Teringin nak dapur lawa dan kemas, tetapi tak cukup bajet untuk buat kabinet dapur, boleh cuba gunakan idea ini di rumah anda. Lagipun dapur adalah kawasan yang menjadi ruang utama untuk isteri dan ibu menyediakan masakan untuk seisi keluarga.
Jadi penting untuk pastikan keselesaan dan ruang yang luas. Sekiranya ada tempat simpanan barang, sekurang-kurangnya lebih tersusun dan mudah untuk mengambil barang yang diperlukan.
Kali ini idea DIY kabinet dapur yang bawah bajet RM300 bolehlah dibuat. Jika suami ada masa, apa salahnya tolong buatkan kabinet ini. Isteri pun suka hati. Langkahnya sangat mudah dan memang berbaloi sangat.
DIY kabinet dapur ringkas, mudah, cantik, memuaskan. Apa yang penting jimat bajet!
Ads
Bahan dan kos:
Storage Box : RM 89.90 x 2 = RM 179.80 HD Shelf Bracket : RM 6.50 x 4 = RM 26.00 L Bracket : RM 2.10 Skru : RM 1.00 TOTAL : RM 208.90 sahaja
Ads
Rak buku ini tebal dan agak berat sedikit daripada rak buku yang biasa dijual dan tiada pintu. Idea ini pun saya ambil daripada saudara Shuhaimi Zulkefli. Terima kasih banyak-banyak.
Bila dah siap ni, nak letak apa pun boleh. Isteri pun pasti tersenyum dan duit suami pun jimat. Maklumlah musim sekarang ni selagi boleh jimat, kita berjimatlah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibubapa biasanya bimbang apabila anak mereka dibuli di sekolah. Tetapi, bagaimanakah jika apa yang terjadi ialah sebaliknya? Bagaimanakah jika anak anda adalah si pembuli? Terdapat beberapa sebab kanak-kanak menjadi boleh menjadi seorang pembuli.
Saya cukup takut nak cakap pasal ni. Sama sekali tak nak diuji anak dibuli atau jadi pembuli.
Saya sedar. Anak-anak saya idaklah soleh mana. Sekali-sekala, terlepas juga kata-kata ejek. Ada juga tangannya terlepas hayun ke kawan.
Tapi untuk membenarkan buli, dan sengaja ajar anak jadi pembuli, tidak patut dijadikan pilihan!
Tak kiralah ianya dilakukan secara FIZIKAL, VERBAL, SOSIAL mahupun secara SIBER. Saya sendiri pernah jadi mangsa buli waktu sekolah.
Disalat tahi hidung di tudung. Ditolak cawan waktu minum. Digantung basikal kat pagar sekolah. Disorok beg dalam tong.
Tak taulah kenapa budak skema ni selalu seronok dijadi bahan buli. Haih. Nasib baiklah saya naif. Kadang-kadang buat tak faham je orang buli saya. Agak-agak teruk sangat, saya nangis jelah.
Kisah saya ni kelakar juga bila dikenang. Tapi sepanjang melaluinya, mental saya koyak tau!
Jangan biar anak sesukati koyakkan mental dan emosi orang.
Kerana itu penting untuk kita ajar anak :
1) Menegur dan menyapa kawan dengan cara dan bahasa yang baik.
2) Terima rupa fizikal kawan-kawan yang berlainan dari orang lain. Walau unik mana pun rupa mereka. Walau ada tangan sebelah, bertongkat, tahi lalat besar di wajah, gigi tak rata, juling dan besar.
Mereka layak dihormati dan mahu didampingi macam kita juga. Buatkan mereka rasa yang mereka sempurna dan cantik.
3) Biasakan meminta maaf. Dan bertanggungjawab bila terbuat silap. Paling penting, ingatkan. Ingatkan. Dan ingatkan. Memang akan ada drama ‘tak nak kawan’. Berbalas pukul. Dan mengata-ngata.
Peranan kita untuk terus mengingat. At the end of the day, kids will always be kids. Kita yang parents ni lah berperanan untuk sentoasa ingatkan ‘It’s NOT OK to be bully.
Jangan normalisaskkan buli. Jangan mula dari dalam rumah lagi! Kesan pada mangsa meninggalkan parut pada mangsa secara emosi.
Paling kita taknak, si pembuli membawa karektor membuli sampai ke besar. Masuk ke dalam organisasi. Dan sebarkan ia sebagai amalan yang cool untuk dicontohi.
Kadang-kadang kan, kita sendiri tak sedar pun yang kita mendidik anak jadi pembuli. Jom kita cek, apa contoh perlakuan kebiasaan kita yang secara tak langsung, membina karektor Pembuli dalam diri anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, kita tak sanggup bila lihat anak sakit. Mesti akan doa biarlah kita yang sakit. Namun cara ini tak sepatutnya diucapkan.
Melalui perkongsian Dr Hjh Azuraida Shahadan, ibu-ibu sepatutnya minta diberi kekuatan sepanjang masa. Walaupun kita rasa tak mampu, tapi suami dan anak-anak memerlukan kita sebagai kekuatan mereka. Bayangkan jika kita sakit, apa nasib orang yang kita sayang.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utnuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu untuk jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak (dalam lingkungan umur tiga hingga tujuh tahun) tidak boleh terlalu dimanjakan dan perlu dididik mengenai budi bahasa kerana apa yang dipelajari sewaktu kecil membentuk diri menjadi individu dewasa yang berhemah.
Begitupun, untuk membentuk anak mengenai budi bahasa bukan boleh dilakukan dalam masa singkat, sebaliknya ia adalah suatu proses yang berterusan.
Dalam hal ini, ramai pakar psikologi kanak-kanak menyarankan usia tiga hingga lima tahun adalah waktu terbaik untuk mengajar si kecil mengenai adab dan budi bahasa.
Berikut beberapa panduan oleh pakar psikologi kanak-kanak mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si kecil berdasarkan ceritapapamama.blogspot.my
Ucapan meminta maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Anda sendiri perlu menjadi contoh kepada si kecil. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa dalam kehidupan seharian.
Jika anda sendiri melakukan kesilapan pada si kecil, usah malu untuk meminta maaf daripada anak sendiri. Dengan cara ini dia secara tidak langsung akan belajar dan memahami bahawa meminta maaf bukanlah perkara yang memalukan. Ini boleh membuatkan anak anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
Tunjuk rasa hormat kepada insan lebih dewasa
Didik anak untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka seperti kakak, abang, datuk, nenek dan jiran tetangga.
Si kecil juga perlu dididik supaya tidak meninggikan suara atau menjawab ¬dengan perkataan yang kurang elok apabila berinteraksi ¬dengan orang lebih dewasa. Sebaiknya, tunjukkan contoh yang baik untuk mereka ikuti.
Segera tegur apabila anak melakukan kesalahan
Apabila anak melakukan kesilapan, jangan teragak-agak untuk menegur dan menerangkan kesalahannya. Pada masa sama, tunjukkan cara yang betul supaya dia tidak mengulangi kesilapannya. Jika anak bercakap sesuatu yang boleh membuatkan orang lain malu atau terasa, segera suruh anak supaya meminta maaf.
Bagaimanapun, oleh kerana kanak-kanak sekarang bijak, anda perlu pandai memilih waktu dan perkataan untuk menegur mereka. Jika dia melakukan kesilapan ketika bersama kawan-kawannya, mungkin ada baiknya anda tangguhkan dulu untuk menegur kesilapan si anak kerana teguran yang dibuat secara terbuka boleh membuatkan dia malu. Anda boleh menerangkan kesilapannya ketika duduk berdua bersama anak.
Minta kebenaran
Memang diakui pada mulanya agak sukar untuk melatih kanak-kanak meminta kebenaran bagi mendapatkan sesuatu. Ini kerana mereka lebih cenderung merampas barang permainan rakan sebaya atau daripada adik-beradik lain.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa menasihatkan anak mereka. Katakan kepadanya dengan lembut bahawa perbuatan itu adalah salah dan perlu meminta kebenaran jika mahu mendapatkan sesuatu yang bukan milik mereka.
Didik anak guna perkataan sopan
Jadikan perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda terlupa untuk mengucapkan terima kasih, anda perlu ingatkan. Selain itu, didik anak supaya menggunakan perkataan sopan ketika berbual de-ngan orang yang lebih dewasa. Dalam hal ini, kanak-kanak perlu diingatkan bahawa mereka tidak boleh bergurau dengan perkataan yang tidak elok.
Berkongsi permainan
Berikan kata-kata pujian apabila si kecil anda sedia berkongsi barang permainannya dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya lebih disayangi dan disukai ramai.
Memberi pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat si kecil. Sentiasa berikan pujian apabila anak anda menunjukkan sikap yang baik. Pujian yang diterima sedikit sebanyak membantu per-kembangan emosi dalam diri mereka.
Intonasi suara
Si kecil perlu diberitahu bahawa tidak semua tempat bebas untuk bersuara atau melakukan apa yang disukai. Di tempat awam contohnya, didik mereka supaya bercakap dengan perlahan dan tidak mengganggu orang lain. Beritahu anak tempat yang dia boleh bersuara kuat dan di mana dia perlu memperlahankan suaranya.
Salam
Didik anak untuk berjabat tangan menghulurkan salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri kanak-kanak terhadap orang lebih dewasa.
Sopan di meja makan
Kanak-kanak paling susah untuk duduk diam apabila berada di meja makan. Jika di rumah sendiri ia mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila berada di luar, sedikit sebanyak boleh mendatangkan suasana yang kurang selesa.
Sebaiknya, didik mereka sejak kecil supaya makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut antara satu sama lain. Mereka juga perlu diajar supaya makan dengan sopan tanpa menyepahkan makanan atau minuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.