Anak susah makan ataupun mak ayah yang tak rajin nak layan? Memang biasa anak-anak susah makan. Tapi bukanlah bermakna anak tu tak lapar. Sebagai kanak-kanak yang aktif, selalunya ingat nak bermain je sampai terlupa rasa lapar.
Tapi kalau mak ayah bagi makanan ataupun minuman kegemaran mesti akan dihabiskan walaupun ambil masa lama. Malangnya, ramai mak ayah yang salah faham dan hanya menurut je kerenah anak. Nak makan, makan. Tak nak makan, sudah.
Apa kata sekali sekala, cuba ubah menu anak. Mungkin boleh sediakan pilihan menu western. Jika asyik menu sama pun anak boleh rasa bosan. Macam kita juga orang dewasa. Apa kata cuba buat Mac & Cheese versi anak kecil.
Berikut perkongsian resipi dari Puan Syaza Yasmin untuk anaknya.
Ads
Buat mac & cheese versi baby untuk Maryam. Tapi ikutkan untuk dewasa pun sesuai ja. Sedap. Seriously.
Dan semalam macaroni Maryam nak habis, tinggal berapa ketul ja. So mama campurkan dengan pasta bentuk shell.
Ads
Ini dia bahan-bahan MAC & CHEESE versi baby;
– Makaroni
– Beqa Junior cheese stick
– Unsalted butter
– Cbs
– Isi ayam*
– Bawang putih*
– Mixed herbs
– Carrot (optional, potong dadu kecil)
– Serbuk ikan bilis homemade
Cara buat;
1. Potong cincang halus bahan bertanda *
2. Rendamkan pasta dalam air panas.
3. Tumiskan bawang putih dengan ub sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan carrot.
5. Masukkan hirisan cheese stick dan cbs.
6. Masukkan pasta yang dah lembut dan gaulkan semua bahan.
7. Taburkan sedikit mixed herbs dan serbuk ikan bilis.
8. Dah rata, masukkan dalam acuan.
9. Bakar dalam oven dengan suhu 160° selama 10 minit.
Ads
* Jangan lebih-lebihkan masa membakar, nanti pasta jadi liat, susah anak nak makan.
* Mama guna Eatalian Express Vege Pasta.
* Acuan tu mama buat sendiri guna aluminium foil, dan bentukkan pada bontot gelas supaya jadi bentuk cup yang bulat gitu.
* Kalau nak lebih sedap, parut cheese dan tabur atas macaroni sebelum dibakar. Yummyyy.
* Selalunya orang tak letak sayur dalam mac & cheese. Tapi mama saja tambah carrot. Boleh ja nak tambah sayuran lain yang sesuai.
Cheesecake untuk bayi? Boleh ke bayi makan cheesecake? Mestilah boleh. Buat pengetahuan para ibu di luar sana, cheesecake boleh dijadikan penambah berat badan dan penambah selera untuk anak anda. Cheesecake merupakan sejenis kek yang berasaskan dari krim keju yang sedap dan berlemak. Keju dapat memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan anak sekiranya diberi dalam kuantiti dan pada umur yang tepat.
Kandungan kalsium yang ada pada keju dapat menguatkan tulang dan gigi si kecil. Kandungan protein yang terdapat dalam keju pula mampu memberikan pertumbuhan yang optimal. Kalori keju juga dapat menambahkan tenaga anak dan membuatkan anak cergas sepanjang hari.
Cheesecake yang sedap dan berlemak tanpa gula tambahan pasti sangat sesuai untuk dinikmati oleh si kecil tanpa para ibu risaukan. Jom kita lihat resepi mudah cheesecake untuk si kecil.
Resepi ini dikongsikan oleh Aimi Uyu di Kumpulan Facebook Resipi Makanan Bayi.
RESEPI CHEESECAKE BABY 7 BULAN
Sumber foto: Facebook Aimi Uyu
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby. Resepi ini pun Uyu jumpa dan Uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuj baby, teksture kek ini bukan macam kek, dia lembut smooth sesuai untuk baby,
Bahan- Bahan Cheesecake Baby 7 Bulan: – Cheese Tatura – setengah dari 250g – Tepung Gandum – 1 sudu sahaja – Telur – 1 biji
Sumber foto: Facebook Aimi Uyu
Cara- Cara: 1) Blend semua bahan di atas, 2) Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus. 3) Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minitboleh cek.
Nak tambah topping pon boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang. Macam Uyu buat topping cream cheese untuk anak yang lain, yang baby 7 bulan ni Uyu bagi cake ini sahaja, sebab buah dah habis.
Mudahkan resipi ni, guna tiga bahan sudah cukup untuk buat anak gembira. Tambah pula topping buahan kesukaan anak, pasti lebih selera anak makan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat para ibu.
Pernah terfikir apa yang berlaku bila kita guna minyak masak berulang kali? Walaupun nampak seperti langkah berjimat, tindakan ini sebenarnya mengundang bahaya besar kepada kesihatan kita.
Kenyataan mengenai bahaya minyak masak terpakai yang diguhakan lebih tiga kali ini dihuraikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan Public Health Malaysia ini dengan fakta mengejutkan tentang risiko penggunaan minyak masak terpakai.
Jom kita fahami lebih lanjut untuk elakkan ancaman kesihatan kepada diri dan keluarga!
Apa sebenarnya yang berlaku apabila minyak masak digunakan berulang kali?
Setiap kali minyak dipanaskan, ia melalui proses kimia yang berbahaya: Penguraian Lemak
Lemak dalam minyak mula terurai apabila dipanaskan terlalu lama atau berulang kali, menghasilkan lemak-trans.
Lemak-trans ini sangat berbahaya kerana ia menyumbang kepada kolesterol tinggi dan penyumbatan salur darah (atherosclerosis).
Pembentukan Radikal Bebas
Suhu tinggi menyebabkan minyak menghasilkan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel badan kita. Radikal bebas ini berkait rapat dengan radang kronik, kanser, dan juga penuaan pramatang.
Aldehid dan Bahan Toksik
Minyak yang digunakan berulang kali juga menghasilkan aldehid, bahan toksik yang merosakkan organ dalaman seperti hati, jantung, dan otak.
Pengambilan bahan ini secara berterusan meningkatkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan kanser.
Warna dan Bau Minyak Berubah
Semakin lama minyak digunakan, warnanya menjadi gelap dan bau tengik muncul.
Ini petanda bahan kimia berbahaya telah terkumpul di dalam minyak tersebut.
Penggunaan Maksimum: 3 Kali Sahaja!
Untuk keselamatan keluarga, elakkan makanan yang dimasak dengan minyak terpakai. Pilihan anda hari ini menentukan kesihatan mereka di masa hadapan.
PASTIKAN ADA PENGESAHAN SIRIM, ELAK HIDAP RISIKO KANSER
Sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, menjelaskan minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Katanya minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.”
Dia juga memberi nasihat supaya berhati-hati membeli minyak paket yang murah supaya tidak menjejaskan kesihatan. Dia menegaskan bahawa pastikan minyak berkenaan mendapat pengesahan daripada SIRIM.
“Kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
“Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.”
“Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah,” jelasnya menerusi coretannya di facebook miliknya.
Kesihatan adalah aset paling berharga, dan semuanya bermula dari pilihan kecil kita sehari-hari. Elakkan penggunaan minyak masak berulang kali kerana kesannya bukan saja merosakkan tubuh, malah boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser dan penyakit kronik lain. Sayangi diri dan keluarga, dan jadikan ini peringatan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Pilihan anda hari ini adalah penentu masa depan mereka!
Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa
Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam
Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air
Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan
Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran
Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.