proses melahirkan anak nanti. Carilah senaman yang anda suka kerana ia dapat membantu anda untuk kekal konsisten dan berdisiplin untuk melakukannya. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
BERLARI
Senaman ini paling cepat dan berkesan untuk mengaktifkan jantung. Selagi tubuh anda berkemampuan, ubah jaraknya selagi tenaga anda mampu menanganinya. Jika baharu mula bersenam, jangan terus berlari. Mulakan perlahan-lahan dengan berjalan terlebih dahulu.
BERENANG
Aktiviti ini sangat baik untuk ibu hamil kerana ia membantu menggerakkan lengan dan kaki. Ia juga membantu mengaktifkan jantung dan paru-paru. Semakin besar kandungan, anda akan dapati tubuh semakin ringan di dalam air.
Sumber foto: ww.freepik.com
Menariknya aktiviti ini kerana anda boleh membuat senaman di dalam air yang membantu menguatkan sendi dan mengurangkan masalah edema terutamanya pada hujung waktu mengandung.
Ads
YOGA ATAU PILATES
Aktiviti yoga baik kerana ia memngajar anda untuk melenturka tubuh serta bersedia dengan posisi melahirkan bayi. Selain itu, senaman ini banyak mengajar teknik pernafasan yang baik untuk anda guna pakai ketika mahu bersalin. Regangan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan tubuh dan tidak dipaksa. Ikuti kelas dengan instruktor yoga bertauliah.
Sumber foto: www.freepik.com
Pilates pula mensasarkan otot-otot yang lemah sewaktu anda mengandung. Anda akan diajar untuk menetapkan masa bersenam serta untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Jika berkesempatan, anda disarankan untuk mengikuti kelas pilates yang dianjurkan oleh jurulatih yang diyakini.
AEROBIK DAN TARIAN
melakukan aerobik adalah selamat selagi anda melakukannya dengan impak rendah. Ia baik untuk memberi kekuatan kepada otot-otot tubuh anda. Dengan menari, anda akan menggalakkan aktiviti pengepaman darah ke jantung.
Menarilah mengikut jenis muzik yang digemari tetapi elakkan pergerakan lasak seperti melompat atau langkah yang terlalu rumit yang berkemungkinan menyebabkan anda hilang keseimbangan. Menari juga merupakan salah satu terapi terbaik buat wanita hamil.
Ads
SENAMAN KUATKAN LANTAI PELVIS
Senaman untuk lantai pelvis bertindak untuk menguatkan bahagian itu. Jika otot lantai pelvis lemah, anda cenderung untuk terkencing ketika bersenam, batuk, bersin atau ketawa. Dengan melakukan senaman ini secara konsisten, ia boleh dielakkan.
Sumber foto: www.freepik.com
SENAMAN BEBAN
Jika anda mampu, lakukan senaman ini. Pilih berat mengikut kemampuan dan kekuatan tubuh anda. Biasanya senaman begini dibuat oleh wanita hamil yang sudah biasa melakukannya sebelum mengandung. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan dan menggunakan beban yang tidak keterlaluan, sekadar untuk membantu menguatkan otot tubuh.
Senaman bertujuan untuk mengukuhkan otot serta membina ketahanan diri sebagai langkah persediaan untuk membawa bayi dalam kandungan yang semakin membesar. Bersenam secara konsisten dapat membantu menguatkan bahagian tubuh untuk membawa berat badan yang bertambah, memperbaiki emosi, memberi tenaga, memastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk bersalin, memberi tidur berkualiti kepada si ibu dan banyak lagi.
Aktiviti yang bagus untuk wanita hamil akan mengepam jantung dan memudahkan tubuh untuk dilentur. anda boleh berlari atau mengangkat berat tetapi rejim senaman harus ditukar mengikut trimester kehamilan.
Pengacara, Nabil Ahmad reda dan menganggap belum rezeki untuknya dan isteri, Zira Ayub menimang cahaya mata keempat mereka selepas isteriya itu disahkan mengalami keguguran pada Khamis lalu.
Kata Nabil lagi, dia baru mendapat tahu isterinya hamil tiga bulan namun akur dengan setiap percaturan Allah.
Impian untuk memiliki cahaya mata keempat tidak kesampaian selepas doktor mengesahkan keguguran itu.
” Saya tahu isteri hamil dua minggu lalu dan usia kandungan pun dah masuk tiga bulan. Isteri alami pendarahan Khamis lalu dan doktor pun sahkan memang dah gugur.
” Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang. Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tak ada, tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, menerusi satu Reels yang dikongsikan oleh isteri Nabil, Zira turut berkongsi berita sedih itu di Instagram miliknya ketika sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun baru-baru ini.
Pastinya Allah menjanjikan rezeki yang lebih baik buat kedua pasangan ini. Semoga Zira cepat-cepat sihat.
Terdahulu Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @zira.ayub
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keluarga Dr. Sheikh Muszaphar sering menjadi tumpuan serta inspirasi kepada ramai orang kerana menyebarkan banyak perkara positif yang dapat mendidik ibu ayah baharu. Bukan saja cara didikan Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri menjadi rujukan tetapi anak-anaknya juga boleh menjadi contoh kerana bijak dalam pelajaran dan aktif dalam kokurikulum.
Dr. Sheikh Muszaphar dan keluarga akan menerima ahli baharu tak lama lagi. Kehamilan kali ini bukanlah kembar, tetapi warganet tetap teruja untuk mengetahui perkembangan baru serta jantina anak ketujuh mereka.
Sumber foto: Instagram Dr. Halina
Melalui akaun instagram Dr. Sheikh Muszaphar, beliau berkongsi sebuah video yang menunjukkan isterinya sedang memuat ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi. Ketika posting ini dibuat adalah sekitar bulan Februari ketika usia kandungan Dr. Halina 18 minggu.
“Anak-anak perempuan kami nak ikut untuk melihat jantina bayi. Sekarang, Dr. Halina hamil 18 minggu dan semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.”
Menurut angkasawan negara yang pertama ini lagi, anak-anaknya ada pilihan jantina untuk adik baharu ini.
Sumber foto: Instagram Dr. Halina
“Bella nak adik perempuan, Tasha mahukan adik lelaki. Adam pun nak adik perempuan, Noah mahukan adik lelaki. Dengan anak-anak yang sudah 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan, kami tak kisah apa jantina sekalipun. Yang penting sihat.”
Antara komen yang ada;
Mereka sekeluarga sangat teruja untuk mengetahui jantina bayi dan memilih untuk merahsikan tentang hal itu terlebih dahulu. Rata-rata meneka jantina bayi adalah perempuan tetapi ada juga yang mengatakan bahawa ia lelaki.
Didoakan agar perjalanan kehamilan Dr. Halina dipermudahkan sehingga tiba saat melahirkan. Tak sabar sebenarnya nak tahu jantina bayi pasangan ini, tetapi asalkan sihat sudah mencukupi. Tahniah sekali lagi kepada keluarga Dr. Sheikh Muszaphar!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.