Dari sekadar mengidam rumah besar dengan tanah luas, kini jadi nyata. Ayunie, usahawan dan pempengaruh media sosial yang dikenali ramai, terima kejutan paling istimewa daripada suami tercinta, Amirul Hakim sebuah vila mewah bernilai RM2 juta!
Momen manis tu dikongsikan sendiri oleh Ayunie dalam satu video di TikTok, masa mereka berdua lawat vila impian tu bersama-sama. Menurut Ayunie, vila tu sebenarnya hadiah tanda kasih sayang dan penghargaan daripada suaminya, sebab dia sedang hamil anak pertama waktu tu.
“Saya mengidam rumah yang tanah luas…”
“Sebenarnya dia dah mula uruskan masa saya 5 bulan hamil lagi, tapi semuanya ambil masa. Saya mengidam rumah yang tanah luas, nak ada ruang tambah, kolam renang semua… Tak sangka jadi kenyataan.”
Ads
Tapi waktu tu Ayunie pilih untuk diam dulu sebab dia alami masalah kesihatan yang agak serius semasa mengandung.
Ads
“Saya plan nak berpantang rumah baru, tapi tak berani nak post sebab saya sakit teruk masa tu. Sekarang baby dah 2 bulan, baru ada kekuatan nak kongsi semua ni.”
Video throwback yang dimuat naik itu buat ramai tersentuh hati dan tumpang bahagia. Ramai yang puji usaha suaminya dan doakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Ads
“Tahniah Yunie, jangan lupa sedekah ya. Rezeki makin melimpah nanti.” “Sweet sangat suami awak. Semoga kekal bahagia till Jannah!”
@ayunieso24Sebenarnya he manage to buy this villa waktu i pregnant 7 months . dia trying dari pregnancy 5 months lagi tapi progress ambil masa . i cakap i mengidam nak rumah yang tanah luas sbb nak tambah lagi ruang and pool . i nak berpantang rumah baru . tapi i takberani post about this sbb time tu i sakit teruk wktu pregnant skrg dah bersalin 2 bulan baru berani post . Now throwback our journey . Alhamdulillah . Our dream house in progress renovation 🥹
Setiap kali seorang bayi dilahirkan, antara perkara paling awal yang difikirkan oleh ibu bapa ialah nama. Nama bukan sekadar satu panggilan, tetapi simbol kasih sayang, doa dan harapan yang akan dibawa oleh anak sepanjang hidupnya. Menariknya, trend nama bayi sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan mencerminkan perubahan dalam jiwa serta keutamaan ibu bapa.
Menurut satu perkongsian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perubahan ketara dapat dilihat apabila membandingkan pilihan nama bayi dahulu dan kini. Ia bukan sekadar soal bunyi nama, tetapi turut mencerminkan perubahan gaya hidup, pemikiran serta cara ibu bapa melihat masa depan anak mereka.
Sebelum tahun 2000, kebanyakan ibu bapa memilih nama yang bersifat klasik dan tradisional. Nama seperti Kamarudin, Baharudin, Osman, Mustapha, Kassim, Zainal dan Salleh sangat biasa digunakan dalam masyarakat. Nama-nama ini lazimnya diwarisi daripada ahli keluarga terdahulu, khususnya datuk atau bapa.
Bagi generasi dahulu, nama anak dianggap sebagai satu kesinambungan warisan keluarga. Ia melambangkan identiti, asal usul serta nilai yang ingin diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Nama yang panjang dan penuh makna dipilih dengan teliti, selalunya berkait rapat dengan agama, akhlak dan budaya setempat.
Ciri utama nama dahulu ialah bunyinya yang klasik, jelas pengaruh tradisi dan membawa makna yang mendalam. Walaupun kedengaran formal, nama-nama ini kekal relevan dalam jangka masa panjang dan menjadi identiti yang kukuh buat pemiliknya.
Nama-nama ini kebanyakannya mempunyai bunyi antarabangsa dan tidak terikat kepada satu budaya sahaja. Faktor globalisasi, pendedahan kepada media sosial serta inspirasi daripada tokoh terkenal dan selebriti turut mempengaruhi trend nama bayi hari ini.
Ciri nama kini lebih pendek, mudah dieja dan senang disebut oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ramai ibu bapa juga mengambil kira kesesuaian nama anak dalam dunia moden, termasuk dari segi pendidikan, kerjaya dan pergaulan antarabangsa pada masa hadapan.
Perubahan trend nama bayi sebenarnya mencerminkan perubahan cara hidup dan cara berfikir ibu bapa. Generasi hari ini hidup dalam dunia yang lebih terbuka, pantas dan serba moden. Oleh itu, pemilihan nama juga disesuaikan dengan realiti semasa.
Menurut JPN, nama klasik kini semakin kurang digunakan berbanding dahulu, manakala nama moden dan ringkas menjadi pilihan utama. Faktor kemudahan sebutan, ejaan yang tidak rumit serta keinginan untuk memberikan identiti unik kepada anak memainkan peranan besar dalam perubahan ini.
Namun begitu, perubahan trend ini tidak bermaksud nilai lama ditinggalkan sepenuhnya. Ramai ibu bapa masih memilih nama moden yang mempunyai maksud baik dan berunsur keagamaan, cuma disampaikan dalam bentuk yang lebih ringkas dan kontemporari.
Walau apa pun trend semasa, perkara paling penting ialah makna dan niat di sebalik nama tersebut. Nama adalah satu doa yang akan disebut sepanjang hayat anak. Ibu bapa disarankan memilih nama yang membawa maksud positif, mudah disebut dan tidak mengelirukan dari segi ejaan.
JPN juga menekankan kepentingan memastikan nama anak mematuhi garis panduan pendaftaran bagi mengelakkan sebarang masalah pentadbiran di kemudian hari. Selain mengikut trend, aspek praktikal dan jangka panjang juga perlu diberi perhatian.
Hakikatnya, sama ada memilih nama klasik atau moden, kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Nama dahulu mencerminkan warisan dan tradisi, manakala nama kini menggambarkan kreativiti serta keterbukaan ibu bapa terhadap dunia yang semakin global.
Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, perubahan trend nama bayi ini adalah satu evolusi semula jadi. Ia bukan soal betul atau salah, tetapi cerminan kasih sayang dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak mereka.
Kerana pada akhirnya, di sebalik setiap nama, tersimpan doa yang tidak pernah putus dan akan terus mengiringi langkah seorang anak sepanjang hidupnya.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilan anak keenamnya pada Oktober tahun lalu, kini Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad sudah hampir dekat dengan tarikh kelahiran bayi.
Berkongsi rasa teruja itu, Rebecca juga turut mengumumkan jantina anak keenamnya yang dijangka bakal dilahirkan sedikit masa lagi.
Majlis pengumuman itu turut diadakan bersempena sambutan hari lahir suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang ke 55 tahun.
“Alhamdulillah it’s a baby BOY,” tulis Rebecca di kapsyen Instagramnya.
Majlis ringkas itu turut diadakan bersempena sambutan Ramadan dengan kesemua tetamu hadir berpakaian tema warna putih.
Begitu juga dengan Datin Rebecca dan anak-anak yang turut mengenakan warna putih bersih.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini terlebih dahulu membuat kejutan hari lahir buat suaminya yang langsung tidak menyangka ianya adalah kejutan sambutan hari lahir dan juga pengumuman jantina anak.
Majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti seperti Memey Suhaiza dan Norman Hakim serta ramai lagi.
Terdahulu, kandungan keenam ini ternyata menguji pasangan ini bila mana diberi kata dua untuk meneruskan kehamilan atau tidak disebabkan kesemua anak dilahirkan secara czer sebelum ini.
Namun selepas kata sepakat dan nasihat dari doktor, Rebecca tekad untuk meneruskan kandungannya.
Datin Rebecca berkahwin dengan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Kita biasa dengar dengan persekitaran tempat kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat seterusnya mengalami tekanan perasaan. Namun tanpa sedar bahawa sebenarnya bukan tempat kerja sahaja tetapi rumah anda sendiri!
Pernah rasa letih, asyik nak keluar dan stress bila balik rumah. Ini lah sebabnya! Tanpa kita sedar sebenarnya rumah boleh menjadi pencetus kepada persekitaran toksik buat anda. Tentu anda tak sedar kan!
Sebenarnya Barang-barang yang tidak lagi digunakan, pakaian lama, barang rosak, dan memori lama yang tidak relevan semuanya boleh mempengaruhi kesihatan mental, emosi, dan fizikal kita. Sebagaimana perkongsian daripada paparan Motivation bermanfaat untuk kita berfikir sejenak mengenai apa itu yang dikatakan persekitaran toksik di rumah!
1.Barang-barang yang anda tidak lagi gunakan. 2.Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak dipakai. Termasuk pakaian dalam yang rosak. 3.Barang-barang yang sudah rosak. 4.Kad dan nota lama. 5.Pokok-pokok yang mati atau sedang sakit. 6.Resit lama dan majalah usang. 7.Kasut yang sudah rosak. 8.Barang-barang yang memanggil memori lama yang tidak lagi relevan. 9.Jika anda ada anak kecil, mainan yang sudah tidak digunakan, tidak berfungsi, atau yang telah rosak.
Kelebihan Bila Anda Bersihkan Barang-Barang Ini:
1.Kesihatan anda akan bertambah baik. 2.Kreativiti akan semakin berkembang. 3.Hubungan dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik. 4.Kapasiti untuk berfikir secara rasional akan meningkat. 5.Mood akan menjadi lebih positif.
Soalan Yang Membantu Anda Membuat Pilihan:
1.Kenapa saya masih simpan barang ini? 2.Adakah barang ini penting untuk kehidupan saya hari ini? 3.Bagaimana perasaan saya jika saya lepaskan barang ini?
1.Kurangkan bunyi bising yang melampau. 2.Gunakan cahaya yang lebih lembut. 3.Pilih warna-warna yang lebih neutral. 4.Elakkan bau bahan kimia yang kuat. 5.Kurangkan memori sedih dalam rumah. 6.Selesaikan projek-projek yang tertangguh. 7.Wujudkan tenaga positif dalam rumah anda.
Langkah Bersih-Bersih: Buat pembersihan secara menyeluruh dengan menggunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci atau kabinet, dan selesaikan satu ruang pada satu masa mengikut kadar anda sendiri: a) Sampah. b) Barang yang perlu dibaiki. c) Barang yang boleh dikitar semula. d) Barang yang masih dalam pertimbangan. e) Barang untuk dihadiahkan. f) Barang untuk didermakan. g) Barang untuk dijual.
Semasa anda membersihkan, perhatikan bagaimana perubahan itu memberi kesan kepada diri anda. Membersihkan ruang fizikal adalah langkah untuk mengatur minda dan hati. Latih diri untuk melepaskan barang-barang material yang hanya memenuhi ruang, dan anda akan mendapati bahawa ia juga membantu anda melepaskan perkara yang lebih besar dalam hidup.
Dengan ini, dengan perkongsian yang dipaparkan ini, membersihkan rumah bukan sekadar mengemas ruang fizikal, tetapi juga cara untuk mengatur minda dan hati kita.
Dengan mengamalkan konsep melepaskan barang yang tidak lagi berfungsi dalam hidup kita, ia memberi ruang kepada tenaga positif, idea baharu, dan hubungan yang lebih harmoni.
Ambil langkah kecil, satu laci pada satu masa, dan rasai perubahan dalam diri anda. Ingat, kebahagiaan bermula dengan ruang yang tenang dan teratur. Selamat mencuba!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.