Selepas viral video tarian penyanyi Ayda Jebat yang membuat persembahan cukup bertenaga di pentas walaupun sedang sarat hamil, Ayda tampil berkongsi cerita.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Ayda amat berterima kasih kepada semua yang begitu prihatin akan kesihatannya dan bayi dalam kandungan.
“Mommy bersenam sikit hari tu.
“Turun je stage, Nabil cakap ‘bukan main lagi eh bila dapat mic! Lupa pregnant ke?’,” ujar Ayda memulakan cerita.
Ads
Malah ibu kepada Ana Nayla ini juga turut memberitahu dirinya dan bayi kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Mengakui terlepas gian ketika berada di pentas, Ayda turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buatnya dan kandungan.
Ads
“Semua don’t worry, alhamdulillah saya and baby okay. And belum 7 bulan sarat mengandung ya! 5 bulan lebih.
“Doakan semuanya baik baik saja ya! Hehe.. 🤍Sorry! Lepas gian! Lama tak pepommm,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ayda dilihat cukup bertenaga ketika membuat satu persembahan dengan tiga buah lagu popularnya. Tampil cukup lincah, penampilan Ayda Jebat begitu merisaukan wargamaya kerana dirinya yang kini hamil lima bulan.
Pelbagai video dan gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang banjir besar yang melanda negara saat ini terutama di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Namun video yang satu ini meruntun hati ramai. Seorang ibu dilihat sedang membawa bayinya yang diletakkan di dalam besen mandiannya untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Tidak mahu terbeban mengendong bayi sambil mengharung arus deras, ibu dan bapa ini tekad meletakkannnya di dalam besen mandi.
Bayi yang berusia beberapa bulan itu kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja.
Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!
Ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.
Jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri.
Antara negeri yang terjejas sehingga kini adalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi.
“Ya Allah jagakan isteriku…” Itulah doa sebak yang dititipkan pelakon Nadzmi Adhwa buat isterinya, Ardell Aryana, yang kini berada dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Sebagai seorang suami dan ayah, Nadzmi tidak mampu menyembunyikan rasa risau apabila kapal Mikeno, yang membawa delegasi Malaysia termasuk Ardell, hilang kontak selepas berdepan intimidasi tentera Israel di perairan antarabangsa.
Menerusi hantaran di Threads, Adhwa menulis penuh emosi:
“Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal.”
Dalam debar menanti khabar, doa menjadi senjata paling kuat buat Adhwa. Lebih menyayat hati, anak kecil mereka juga kini menanggung rindu kepada ibu tersayang yang berjuang jauh di lautan demi membantu saudara kita di Gaza.
Sebagai seorang bapa, Nadzmi perlu kekal tabah demi anaknya, meskipun hati penuh dengan rasa cemas. Situasi ini menggambarkan betapa besar pengorbanan sebuah keluarga ketika salah seorang daripadanya menggalas tanggungjawab misi kemanusiaan.
Menurut Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), delegasi Malaysia termasuk Ardell yang menaiki kapal Mikeno kini tidak dapat dihubungi selepas berlaku gangguan daripada tentera Israel. Hal ini menambah keresahan ramai kerana kapal tersebut menjadi antara sasaran utama konvoi flotilla.
Meskipun dilaporkan mengalami masalah kesihatan dalam perjalanan, Ardell tetap teguh dengan pendirian mahu meneruskan misi. Keputusannya meninggalkan suami dan anak bukan sesuatu yang mudah, namun semangat juangnya membuktikan kasih seorang ibu bukan hanya untuk keluarganya, tetapi juga untuk umat yang menderita di Palestin.
Perkongsian penuh sebak Nadzmi segera mendapat perhatian netizen. Ruangan komen dipenuhi doa dan kata semangat buat Ardell, Nadzmi serta anak mereka. Ramai yang mengharapkan agar Ardell kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga.
Sebagai isteri dan ibu, Ardell Aryana kini menjadi inspirasi ramai wanita. Sementara itu, doa seorang suami serta kerinduan anak kecil kepada ibunya mengingatkan kita bahawa kasih keluarga adalah kekuatan yang tiada bandingannya.
Semoga Allah melindungi Ardell Aryana, seluruh aktivis flotilla dan mengembalikan mereka dengan selamat ke pangkuan keluarga tercinta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kejadian mengejutkan berlaku di sebuah sekolah di Solo, Indonesia, apabila seorang murid lelaki berusia empat hingga lima tahun cedera di bahagian kemaluan selepas digunting oleh rakan sekelasnya sendiri! Difahamkan, kejadian berlaku ketika aktiviti “gunting dan tampal” dijalankan dalam kelas di bawah pengawasan guru.
Menurut Ketua Pejabat Pendidikan Kota Solo, Dwi Ariyatno, insiden bermula apabila guru meninggalkan sebentar sebahagian murid untuk membawa kumpulan lain mencuci tangan. Dalam tempoh singkat itu, seorang murid lain dikatakan mengambil gunting dan menggunting kemaluan rakannya.
“Kanak-kanak itu memberitahu dia melakukannya kerana mahu ‘mempraktikkan’ amalan berkhatan,” jelas Dwi kepada media tempatan.
Menuut laporan Mstar, mangsa segera dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan dan doktor mengesahkan kecederaan tersebut tidak mengancam nyawa. Kanak-kanak itu kini dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan pulang. Namun begitu, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pemerkasaan Wanita serta Perlindungan Kanak-Kanak Kota Surakarta tetap memantau keadaan mangsa bagi memastikan emosi dan fizikalnya tidak terjejas.
Pihak sekolah turut mengadakan sesi rundingan dengan keluarga kedua-dua murid dan akan memperketatkan prosedur keselamatan termasuk penggunaan alat tajam di dalam kelas.
“Kita akan mempertingkat kawalan keselamatan terutama ketika melibatkan gunting, pisau dan peralatan seni yang berisiko mencederakan,” kata Dwi.
Pakar psikologi kanak-kanak menjelaskan bahawa anak kecil belajar melalui pemerhatian dan peniruan. Mereka belum mampu membezakan antara perkara yang selamat atau berbahaya. Oleh itu, apa yang mereka lihat atau dengar boleh menjadi sesuatu yang mereka cuba praktikkan tanpa sedar.
Dalam kes ini, tindakan si kecil bukan kerana niat jahat, tetapi kerana ingin tahu dan cuba meniru perbuatan orang dewasa. Inilah sebabnya mengapa pendidikan awal tentang keselamatan diri dan tubuh badan sangat penting.
Ibu bapa boleh mula mendidik anak dengan cara mudah:
Terangkan bahawa bahagian sulit adalah bahagian privasi dan tidak boleh disentuh atau dilihat sesiapa tanpa kebenaran.
Jika anak bertanya tentang berkhatan, jelaskan dengan tenang bahawa ia dilakukan oleh doktor di tempat khas, bukan sesuatu yang boleh dilakukan sendiri.
Gunakan bahasa yang sesuai usia, tanpa menakutkan atau memalukan mereka.
Latih anak cara berkata “tidak” jika berasa tidak selesa dan beritahu orang dewasa yang dipercayai.
Kejadian ini juga menjadi peringatan penting untuk semua institusi pendidikan awal kanak-kanak. Peralatan tajam seperti gunting perlu disimpan dengan selamat dan hanya digunakan di bawah pengawasan rapat. Guru juga perlu memastikan semua murid difahamkan tentang bahaya peralatan tersebut sebelum aktiviti dijalankan.
Anak-anak kecil memang penuh rasa ingin tahu dan cepat meniru apa yang mereka lihat. Namun, tanpa panduan dan pengawasan, rasa ingin tahu itu boleh mendatangkan bahaya. Sebagai ibu bapa dan guru, kita perlu lebih peka — bukan hanya melindungi fizikal mereka, tetapi juga mendidik tentang keselamatan diri, sentuhan selamat, dan batas privasi sejak kecil.
💬 “Anak bukan nakal, mereka cuma ingin tahu. Tapi rasa ingin tahu itu perlu dipimpin dengan ilmu dan kasih sayang.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.