Meroyan boleh berlaku pada ibu-ibu yang tidak cukup tidur ketika menjalani tempoh berpantang. Ibu berpantang perlu mengambil berat tentang jumlah waktu tidur setiap hari. Umumnya, orang dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam untuk berehat dan memulihkan tenaga. Tempoh waktu tidur untuk nyenyak adalah antara 11 malam hingga 2 pagi.
Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang
Sebagai ibu yang baru bersalin, kegembiraan menimang cahaya mata lama-kelamaan menjadi fasa kepenatan jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi. Manakan tidak, bayi perlu disusukan paling kurang di setiap tiga jam, ditukar lampinnya apabila basah dan dipujuk jika menangis.
Masalah kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Salah satu daripadanya mengurangkan keupayaan anda menangani stres dan daya ketahanan tubuh terhadap sesuatu jenis penyakit.
Individu yang tidak mendapat tidur secukupnya pada waktu malam, tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan harian dengan baik. Kadang-kala tindak balas yang diberi semasa melakukan sesuatu tertangguh ataupun terlambat. Lebih teruk lagi, emosi terganggu hingga membuatkan diri mudah menjadi marah.
KESAN TIDAK CUKUP TIDUR
Sindrom goncang bayi
Tahap kesabaran setiap individu berbeza antara satu sama lain. Shaken baby syndrome boleh berlaku jika ibu berpantang hilang kewarasan akibat terlalu penat kerana kekurangan tidur. Kepenatan yang dialami menjadikan si ibu melepaskan kemarahan tanpa sengaja kepada bayi yang mungkin ketika itu ada membuat ragam.
Ads
Tanpa sedar, anda mungkin menggoncang tubuh bayi dengan kuat atau menghempasnya ke atas tilam. Jika tidak bernasib baik, tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan otak atau menjadi punca kematian.
Meroyan
Jika ibu berpantang kurang tidur, kepenatan akan dialami. Ketika itulah boleh terjadinya masalah meroyan. Jangan malu meminta pertolongan suami, ibu bapa, mentua atau ahli keluarga untuk menolong menjaga bayi untuk sementara waktu. Anda dan suami juga boleh mengambil giliran tidur secara bergilir-gilir pada waktu malam. Yang penting, jangan sia-siakan waktu rehat jika ada kesempatan.
Kesihatan dan berat badan terganggu
Ads
Jika kurang tidur, berat badan susah untuk turun selepas melahirkan anak. Begitu juga tahap kesihatan. Anda tidak akan berada dalam keadaan baik.
Ini Tip Penting Untuk Mama
Oleh yang demikian, berehatlah setiap kali ada kesempatan. Panduan ini boleh anda aplikasikan untuk mendapat tidur yang cukup.
Tidur semasa bayi tidur
Anda tentu pernah dengar saranan tidur semasa bayi tidur. Jadi, lakukannya! Walaupun untuk tempoh sesingkat 30 minit pun, ia sudah cukup untuk membantu menyegarkan diri anda.
Ads
Matikan telefon bimbit
Masa kini, telefon dan individu berpisah tiada. Untuk sementara waktu ini, kurangkan penggunaan telefon bimbit. Hal ini kerana ia secara tidak langsung, mengganggu masa yang anda ada. Tanpa gangguan komunikasi daripada telefn bimbit, anda boleh gunakan kesempatan masa yang ada untuk tidur.
Elakkan gangguan
Gangguan seperti bunyi bising boleh mengganggu kualiti tidur. Jika anda tinggal di dalam hiruk-pikuk kebisingan kota, tidurlah dengan tingkap rumah ditutup. Senyapkan bunyi televisyen sekiranya anda perlu menonton televisyen bagi mendapatkan mood mengantuk. Ingatkan suami menutup televisyen tersebut selepas anda tidur supaya cahaya daripadanya siarannya tidak mengganggu tidur anda.
Ummi Nazeera tidak menunda aktiviti luar rumah untuk kecergasan diri. Peminat pula tidak mengecam sebaliknya memberikannya sokongan agar melakukannya dengan perlahan-lahan.
Ummi yang bersalin pada 22 Ogos lalu memuat naik gambarnya di luar rumah dengan kapsyen yang dia sedang berjalan perlahan sehinggakan seorang makcik lebih laju berjalan dan memotongnya.
It feels good to see the sun again . Alhamdulillah . But I’m walking so slow . Women twice my age walked pass me . u go aunties !
Para peminat Ummi memberikan sokongan padu kepada Ummi untuk melakukan aktiviti. Sementelah Ummi telah bersalin secara caesarean, maka aktiviti fizikal membantu untuk mengelakkan pembekuan darah dan menggalakkan pemulihan luka.
Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia? Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan. Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain.
Berilah susu yang mahal sekalipun, tapi tetap tak boleh menyaingi rasa susu ibu yang sangat terbaik. Betul ke?
Ya. Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom susu ibu ada pelbagai rasa setiap hari kerana apa yang ibu makan itulah yang anak akan rasa selepas itu. Sebab itulah bayi anda tak sabar bila nampak je ibunya depan mata. Kalau boleh tak mahu lepas.
Suami beritahu, Fatimah kalau nampak ibu dia macam nampak ayam goreng panas. Muka teruja sambil senyum sampai ke telinga.
Tangan dan kaki mesti tergedik-gedik minta diambil cepat. Muka tersengih dia tu.. adohaiii, mak nak tersandar baring pun tak jadi lerrrr. Memang cair habis!
Terpaksa mengalah kat pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu walaupun sekarang Fatimah siap bagi pakej ‘tarik + rentap + lepas’ kat ibu dia. Haha!
Ajaibnya susu ibu ialah rasanya berubah setiap hari mengikut pemakanan ibu itu sendiri.
Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak ibu dia (walaupun sebelum tu baru je menyusu sebotol). Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia.
Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia sendiri.
Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.
Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ oleh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi.
Selepas dilahirkan, bayi mula belajar mengenal rasa itu melalui susu ibu. Dan kalau mommies perhatikan, apa yang mommies suka makan selalunya sewaktu mengandung atau menyusu, juga akan digemari oleh anak kita nanti.
Nak ajar anak suka makan sayur pun lebih mudah bila perkenalkan dengan sayur yang biasa dimakan oleh kita sendiri.
“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM”
So mak-mak pula macam mana? Ada tak yang alami pengalaman macam ni?
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara diantaranya dengan menggunakan botol plastic BPA-Free, botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu BPA-Free. Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat dari bahan BPA-FREE. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polycarbonate. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. BPA boleh melarut ke dalam susu apabila ia didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah dari bahan BPA-FREE. Kebiasaannya jangka hayat botol BPA-FREE adalah sekitar 6 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.
Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
#1 Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar dan sekaligus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
#2 Warna Botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia dari plastik.
#3 Bau Botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu dari ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah...