Minda ibu sangat kuat. Dalam melalui proses kelahiran anak kedua, instafamous Asyalliee menggunakan teknik mindset dan tidak menyangka teknik ini menjadi.
Asyalliee berkongsi tentang kelahiran anak keduanya yang dinamakan Rosé pada 26 Mac lalu di Instagram.
Set dalam minda bukaan 3cm. Selepas itu melakukan pelbagai teknik bersujud dan mencangkung. Mindset 8cm dah masuk labour room pula.
7 pagi masuk labour room, doktor cek dan 8cm. Kemudian 9cm dan 10cm rasa nak meneran. Selepas meneran 5 minit maka keluarlah Baby Rose, lahir tepat 39 minggu pada jam 11.31 pagi.
Para follower mengakui teknik mindset menjadi dan turut menceritakan pengalaman bersalin masing-masing. Ada juga yang mengucapkan tahniah & mendoakan kesejahteraan bayi Asyalliee.
Pelakon serta usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor, sememangnya awet muda. Tak sangka sudah mempunyai cucu. Melalui hantaran di Instagram, pelakon ini telah memaklumkan bahawa dirinya kini telah mempunyai lima orang cucu.
Kelahiran cucu kelimanya itu adalah pada 2.38 pagi semalam. Dia turut melahirkan rasa syukur kerana merasakan kehairan cucu bahari ini umpama hadiah besar dari Allah SWT pada Ramadan kali ini.
Sekadar recap, sebelum ini sekitar tahun 2021 Rosyam Nor dan keluarga akhirnya menerima kehadiran ‘hero’ dalam keluarga selepas penantian selama 32 tahun apabila anak perempuannya, Nur Anis, melahirkan bayi lelaki.
Antara komen yang ada;
Untuk pengetahuan, Rosyam Nor dan isteri dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan iaitu Zarith Maryam, Nur Anis, Arniesha Azureen, Syadira dan Nurlisa.
Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi. Namun adakah ibu-ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin?
1 jam pertama
Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun ceaserean, sentuhan kulit ke kulit perlu diusahakan antara ibu dan bayi. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, purata kejayaan dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif 6 bulan adalah tinggi. Sentuhan kulit ke kulit boleh dilakukan dengan cara meletakkan bayi di atas dada ibu dalam masa sejam sebaik saja kelahiran untuk biarkan bayi kenal bau ibu dan bayi akan lebih bertenang. Daripada sentuhan kulit ke kulit ini, hormon oksitosin akan dihasilkan. Rembesan hormon oksitosin atau dikenali dengan hormon cinta pada ibu akan untuk membuatkan rasa cinta dan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan.
Teknik ini juga membantu ibu mengeluarkan kolustrum (susu yang penuh dengan antibodi) seawal sejam selepas kelahiran. Kolustrum merupakan susu yang sangat bagus untuk melindungi usus bayi baru lahir. Ia memiliki antibodi dan imunisasi yang sangat tinggi.
Sentuhan kulit ke kulit
Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi dilakukan dengan menggunakan cara ibu kanggaru (kangaroo mother care). Ia boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir termasuk bayi pramatang.
LANGKAH 1
Posisi penyusuan selepas kelahiran.
LANGKAH 2
Lekapan bayi di payudara.
Rooting reflex
Adakah ia normal bagi ibu yang terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dibersihkan. Dengan usaha ini, kadar kejayaan penyusuan secara eksklusif enam bulan adalah tinggi sekiranya bayi disusukan lebih awal iaitu semasa proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan.
Rooting reflex iaitu refleks semula jadi bayi baru lahir masih kuat ketika ini. Apabila diletakkan di atas dada ibu, bayi dengan sendirinya menggerakkan kepala kepada kawasan tampuk hitam (aerola) ibu dan dengan sendirinya melekap dan melakukan hisapan (suckling) pada payu dara ibu. Ia juga dikenali sebagai breast crawl.
Pelan kelahiran
Justeru, amat mustahak bagi ibu memberitahu pihak hospital (sekiranya hospital bukan rakan bayi) bahawa anda ingin menyusukan bayi sejurus selepas bersalin. Penyediaan pelan kelahiran yang akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang. Nyatakan di dalam pelan kelahiran bahawa anda mahu sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan menyusukan bayi seawal sejam kelahiran tidak kira kelahiran secara normal ataupun pembedahan caesarean.
Namun bagi kelahiran secara pembedahan caesarean, pengambilan bius epidural memberi kesan yang kurang baik kepada bayi. Bayi selalunya akan berada dalam pengaruh ubat sebaik sahaja kelahiran. Dalam keadaan begini, hisapan bayi akan menjadi agak lemah dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu dimulakan lambat. Diharapkan informasi ini memberi peluang kepada ibu bersedia dari segi mental dan fizikal dan memberikan gambaran jangkaan
5 sebab mengapa penyusuan susu ibu perlu diberikan selepas kelahiran
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum boleh bercakap, menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!