Ibu bapa mana sanggup lihat bayi yang dilahirkan sihat dan normal tapi ketika usia 4 bulan, Allah uji anak kecil ini. Benjolan yang timbul secara tiba-tiba dan membesar dari semasa ke semasa benar-benar merisaukan.

Apatah lagi anak comel ini masih tak mengerti apa-apa dan sekarang hanya menunggu untuk dilakukan pembedahan. Kini doa orang ramai sangat diperlukan agar si comel ini kembali sihat dan membesar dengan sempurna.

Berikut perkongsian Puan Nor Azira Musa mengenai anaknya yang mesra dipanggil Icha.

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum…Alhamdulillah. Mata yang sedang melihat, mohon selitkan sedikit doa buat anakanda saya NUR ARISHA BT AMRAN (8 bulan).

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala

Di sini saya kongsikan sedikit mengenai anakanda saya (Icha). Masa Icha 4 bulan lebih tiba-tiba ada benjolan naik betul-betul atas ubun-ubun kepala. Masa tu tak besar mana lagi, tak ada jatuh atau kena apa-apa. Kami dah buat CT scan dan MRI tapi doktor masih tak kenal pasti lagi ketumbuhan jenis apa tu. Semakin hari semakin besar. CT scan dan MRI kami terpaksa buat di hospital swasta.

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala

28/3/2021 hari pertama timbul
19/4/21 X-ray
28/4/21 Refer bahagian kanak-kanak, refer pakar neurosurgeri

IKLAN

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala23/5/21 admit wad untuk CT scan petang balik reject sebab tak urgent.
30/5/21 buat CT scan di hospital swasta

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala2/6/21 refer pakar for results CT scan, doktor cakap kena buat MRI. Tapi dapat tarikh bulan 3 tahun depan.

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala10/6/21 buat MRI
14/6/32 refer pakar for results MRI. Pakar bagi tarikh untuk operation 4/7/21

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala30/6/21 hospital call bagitahu operation postpone lepas raya haji 25/7/21.(Jujur saya sedih dan kecewa bila dapat tahu tarikh operate Icha ditangguhkan.

Bagaimanapun, kesedihan kami akhirnya terubat berkat doa orang ramai sebelum ini yang tak putus mendoakan kesembuhan Icha dan dipermudahkan urusan rawatan. Kami dah dapat tarikh baru untuk melakukan pembedahan iaitu pada 11 Julai ini.

IKLAN

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala

Hanya doa dari orang ramai kami perlukan sekarang ini agar Icha selamat menjalani pembedahan dan boleh kembali sihat dan normal seperti anak-anak yang lain.

Selagi ada peluang, kami akan usahakan yang terbaik. Bukan sahaja rawatan hospital, sebelum ini pun ada juga berubat secara tradisional dan berjumpa ustaz.

IKLAN

Alhamdulillah Allah hadirkan orang-orang yang baik, keluarga yang sentiasa membantu, kawan-kawan yang tak jemu bagi semangat. Syukur Ya Allah.

Terima kasih tak terhingga kepada hamba-hamba Allah yang telah memberi sumbangan kepada Icha, sumbangan tu sangat-sangat membantu kami semasa buat CT scan dan MRI di hospital swasta sebelum ini. Syukur Ya Allah.

“Mohon Selitkan Doa Buat Arisha.” Tak Jatuh, Usia 4 Bulan Tiba-Tiba Benjol Atas Kepala

Kepada semua yang mengenali saya Ira/Achik dan suami Amran Amy mohon doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan pada anak kami.. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.

Saya izinkan pada siapa-siapa yang nak share kisah Icha ni, semoga ada dikalangan orang-orang alim mendoakan kesembuhan Icha. Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas ujian yang Engkau berikan pada kami.

#prayfornurArisha
Kredit: Ira Azira Achik

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI