Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi, Usop jarang-jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya, apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.
Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia empat bulan, Usop memuat naik wajah kesayangannya dan isteri di Instagram.
Cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Saif Umar itu kini sudah pun berusia empat bulan selepas dilahirkan pada November tahun lalu.
Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Usop turut membuka akaun Instagram buat Umar.
“Hye uncle onty. Umar dah ada IG follow la umar oceyy🙈❤️ @saif_umar22.
Ads
“Umar sedih sebab kena cucuk sakit,” tulisnya di kapsyen.
Apa yang lebih menarik perhatian wargamaya pastinya wajah comel Umar saling tak tumpah seperti isterinya Nur Fatihah Md Hashim atau mesra di sapa Teha.
Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 3 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Saif Umar yang lahir pada November 2022.
Ingin membuat kejutan untuk ibu di kampung tetapi tidak kesampaian. Ibu hamil 5 bulan pergi bersama bayi dalam kandungan dan seorang anak kecil.
Sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa, keluarga ini terpaksa menerima kehilangan tatkala ahli keluarga, Hasliza Arini Muhamad@Hamid. Lebih memilukan, pemergiaan ibu hamil ini turut disertai anaknya yang paling kecil, Muhammad Khalish Kautsar, 2 tahun.
KALI TERAKHIR BERBUAL DENGAN IBU
Menurut laporan Berita Harian, Hasliza yang merupakan seorang akauntan ingin membuat kejutan kepulangannya ke kampung dan langsung tidak bercakap mengenai perkara itu ketika kali terakhir berbual dengan ibunya, Sapinah Hussin, Khamis lalu.
Sapinah hanya mengetahui nasib menimpa keluarga anaknya dalam kemalangan berhampiran Simpang Sungai Ruan itu selepas dimaklumkan anak ketujuh, Hazwani yang mendapat maklumat melalui aplikasi WhatsApp.
SUAMI & DUA LAGI ANAK PARAH
Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, Hasliza Arini dan anak bongsunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang menaiki kereta Perodua Myvi, maut. Suaminya, Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina, 7; serta Dhia Afriena, 5, pula parah.
PALING RAPAT DENGAN KAKAK, ADIK KATA KAKAK NAK BUAT KEJUTAN
Hazwani yang tinggal Klang, Selangor berkata, dia sangat rapat dengan Allahyarham kakaknya kerana mereka tinggal berdekatan dan sering pulang ke kampung bersama.
ADIK MENAIKI BAS
Hazwani terselamat daripada kemalangan yang menimpa kakaknya sekeluarga apabila dia menaiki bas untuk pulang ke kampung pada jam 8 malam. Katanya, arwah Hasliza bersama keluarga bergerak dari rumah mereka kira-kira jam 9 malam dan merancang untuk singgah di rumah ibu mentuanya di Dabong, Kuala Krai.
TIDAK PASTI AKAN PULANG RAYA NANTI
“Kami tidak memberitahu hendak pulang ke kampung kepada ibu kerana mahu membuat kejutan untuk sambut Ramadan memandangkan kakak tidak tahu sama ada dapat pulang atau tidak untuk menyambut hari raya nanti,” kata Hazwani.
MUNGKIN TIDAK BALIK BERAYA
Sementara itu, ibu Allahyarham Hasliza, Sapinah memberitahu kali terakhir bertemu anak kelimanya ialah pada Februari lalu. Hasliza Arini yang merupakan anak kelima daripada sembilan sempat berbual bersama ibu menerusi telefon kira-kira jam 4 petang Khamis lalu.
“Mak cik tak tahu mereka nak balik kampung. Dalam telefon, arwah tak cakap apa-apa pun mengenai kepulangan mereka, hanya memberitahu tidak tahu sama ada boleh pulang sambut Aidilfitri atau tidak. Aidilfitri tahun lalu pun mereka tak dapat pulang kerana menantu saya bekerja,” kata ibu berusia 67 tahun ini.
RAYA TAHUN LEPAS YANG TERAKHIR
Lebih memilukan, adik Allahyarham iaitu Hazwani memuatnaik post mendoakan kakaknya yang telah meninggal dunia serta anak saudaranya.
Who knows last year is ur last raya with us..Semoga syurga buatmu kakakku Hasliza Arini n anak buah kesygn makdik,Khalish Kautsar & baby dlm kandungan..? Al Fatihah.
Tahniah, anda sudah berjaya melepasi fasa kehamilan dan proses kelahiran bayi. Kini tibalah masa untuk menimba pengalaman menjaga bayi baru lahir.
Tetapi malangnya anda berasa bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ini petua cara penjagaan bayi baru lahir, khususnya untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu dan ayah.
Cara menjaga bayi baru lahirBagi anda yang kurang menghabiskan masa bersama anak kecil, pastinya akan berasa mereka sangat lemah dan sukar untuk diuruskan.
Hakikatnya, ia tidaklah sesukar mana. Pun begitu, terdapat beberapa cara menjaga bayi baru lahir yang asas untuk diamalkan dan harus dielakkan, seperti:
#1. Basuh tangan @ guna gel pembersih tangan
Menjaga kebersihan untuk persekitaran si kecil yang baru dilahirkan mustahak. Ini kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan dan ini sekali gus menjadikan si manja berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sebelum memegang bayi, pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya menggunakan gel pembersih tangan.Amalan ini juga perlu diterapkan kepada tetamu yang hadir terutamanya jika mereka seorang perokok.
Pastikan juga mereka tidak peluk bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minit selepas merokok. Ini kerana toksin daripada rokok masih berada pada nafas, kulit dan pakaian mereka.
Jika si manja adalah bayi pramatang, penjagaan kebersihan perlu lebih diberikan perhatian. Jauhkan bayi daripada individu yang mengalami cirit-birit dan muntah, batuk, selesema atau flu.
#2. Sokongan kepala dan leher
Kenapa pentingnya untuk memberikan sokongan kepada kepala bayi?
Ini kerana jika tiada sokongan kepala ia boleh mengakibatkan kecederaan. Bayi baru lahir mempunyai otot kepala dan leher yang lemah dan hanya ada sedikit kekuatan untuk gerakkan bahagian itu.
Jadi sekiranya kepala si manja tidak disokong, terutamanya ketika mendukung atau mengangkat bayi, ia berkemungkinan akan terlentok ke belakang atau ke depan sekali gus menjadikan keadaan tersebut tidak selamat untuk mereka. Sokongan pada bahagian kepala ini biasanya berlanjutan untuk tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan.
Selain itu, sebarang pergerakan kepala bayi yang mendadak turut akan mengaktifkan refleks Moro – tindak balas mengejut. Ia merujuk kepada tindak balas motor yang tidak disengajakan yang dikembangkan bayi sejurus dilahirkan dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.
#3. Menggoncang bayi ketika bermain atau marah
Jika anda perlu bangunkan bayi, elakkan daripada menggoncang si manja. Sebaiknya, geletek tapak kaki mereka atau cara paling mudah, berikan ciuman penuh kasih sayang. Gegaran berisiko menyebabkan pendarahan pada otak dan juga kematian. Ini kerana bayi mempunyai kepala yang agak besar, berat bersama otot leher yang lemah.
Jika goncangan dilakukan, otak akan berbolak-balik di dalam tengkorak dan mengakibatkan pendarahan serta kerosakan. Bayi juga mungkin berhenti bernafas yang boleh menyebabkan kerosakan otak bertambah teruk. Gegaran dan goncangan yang dilakukan kepada bayi juga meletakkan mereka dalam risiko untuk mengalami tulang patah.
#4. Keselamatan bayi di dalam kereta sorong, carrier dan car seat
Penggunaan carrier atau kerusi bayi amat digalakkan, bahkan ia boleh menjamin keselamatan si manja ketika di dalam kenderaan. Walau bagaimanapun, sebaiknya hadkan pemanduan pada jalan yang tidak rata sehingga boleh menyebabkan bayi melambung-lambung.
Selain itu, elakkan juga daripada melompat, melantun, berlari atau menggoncang bayi di dalam carrier bagi mencegah berlaku sebarang kecederaan otak, leher atau belakang badan mereka. Pastikan juga tali pinggang keselamatan dipasang dengan sebaiknya dan bayi berada dalam keadaan kemas dan selesa di tempat duduk khas.
#5. Bayi belum bersedia untuk permainan atau pergerakan kasar
Bayi memang suka bermain. Tidak kira permainan apa yang dimainkan bersama seperti peek-a-boo atau mungkin sekadar bernyanyi, paling penting ia perlu membuatkan si manja berasa selamat.
Pasti anda pernah melihat parents melambungkan bayi mereka ke udara dan si kecil mengekek-ngekek ketawa, betul tak? Walaupun mereka suka dilambung tetapi hakikatnya perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya dan kecederaan yang tidak disengajakan.
Jadi sekiranya anda terfikir untuk melakukan perkara yang sama, sebaiknya elakkan.
Selain melambung bayi, berikut beberapa lagi cara bermain yang harus dihindari, seperti:
Lakukan yang terbaik dalam menjaga bayi baru lahir
Apabila membaca perkongsian ini, pastinya anda berasa sukar untuk menjaga si manja, betul tak? Tetapi sebenarnya, anda cuma perlu memikirkan segalanya secara logik, adakah perbuatan yang ingin dilakukan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada bayi atau tidak.
Jika terdapat sebarang keraguan, bertanyakan kepada yang lebih berpengalaman atau mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkorban biar kena caranya. Wanita terkenal dengan sikap lemah lembut, penyayang dan paling kuat empati berbanding lelaki.
Lagipun darjat dan martabat wanita ini paling tinggi dalam kebanyakan agama dan budaya! Ini fakta!
Tapi sayangnya, apabila kekuatan wanita ini selalu menjadi punca kelemahan utama wanita. Di sebabkan terlalu lembut, wanita selalu jadi tempat orang mengambil kesempatan.
Dia tak melawan bila di tindas bukan sebab takut suami tapi tak mahu jadi derhaka. Di sebabkan terlalu penyayang, wanita selalu tak sampai hati untuk bela nasib diri.
Biarlah hati dan mental terseksa asalkan orang sekeliling tak masam muka. Di sebabkan ada empati kuat dalam diri wanita selalu seksa diri sendiri.
Apa sahaja yang terbaik untuk orang tersayang akan di dahulukan. Sanggup ketepikan keperluan diri sendiri. Yang terbaik untuk diri sendiri selalu jadi terakhir! Itu pun kalau ada lebihan masa dan tenaga, jika tak ada abaikan sahaja.
Masa jadi ‘penyembuh’ segalanya. Tangki emosi jika saban hari menangis lama-lama kering juga emosi.
Tangki jiwa jika saban hari duk rasa kecewa, duk rasa menyesal lama-lama kering juga jiwa.
Tangki tenaga kalau saban hari duk ulang buat kerja yang sama lama-lama jatuh sakit juga.
Bila tangki-tangki ni dah kering wanita yang lemah lembut sepanjang hidup pun boleh jadi ganas dalam sekelip mata.
Bila lembut dah jadi serabut mula la nak marah je 24 jam. Jadi para wanita di luar sana, usahlah pentingkan sangat apa yang bahagia di luar, sebaliknya utamakan la kebahagiaan dalaman anda dahulu.
Utamakan SELF LOVE anda. Bahagiakan diri sendiri baru la orang sekeliling boleh bahagia di samping anda.
Mulut ketawa terbahak-bahak pun tak guna kalau hati bersedih. Wahai lelaki sekalian, lindungi la wanita kesayangan anda ini. Jangan sampai dia terjerat dalam perangkap kemurungan seorang diri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.