Pempengaruh cilik, Fatimah ‘The Family UK’ yang cukup dikenali dengan kepetahannya berdialek Kelantan dikhabarkan semakin lemah selepas prosedur pembedahan biopsi dilakukan pada minggu lepas.
Menurut perkongsian di Instagram keluarga ini, Fatimah yang dikhabarkan tidak sihat dan berulang alik ke hospital sejak Mac lalu mengalami pendarahan sejak lapan hari lalu malah sehingga kini masih tidak berhenti.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.
“Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ads
Ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga turut memohon doa dari semua agar keadaan Fatimah semakin bertambah baik dan stabil.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Ads
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, beberapa hari lalu Fatimah dikhabarkan tidak sihat bahkan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan sejak Mac lalu.
Kadang-kadang betul kata orang, bila dah tak ada baru kita teringat-ingat. Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali, akan kita hargai. Semasa hayatnya masih ada, haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita. Jika tidak, takut menyesal di kemudian hari.
Begitulah perkongsian seorang suami, Eddie Dieana yang menceritakan tentang seorang kawannya yang ralat kerana tidak menghargai isterinya semasa masih hidup. Isterinya kini sudah meninggal dunia.
Dia pernah ‘kantoi’ menghantar mesej kepada perempuan lain. Apabila isterinya bertanya tentang hal itu, suami tersebut mengakuinya kerana tak suka dengan bentuk tubuh si isteri yang gemuk. Dia juga membandingkan isterinya dengan perempuan tersebut yang ramping dan cantik.
Menurut kawannya itu, dia sempat minta maaf dengan isterinya sebelum meninggal dunia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangat sedih dan rasa menyesal. Tambah kawannya lagi, dia baru saja melihat-lihat telefon isterinya dan terjumpa ‘sesuatu’.
Dalam tempoh dua bulan, isterinya hanya mencari tentang cara-cara menguruskan badan. Banyak carian tentang kurus, air detoks dan sebagainya. Juga melalui sebuah aplikasi membeli-belah, isterinya banyak letakkan pelbagai jenama ubat menguruskan badan di troli kerana tak mampu membelinya.
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption. “Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.” Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau. “Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa. Semoga roh arwah tenang disana.” “Thanks Eddie, kebetulan kau text aku. Boleh aku call kau?.” “Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya. Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih. “Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.” “Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?” “Macam ni bro, 2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal. Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap. ‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam. Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon. ‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’ Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack. “Allah, sedihnya aku dengar Zack. Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?” “Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “ “Tapi kenapa bro” Sahabat saya terus mendiamkan diri. Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.” “Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia. Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.” “Kau jumpa apa bro?” Aku tengok apa yg dia search 🔎 dekat YouTube dia. ‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’ ‘Cara² untuk turunkan berat badan.’ ‘Cara² bakar lemak.’ ‘Cara buat air Detox untuk kurus’ ‘Cara² tahan lapar.’ Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni. “Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.” “Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat. And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.” Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni. Setuju dengan apa yg kau cakap. Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin. Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.* Penulis:- Eddie Dieana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal memasuki fasa ketiga bermula 15 April ini dilihat sebagai satu fasa yang genting. Begitu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media.
Malah katanya lagi, bagi melalui fasa yang genting ini, segala usaha perlu diambil bagi memastikan rantaian wabak pandemik koronavirus atau Covid-19 di negara ini dapat diputuskan dengan segera.
Pembukaan beberapa sektor ekonomi seperti yang dikeluarkan semalam sebenarnya akan turut memberi kesan kepada tempoh genting ini. Rakyat perlu bertindak bijak dalam memilih samada untuk terus menjalankan perniagaan atau terus kekal berada di rumah.
Kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, perbincangan yang teliti perlu dirancang dan ini termasuklah menasihatkan kerajaan agar menangguhkan pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi dalam masa sama membuat perancangan dengan teliti mengenai beberapa perkara.
Malah katanya lagi, bagi membendung wabak ini daripada terus berlanjutan, perancangan secara berperingkat perlu dilakukan supaya apa yang dilaksanakan dalam tempoh PKP ini dapat diteruskan meskipun ia tamat kelak.
“Kita kena lihat untuk kita bermula dengan cara berperingkat-peringkat, kita tidak boleh kembali terus. Contohnya, habis saja fasa tiga kita terus seperti cara biasa. Mungkin kita akan rancang dengan lebih teliti lagi untuk mengelakkan perhimpunan sama ada di stesen bas, di stadium dan sebagainya.
“Sebagai contoh, mungkin kita mulakan dengan perkara yang menjadi keutamaan dan selepas itu secara perlahan memulakan sesi persekolahan.
Sekolah mungkin kita boleh fokuskan untuk Tingkatan Lima dan Enam Atas yang akan hadapi peperiksaan awam,” katanya lagi.
Siapa sangka, kegembiraan hari raya pertama meninggalkan kenangan pahit yang akan dikenang seumur hidup. Sebagaimana yang dilalui keluarga pesara kerajaan Zainuddin Abdul Halim, 60.
Keluarganya menjadi antara mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, tragedi hitam pada hari raya kedua yang menggemparkan negara itu.
Lebih meruntun jiwa, diri dan lapan ahli keluarga melecur malah kerugian bernilai lebih RM1.5 juta apabila sembilan kediaman termasuk lapan unit rumah sewanya di Kampung Kuala Sungai Baru dan harta lain turut terjejas.
Berkongsi luahan hati, menerusi video di Tiktok @emxakmxr memaparkan keadaan kawasan rumah itu sebelum dan selepas musnah dijilat api dalam kebakaran di Putra Heights pada hari raya kedua.
Video berdurasi 17 saat yang memaparkan kemeriahan keluarga pesara itu bersama anak, menantu dan cucu meraikan hari pertama dikongsi sejak semalam telah mendapat 1.9 juta tontonan setakat 10 malam ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Zainuddin berkata, dia baru sahaja pulang dari bersarapan bersama-sama dengan rakannya di warung berdekatan rumahnya.
“Saya sempat beli sarapan untuk isteri, tiga anak, dua menantu, seorang cucu dan mak mentua… kemudian saya masuk ke bilik berborak dengan isteri dan merancang untuk pulang ke kampung di Rembau.”
“Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi letupan dan rumah bergegar, kedengaran bunyi seolah-olah jet terhempas dan kami berasa sangat panas di dalam rumah. Ketika menjenguk ke luar rumah, kami nampak langit berwarna merah dan saya menjerit meminta semua ahli keluarga keluar dan lari menyelamatkan diri,” katanya.
DAPAT RAWATAN
Katanya lagi keadaan dia sudah dibenarkan keluar dari wad semalam, manakala kesemua ahli keluarganya selamat dan kini menumpang di rumah anak perempuannya di Seksyen 10, Shah Alam.
Bagaimanapun, katanya anak lelakinya perlu menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya kerana tapak kakinya melecur akibat berkaki ayam ketika lari menyelamatkan diri.
Tambahnya lagi berharap insiden itu mereka mendapat ini pembelaan daripada pihak sewajarnya.