Pengasas produk kosmetik Noir menerusi aplikasi Tiktoknya berkata, suaminya teruja untuk memasang stroller setelah 7 tahun penantian untuk menimang cahaya mata. Kegembiraan ini juga turut diraikan dan disambut baik oleh netizen.
Suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh atau diberi gelaran TP (Tuan Penasihat) terlihat senyum gembira di dalam video walaupun kelihatan sedikit kekok kerana kerana sudah lama tidak memegang stroller. TP teruja dan meminta untuk memasang sendiri stroller bayi mereka dan dibantu staf-staf Noir.
“Baby A stroller awak dah ready! Mummy cannot wait!,” Madammu teruja. Beliau juga menyatakan dalam video tersebut mendoakan kandungannya membesar dengan sihat.
Bagi yang sering mengikuti perkembangan Eriyca Baiduri Abd Rashid ini atau dikenali sebagai Madammu ini telah berkongsi perjalanan In Vitro Fertilization (IVF) nya dari hari pertama lagi dan kadungannya kini telah pun di trimester terakhir.
Pada tanggal 14 Mac yang lalu, Madammu berkongsi telah pun mendapat tarikh untuk menjalankan Czer. Tambahnya lagi dia perlu melahirkan bayi melalui pembedahan kerana kehamilan berisiko tinggi. Oleh itu, doktor menasihatkannya supaya tidak bersalin secara normal.
Walaupun begitu, Madammu melahirkan rasa syukur kerana sepanjang kehamilannya ini tiada sebarang sebarang masalah besar dan bayinya membesar dengan sihat. Figura berusia 34 tahun ini gemar berkongsi kisah hidupnya dan pengalaman kehamilan di sesi live Tiktok. Semoga urusan Madammu dipermudahkan dan tahniah sekali lagi!
Ibu mengandung akan diminta untuk meminum air gula bagi melihat sama ada mempunyai kencing manis atau tidak. Proses ini dipanggil sebagai Modified Glucose Test Tolerances (MGTT).
Jangan ingat doktor atau jururawat saja-saja beri air gula ni ya. Ada sebabnya mengapa ibu hamil perlu melalui proses ini. Dr Erna Nadia telah berkongsi info tentang hal ini:
Ramai rupanya yang salah faham tentang kenapa kena minum air gula atau disebut sebagai Glucose Test Tolerances. Masa mengandung disebut MGTT (Modified Glucose Test Tolerance).
Ada yang ingat disebabkan kena minum air gula tu lah yang kena kencing manis tu sebab airnya manis bebenor.
Nope! Salah sama sekali. Tidak tepat.
Anda perlu faham yang nak kena kencing manis tahap dua atau semasa mengandung ni mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk terjadi. Ini berlaku akibat organ pankreas tidak dapat lagi menghasilkan insulin yang cukup untuk memproses paras gula dalam badan.
Sebab itu kalau minum air gula tu tak adanya terus dapat kencing manis, melainkan sudah ada kencing manis tapi tak tahu🙂
Kencing manis jenis satu pula boleh terus tahu semasa kecil lagi kerana organ bernama pankreas memang sudah ada masalah untuk proses insulin. Jadi, paras insulin memang lahir lahir saja dah rendah.
Ok, boleh faham, kan?😊
Jadi kenapa kena ada ujian minum air gula yang bluwerkkk tak sedap ni? Untuk menguji organ pankreas kita.
Kenapa kena uji? Untuk pastikan yang kita memang tak ada kencing manis.
Kenapa nak kena tahu sangat ada kencing manis atau tak ni? Sebab pentinglah untuk kesihatan anda. Jika mengandung, lebih penting kerana ianya melibatkan janin di dalam rahim anda juga.
Masa mengandung, jika ada kencing manis, risiko untuk bayi meninggal, bayi terlalu besar, bayi tidak sihat, bayi pramatang, risiko bayi mendapat kencing manis selepas dilahirkan, ibu menjadi hipoglisemia dan risiko ibu mendapat darah tinggi atau eclampsia semasa dan selepas mengandung.
Sebab itu, bila umur sudah lebih 25 tahun, ada sejarah keluarga terdekat yang ada kencing manis, pernah kena kencing manis untuk kandungan sebelum itu, berat naik banyak perlu minum air gula untuk kita pantau kesihatan ibu tadi.
Kasihan janin untuk ibu yang ada kencing manis sebab organ pankreas dia sendiri juga diperlukan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah ibu dia. Akibatnya organ pankreas janin itu yang terjejas akibat ‘overwork’.
Ok, mari kita fahamkan apa berlaku bila minum air gula. Sama sahaja konsep samada mengandung atau tidak.
Kita akan disuruh puasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum itu.
Datang klinik, ambil darah semasa puasa. Kemudian terus minum air gula. Misi akan bancuh air gula berkepekatan 75g. Habiskan dan rehat. Lepas dua jam, darah akan diambil sekali lagi.
Kenapa dua jam? Kerana jika organ pankreas anda masih normal, sepatutnya ianya boleh menghasilkan insulin untuk memastikan paras gula dalam darah anda kekal normal.
Semasa puasa, patutnya kena kurang 5.1 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 7.8 g/dl. Ni untuk ibu mengandung.
Untuk yang tak mengandung, Semasa puasa, patutnya kena kurang dari 6.0 g/dl. Lepas dua jam, patutnya tidak lebih 8.0 g/dl.
Jika keputusan anda lebih dari yang disebut, anda sudah dikira ada kencing manis.
Ada satu ujian lagi yang disebut sebagai hba1c akan dilakukan. Ujian ini adalah sebagai kawalan paras gula dalam badan selama 3 bulan.
Jika lebih dari 6.5 g/dl bermakna kencing manis anda memang tidak terkawal.
Haaa gitchewww😉
Jadi, boleh faham kan kenapa kena minum air gula untuk uji kencing manis? InshaAllah boleh dah kan😎
Ada yang kutuk, ‘Bengong doktor, nak uji orang ada kencing manis tapi suruh minum air gula. Mestilah jadi kencing manis. Saja nak juai ubat dia lettew’ Begitulah kata kata individu yang malas menggali ilmu tapi cuma tahu menghentam saja✌🏻
Jangan begitu, setiap apa yang anda tidak tahu atau tidak faham, bertanyalah dahulu pada ahlinya ya. Nanti sendiri yang malu😙
Ok, marilah pergi cari breakfast. Jangan skip makan ok sebab bila skip, nanti akan makan lebih untuk next meal dan meninggikan risiko dapat gastrik kelak.
Pstt : Dari takut air gula, lebih baik risau pengambilan gula seharian dalam makanan dan minuman. Hari hari tu😛
Semoga dengan penerangan Dr Erna ini dapat memberi penjelasan kepada kita akan kepentingan proses minum air gula ini ketika hamil. Buat apalah nak dielakkan, ia untuk kebaikan si ibu dan bayi dalam kandungan. Kalau takut kena kencing manis, jagalah corak pemakanan supaya tidak menjejaskan tahap kesihatan kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun baru sebulan keguguran, aktres Syatilla Melvin mengumumkan dirinya hamil lagi. Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ke 36 buat suaminya, Sam Shaheizy yang jatuh pada hari ini, 4 September 2018.
Ibu kepada Syeriv Samheizy atau Mat Yip ini memuat naik gambar cetakan ujian imbasan dengan kapsyen berikut;
Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi.
Ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin Allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni?
Besday besday laki ku sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti. Amin ya rab?
Posting ini menerima ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis. Kakak iparnya, Zizie Izette yang kini sedang hamil 3 bulan juga tidak menyangka dan terkejut dengan berita gembira ini.
Ibu hamil jangan pandang ringan jika ada masalah kencing kotor. Tahukah anda bahawa kencing kotor jika tidak dirawat boleh membahayakan serta menyebabkan kematian kepada ibu hamil?
Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil bukan sahaja boleh memberikan kesan positif kepada janin untuk membesar, ia juga boleh menyebabkan kekuatan otot salur ureter dan pundi kencing bertambah renggang. Keadaa inilah yang menyebabkan ibu hamil lebih berisiko mengalami masalah kencing kotor.
Apabila rahim mula membesar, ia berupaya untuk menyekat lebih banyak air kencing. Ditambah pula dengan kelemahan otot pundi kencing untuk menolak air kencing keluar, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Faktor-faktor lain seperti peningkatan tahap keasidan air kencing dan gula yang terdapat di dalamnya berikutan perubahan hormon yang berlaku menjadikan wanita hamil mudah untuk didiagnosis dengan masalah kencing kotor.
Tanpa rawatan, jangkitan tersebut boleh menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan keradangan pada organ buah pinggang. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kuman yang terdapat pada sistem salur kencing wanita hamil mudah untuk bergerak masuk ke dalam aliran darah.
Mungkin ramai bakal ibu yang merungut tatkala doktor meminta mereka memberikan sampel air kencing semasa temu janji rutin. Mana tidaknya, ramai ibu mengandung yang lain beratur untuk memberikan sampel air kencing dan anda sangat yakin bahawa anda tidak ada masalah kencing kotor.
Jika masalah kencing kotor tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengundang bahaya dan juga kematian. Jadi, adakah anda enggan menjalani ujian air kencing seperti yang dipinta oleh doktor hanya kerana anda rasa prosedur tersebut menyusahkan?
Ketahuilah bahawa kencing kotor tidak selalunya didiagnosis pada mereka yang mempunyai air kencing yang keruh atau berkeladak. Mereka yang mempunyai masalah UTI kebiasaannya akan mengalami simptom seperti:
*Rasa terbakar sewaktu kencing *Darah di dalam air kencing *Air kencing keruh *Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar *Tidak dapat menahan kencing
Jika seseorang itu mengalami jangkitan pada buah pinggang, antara simptom yang akan dialami adalah:
*Demam *Loya *Muntah *Sejuk menggigil *Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
Ambil langkah berjaga-jaga
Ujian saringan yang dilakukan oleh doktor merupakan satu keperluan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kencing kotor seperti jangkitan buah pinggang. Jika anda disahkan positif jangkitan, terapi antibiotik akan diberikan secara serta merta bagi merawat keadaan tersebut.
Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang selamat dimakan oleh anda mengikut kepada keperluan semasa. Jika anda hamil, sudah semestinya antibiotik yang diberikan tidak akan menyebabkan komplikasi kepada anda mahupun anak di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dijangkiti? Anda boleh mencuba tip berikut:
*Minum air mengikut kadar saranan harian (6-8 gelas) atau seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda.
*Jangan bertangguh untuk membuang air kecil. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan lebih banyak bakteria membiak di dalam pundi kencing.
*Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan dari depan ke belakang.
*Tindakan ini boleh meminimumkan risiko bakteria untuk merebak dari kawasan punggung ke bahagian intim.
*Pakai pakaian dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas.
*Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.
*Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau berkafein.
Kencing kotor lazim dialami wanita
Apabila kita berbicara tentang kencing kotor, pasti anda akan terbayangkan air kencing keruh umpama air teh dan berkeladak. Hakikatnya, bukan semua individu yang mengalami masalah kencing kotor dapat didiagnosis daripada rupa air kencing mereka.
Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh golongan wanita. Pada kebanyakan kes, jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, namun ada juga yang disebabkan oleh kulat atau virus meskipun ia jarang berlaku.
Saluran kencing melibatkan organ buah pinggang, salur ureter (menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan salur urethra (saluran yang membawa keluar air kencing).
Kebanyakan UTI yang berlaku hanya melibatkan salur urethra dan pundi kencing. Jika jangkitan tersebut berlaku pada organ buah pinggang atau salur ureter, kebiasaannya individu tersebut akan mengalami simptom yang lebih teruk.
Terdapat beberapa sebab mengapa kencing kotor lazim berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki:
*Salur urethra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki.
*Kedudukan salur urethra wanita yang berdekatan dengan vagina dan anu, memudahkan kuman merebak.
*Penggunaan pelbagai jenis produk kontraseptif seperti spermisida (pembunuh sperma) menyebabkan populasi bakteria baik pada faraj berubah.
*Wanita menopaus mengalami perubahan hormon.
Kencing kotor semasa mengandung lazim dialami oleh wanita hamil. Pemeriksaan awal oleh doktor penting bagi memastikan komplikasi kencing kotor dapat dielakkan.
Jika anda mengalami gejala seperti yang tersenarai di atas, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan daripada doktor.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.