Mirepoix adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak.

Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan. Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.

Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.

Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah!

Jom kita tengok resepi mirepoix untuk bayi dan cara penyediaannya step-by step oleh Puan Farisha Sofea di bawah ini.

Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan Bawang Holland
  • 1 cawan saderi (celery)
  • 1 cawan lobak merah (carrot)
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah!

CARA-CARA:

IKLAN
  • Potong kasar semua bahan di atas. (Seeloknya potong bahan dalam saiz yang lebih kurang sama supaya waktu masak dia sama.)
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan hingga kekuningan menggunakan api kecil.
  • Tunggu hingga bahan naik bau dan agak layu. Tak perlu terlalu lama.
  • Sejukkan seketika.
  • Kisarkan semua bahan tersebut.
  • Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan simpan di bahagian sejuk beku.
  • Bila nak tumis makanan bayi, boleh campurkan mirepoix dalam masakan sebagai penyedap rasa. (Contohnya boleh campur dalam bubur baby, lauk ayam, pasta dan sebagainya.)

 

Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah!

NOTA: Mirepoix boleh tahan sebulan hingga 3 bulan jika disimpan dalam freezer (bergantung pada cara penyimpanan.)

IKLAN

Kredit: Farsiya Sofea, Nutritionistkkm

Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI