
Anak pun sama mahukan makanan yang penuh rasa enak dan pelbagai rasanya buat mereka. Adakalanya mereka bosan, mereka inginkan sesuatu yang berbeza untuk mereka. Berkreatif dengan makanan yang dimasakkan buat bayi sememangnya perlu bagi mengelakkan bayi kita mula rasa bosan dengan satu-satu jenis makanan itu.
20 resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria buat bayinya yang baru berusia 7 bulan menerusi Happy Baby Food Malaysia patut anda contohi. Sumber makanannya lengkap nutrisi malah dihidangkan penuh sempurna buat si comel. Bukan biasa-biasa tetapi mencuba sehabis baik untuk mengenyangkan perut si kecil kita. Ayuh cuba 20 resipinya.

Antara menu Iris sepanjang 7 bulan. Umi compilekan kat sini. Moga umi boleh terus istiqamah sediakan makanan sihat tanpa gula dan garam. Resepi umi update kat gambar ye.
Kongsi 5 Resipi Terpilih

IKAN MASAK SINGGANG
1. Hiris bebawangs, halia, serai di titik
2. Masukkan semua kecuali pak choy
3. Reneh api slow. Biar keluar semua bau dan rasa bahan.
4. Last masukkan pak choy.
5. Boleh di makan dengan bubur kosong.

SUP SAYUR BILIS
1. Tumis bebawangs, masukkan ikan bilis.
2. Dah naik bau, masukkan sayur kecuali bayam.
3. Biar mendidih, dan sayuran lembut.
4. Masukkan bayam. Dah layu tutup api.
5. Blend dengan nasi panas. Siap.

SUP IKAN SIMPLE
1. Tumis bebawangs dengan unsalted butter.
2. Masukkan carrot dan brokoli.
3. Tambah isi ikan dan air sikit.
4. Blend dan campur dengan bubur kosong. Siap.

BUBUR AYAM TUMIS DARAT
1. Saute ayam dan carrot hingga naik bau.
2. Masukkan nasi panas atau beras. Goreng sebentar.
3. Tambahkan air. Masak hingga menjadi bubur.
4. Tambahkan pak choy dan daun sup.
5. Goreng bawang dan halia.
6. Dah garing, masukkan dalam bubur. Siap.

SUP IKAN MERAH
1. Tumis bawang, halia dan rempah 3 sekawan.
2. Dah naik bau masukkan sayuran.
3. Masukkan air dan didihkan.
4. Tambah ikan dan biar mereneh.
5. Boleh tambah daun sup.
6. Blend dgn nasi panas. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1 jam. Siap uli rehatkan selama 15 minit.
Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag.
Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30 minit. Letak topping atas.
Bakar pada suhu 170 selama 20 minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu)
Fresh from oven.
Its done!
Sedapnya. 











Untuk sos coklat pula, cairkan coklat cadbury dan juga coklat gelap dengan minyak. Gunakan kaedah double boil.
Tengok coklat tu, boleh bayangkan betapa sedapnya kan.

