Selain fasih berbahasa Inggeris anak pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad turut boleh berbahasa Mandarin.
Anak sulung pasangan selebriti popular Nabil dan Nazirah Ayub atau lebih glamor dikenali dengan panggilan Zira mempunyai dua orang anak perempuan yang comel iaitu Naira Mikayla,6 dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Baru-baru ini Zira memuat naik video gelagat anak sulungnya yang manja dengan panggilan Mika sedang mempromosikan produk bengkung milik ibunya dalam bahasa Mandarin.
Wah! memang kagum melihat kefasihan si comel ini bercakap Mandarin.
*Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.
*Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.
Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:
Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.
Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.
*Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti harian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.
Anak-anak kita semua bijak. Tak perlulah nak dibandingkan pencapaiannya dengan anak orang lain. Apa yang penting, didikan yang sempurna daripada ibu ayah penentu kejayaan anak.
Cuma perasan tak keistimewaan anak kita antara adik beradiknya berbeza. Antara anak sulung, anak kedua, ketiga, keempat sehinggalah bongsu boleh nampak kelebihan tertentu dalam diri mereka.
Seperti perkongsian Encik Mohd Fhais Salim, ibu bapa boleh menilai anak-anak sendiri melalui kaedah ini.
Tanda-tanda anak yang jenis otak kiri:
1 – Dia suka berkira-kira, kakak dapat banyak adik dapat sikit. Hah, bab nombor ni dia amat sensitif.
2 – Banyak tanya sikit dari anak otak kanan. Dia tak suka explore sangat, dia suka bertanya bila nak tahu sesuatu.
3 – Dia nak buat apa-apa pun dia akan ambil cara yang paling mudah.
4 – Hah, anak otak kiri ni pun kadang-kadang boleh jadi sangat suka buat eksperimen sendiri.
5 – Berita baiknya, anak suka berfikir, analisis dan merancang. Kalau nak didik anak, kita tak boleh spoonfeed tapi guide je biar dia buat sendiri.
6 – Banyak belajar dengan fakta dan logik. Perkara yang depan mata dia lebih mudah faham dari perkara yang kena di bayangkan.
7 – Susah nak dengar arahan yang panjang dan berjela. Kena cakap ringkas dan jelas baru dia senang ikut.
8 – Dia lebih suka bermain yang guna akal. Contohnya main susun blok dan puzzle berbanding berlari-lari.
9 – Lemah sikit bab emosi. Tapi kalau kita pandai komunikasi berlogik dengan dia senang dia kawal emosi.
10 – Cepat belajar. Ya! Anak otak kiri ni ada kebolehan untuk ikut arahan yang teratur. Jelas arahan kita, cepat la dia belajar.
11 – Mudah reasoning dengan dia. Kita jelas baik-baik, dia cepat terima dan redha.
12 – Biasa kurang bercakap tapi kalau dia ada benda nak cakap, tak berhenti-henti mulutnya.
13 – Cepat menghafal. Abc, nombor, ngaji semua tu kacang je nak hafal kalau dia praktis.
Ini antaranya, ada banyak lagi saya share nanti ya.
Apa pun, anak otak kiri ni ada banyak kelebihan dia. Pandai kita gilap, memang cemerlang la masa depan dia nanti.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan yang selalu ibu-ibu buat pada anak hingga menjejaskan perkembangan anak adalah dengan memaksa anak membaca dan menulis sedangkan waktu itu anak kena belajar cakap dulu.
Ini yang ramai daripada kita tak sedar hingga akhirnya memberi kesan negatif hingga buat anak jadi stres.
Menurut Terapi Cara Kerja (Pediatrik), Liyana Raya ramai ibu bapa yang sering bertanyakan soalan antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?
Ini penjelasannya
Inilah elemen paling penting dalam kehidupan seorang manusia. Bercakap penting untuk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya orang sekeliling tahu apa yang hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia, iaitu dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak, bagi salam… say ‘hi’,cium…. peluk, cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak macam tak betul sikit bila duduk dekat ward, kita seorang-seorang sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia, nak-nak dalam dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,’anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah, ada cakap… ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’ Saya cakap, itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact, kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah, memanggil, bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital, ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yang setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia untuk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa, saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yang tak kena je, mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok! MENGEJA bukan bercakap! MEMBACA bukan bercakap! MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact. Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak. Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya. Bercakap adalah komunikasi, ada orang yang mendengar, ada orang yang membalas balik. Bercakap kena ada peniruan, baik meniru dari segi gaya atau bunyi-bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini? Kalau boleh,elakkan!
Kalau risau anak conteng dinding, belikan kertas mahjong besar-besar,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih, catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, reda je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). Menconteng mewujudkan midline crossing abilities. Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas, atas lantai, dekat dinding, buku… kita dah dewasa ni, tolonglah fikirkan cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menconteng. Ikutlah masing-masing nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yang penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu… guna ranting kayu… tak kisah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni, janganlah force anak untuk menulis sangat. Asyik-asyik nak suruh tulis ABC, nombor, huruf jawi…
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. Lukislah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita. Lukislah haiwan, tumbuhan,rumah,atau apa saja. Layankan anak melukis. Gunalah water colour, crayon atau apa saja alatan melukis. Tak rugi spend duit beli benda-benda ni semua. Tak rugi!
Warna lukisan yang diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. Janganlah disuruh mewarna lukisan yang complex. Kalau boleh, elakkan mewarna lukisan yang di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa-apa makna kepada otot tangan. Macam mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini, tak payahlah risau kalau anak-anak masih lagi tak pandai warna dalam garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yang penting, dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna. Tak payah bawak pergi mall, mewarna kat bahagian-bahagian yang ada lukisan-lukisan untuk diwarnakan,xlepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple.
Logically, bila anak dah belajar garisan yang banyak-banyak melalui menconteng dan mewarna, persiapkanlah dirinya untuk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi, kemudian ajar mengenal huruf di sesi yang kemudiannya…. pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yang paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi-bunyi huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat, insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya, jangan segan nak bawa jumpa terapis untuk betulkan masalah yang ada.
Bila anak mula pandai mengeluarkan perkataan pertama, ibu ayah adalah orang yang paling teruja sekali. Jika boleh ingin dirakamkan momen tersebut untuk dijadikan kenangan paling berharga.
Perkataan pertama anak adalah penunjuk aras kemahiran bertutur si anak untuk terus berkembang. Maka penting sebenarnya untuk ibu bapa memantau perkembangan pertuturan anak mereka menjelang usia dua tahun.
Menurut Puan Maryam Jamadi, Terapis Carakerja ada lapan perkataan pertama anak yang mesti dikuasai sebagai terlebih dahulu berbanding lain-lain perkataan. Apakah ia? Jom sama-sama semak adakah anak anda sudah menguasainya atau belum.
PERKATAAN PERTAMA ANAK
Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:
1. Panggilan Mak Ayah. 2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala. 3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan. 4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar. 5. Panggilan ahli keluarga. 6. Anggota badan. 7. Nama makanan dan minuman. 8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.
Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.
Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡ Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan kita.
Apa-apa pun, mak ayah perlu letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info pada kita dan bukannya untuk berlumba serta membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar.
Setiap perkembangan anak adalah berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist. Semoga bermanfaat, terima kasih.