“Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu” Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk!

Share

Sarat hamil anak keempat, jurusolek dan instafamous yang cukup dikenali, MUA Bellaz mengalami alahan yang teruk di trimester terakhir kehamilannya.

Di usia kandungannya yang memasuki 31 minggu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengalami alahan gatal-gatal pada kulitnya.

Menurut kata Bellaz, berbeza kehamilannya kali ini kerana mengalami alahan ketika hampir waktu melahirkan.

” Alahan anak kali ni dekat-dekat nak bersalin dia bagi. Kaki tangan hampa toksah cerita la. Habis muka ni tahan ja tak mau garu. Tapi dia naik miang tu Allah aii.

“Nak makeup gena, sakgi dia akan naik timbul macam sopak garam tu. Adeh miang. Anak bertuah sungguh la hat ni lahai,” kongsi Bella.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut personaliti kesayangan ramai ini turut mendoakan agar alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat sembuh.

Semoga alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat berlalu dan bersedia untuk menempuh kehamilan kelak.

Terdahulu, Bellaz yang kini sedang hamil anak perempuan keduanya, tidak sabar menantikan kelahiran buah hatinya. Bellaz turut mempunyai tiga orang cahaya matanya, Airis Alisha, Aidil Mikhail dan Aisy Ean Yusuf.

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN