Hos & pengacara Nabil Ahmad selamat menyambut cahaya mata ketiga. Kini dirinya dikelilingi 3 anak dara!
Sekian lama menunggu kehadiran anak ketiga, akhirnya impian Nabil terlaksana apabila isterinya, Zira Ayub telah pun selamat bersalin 1 tengah hari, 24 April 2019.
Nabil yang sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 7 tahun dan Leyla Medyna, 4 tahun bagaimana pun belum mengumumkan nama bayinya dan ia akan diumumkan minggu depan dalam rancangan TV yang dihoskan beliau, Meletop.
meletop Tahniah Bambil @nabilzira & @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi ?? 3 anak dara dah hehehehe. Selamat berpantang ya ☺️
Ads
Oh! Nanti Nabil akan umumkan & share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok!
Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin. Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook, Puan Azurah Ahmad. Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini.
Assalamualaikum. Cuma nak kongsi je. Petua ni terbaca dari FB jugak.
Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi jangan ler sampai 1 rimbun) + halia (2 inci diketuk) + gula batu (1 ketul). Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut (al maklum ler dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut). Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari.
Buat malam je 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan… Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah!
Salah satu mitos yang paling hebat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial adalah mengenai pengambilan ais ketika berpantang. Bagi masyarakat Melayu, amalan minum ais ketika berpantang sememangnya ditegah sama sekali. Ada pelbagai sebab mengapa ia dikatakan tidak baik untuk kesihatan si ibu. Adakah benar ais tidak elok untuk wanita selepas bersalin?
Ada di kalangan wanita selepas bersalin yang mengalami masalah badan menjadi sejuk. Badan rasa menggigil dan sejuk terlampau. Ini merupakan contoh biasa yang berlaku pada wanita yang baru lepas bersalin dan mengambil ais ketika berpantang. Alasan utamanya kerana ais membuatkan urat dalam badan menjadi kembang. Secara saintifiknya, ada beberapa fakta yang mengatakan ais tidak menjadi masalah utamanya.
Berikut fakta tentang ais yang perlu ibu ketahui:
Ais tidak akan sekali-kali membuatkan rahim menjadi kembang. Rahim kembang ketika wanita mengandung. Jika tidak mengandung, rahim berada di kedudukannya. Ia juga tidak sekali-kali membuatkan ‘becak’ pada kemaluan kerana kita minum air sejuk melalui mulut dan bukannya melalui saluran yang lain.
Abdomen juga tidak akan menjadi buncit kerana pengambilan ais. Sebaik air sejuk masuk ke salur pemakanan, ia akan mengikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus. Buncit yang berlaku pada abdomen disebabkan lapisan lemak yang tersimpan. Untuk menghilangkannya, anda haruslah menjaga pemakanan dan senaman.
Ais juga tidak akan membuatkan ibu rasa letih atau penat. Sesetengah kepercayaan mengatakan ais menjadikan darah haid (selepas habis tempot pantang) akan berketul-ketul jika diamalkan semasa berpantang dahulu. Haid merupakan dinding rahim yang luruh. Maka, adanya tisu dan darah yang keluar melalui faraj. Di dalam darah pula ada sejenis bahan untuk membekukan darah. Atas sebab itulah darah menjadi berketul.
Minum ais juga tidak akan membuatkan kita senggugut. Senggugut adalah perkara biasa yang terjadi ketika haid. Kalau terlalu teruk atau berpanjangan, sebaiknya jumpalah doktor. Ia juga tidak akan membuatkan faraj wanita menjadi longgar. Sekiranya mahu menjaga dan mengekalkan ‘keketatan’ faraj, amalkan senaman kegel secara konsisten.
Ais sama sekali tidak akan buatkan kita cepat tua. Cepat tua jika kita makan tidak ingat dunia, berat badan lebih atau obesiti, malas bersenam, emosi tidak tenteram, menghisap rokok dan sebagainya. Bila sudah terkena penyakit kronik dan masih lagi tidak mahu berubah, kualiti hidup tidak akan sama. Ais tidak akan membuatkan badan menjadi sakit apabila bila sudah tua, hanya disebabkan tidak pantang ais ketika bersalin.
Kesimpulannya, anda boleh berpantang dengan cara yang anda selesa. Ikut kemampuan sendiri. Elakkan makanan atau minuman yang anda rasakan tidak sesuai dengan anda. Ikutlah nasihat dari orang-orang yang berpengalaman tetapi rujuk juga kepada doktor jika ada sebarang permasalahan lain. Seharusnya waktu berpantang adalah ruang untuk anda memulihkan diri serta berehat selepas bersalin, bukannya untuk menyeksa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan pandang enteng, sebaliknya ini anda kena tahu bila punya anak lelaki.
“Doktor, kalau anak saya ni kencing, dia kata sakit dan burung dia membelon!”
Ini antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibubapa perlu tahu. Biasanya anak akan mengadu sakit pada hujung zakar, atau susah nak kencing. Kadang-kadang, semasa kencing, kulup(foreskin) zakar tu akan kembang macam belon yang diisi air.
Orang-orang tua panggil kondisi ni “kote buta”. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai phimosis. Ia lazim terjadi kepada kanak-kanak lelaki sekitar umur 4-7 tahun.
Secara fisiologi (semula jadi), kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan semakan kanak-kanak membesar. Bukaan kulup jika akan membesar juga.
Phimosis ini sebenarnya adalah kondisi di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala (glans) zakar, atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan pada kulup.
Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar, lalu menyebabkan ia membelon. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit.
Untuk memastikan sama ada anak anda mengalami phimosis atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup. Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah phimosis.
Apa nak buat jika anak anda mengalami masalah phimosis?
Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, bawa pergi jumpa doktor!
◾Perlu meneran untuk kencing
◾Sakit kuat ketika kencing
◾Air kencing berdarah
◾Kulup kemerah-merahan
◾Cairan berbau pada kulup
◾Kulup membengkak
Doktor akan menilai keadaan dan merawatnya dengan ubat-ubatan, dan kadangkala perlu dikhatankan terus. Ia bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan.
Tips travel dengan anak kecil ketika balik kampung supaya perjalanan lebih tenang dan anak tidak meragam. Mak ayah baru wajib tahu 5 tips survival ini sebelum memulakan perjalanan jauh.