Tanpa guna walker, si kecil boleh belajar berjalan sendiri. Mama papa wajib cuba, bantu bayi bertatih dan memulakan langkah pertamanya!
Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan bayi. Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dunia bayinya. Kebanyakannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan untuk berjalan.
Selalunya, anak kecil akan bertatih pada usia antara sembilan dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.
Ingat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar memahami arahan. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan gunakan trik dan strategi untuk mengajar anak untuk berjalan.
12 STRATEGI GALAKKAN SI KECIL BERTATIH
Mari ikuti maklumat bagaimana untuk kita membantu anak kecil meningkatkan keupayaannya dalam perkembangan ini.
1.Pastikanruang dalam rumah selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut dan ruang tangga.
2.Setelah anak kecil mula belajar merangkak, bantu dia untuk berdiri dan bertatih. Pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri tegap dengan tanpa jatuh. Ia baik untuk menguatkan bahagian kaki.
3.Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis.
Ads
Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untukmembengkokkan lutut supayadia boleh duduk tanpa jatuh. Berikan masa untuk anak mencuba sendiri.
4.Pastikan ada perabot atau struktur kediaman yang boleh digunakannya untuk berpaut atau pegang supaya dapat bangun dan bergerak sendiri dengan mudah.
5.Pegang tangan bayi dalam masa dia belajar untukmengimbangi dirinya. Galakkan bayi berjalan sambil memegang ke dua-dua tangan anda. Pegang tangannya sama ada dalam keadaan anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda seterusnya boleh cuba melepaskannya berjalan tanpa bantuan.
Ads
6.Mama dan papa cuba untuk berada berdekatan dengan si kecil. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Bila anda berada berdekatan, ini membolehkan anda menangkapnya tiap kali dia kelihatan tidak stabil atau
7.Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, janganmenggunakanwalker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
8.Elakkan memakaikan bayi kasut bertapak keras dan tidak fleksibel sehingga anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau Berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan danpenyelarasan.
9.Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak rangsangan fizikal. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan.
Ads
10.Permainanjenis tolak dantarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.
11.Bagaimana pun, jangan paksa dikecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
12.Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersamadengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di dalam rumah anda atau laman rumah.
DUA TAHUN MASIH BELUM BERJALAN?
Biasanya bayi yang mula berjalan sebaik sahaja mereka berusia 16 atau 17 bulan tetapi jika bayi anda mengambil sedikit masa untuk bergolek dan merangkak, kemungkinan dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan tambahan untuk berjalan.
Setiap anak kecil berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat daripada yang lain. Namun jika anak kecil hampir mencecah usia dua tahun dan masih belum boleh berjalan, segera dapatkan pendapat doktor anda. Perlu diketahui bahawa bayi pra-matang mungkin lambat mencapai tahap ini dan tahap perkembangan lain berbanding bayi normal lain.
Bayi baharu lahir memang kerap menangis. Ramai beranggapan bayi lapar susu tetapi lepas kerap disusukan kenapa masih menangis lagi.
Dalam keadaan ibu kalut dan panik, ada pula yang mencadangkan agar diberikan bayi susu formula kerana alasannya bayi tak cukup susu ibu, sebab tu asyik menangis je.
Akhirnya ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak mempunyai tanggapan yang bayi baharu lahir asyik menangis disebabkan tak cukup minum susu ibu dan perlu di ‘top-up’ dengan susu formula.
Menurut Puan Nor Azniza, Jururawat Klinikal Avisena Specialist Hospital kalau ramai ibu yang masih beranggapan sedemikian makanya ia bermakna ramai ibu menyusu anak yang masih kurang berpengetahuan.
Ini penjelasan daripada beliau mengapa bayi baharu lahir kerap menangis. Yang baru bergelar ibu dan bakal menjadi ibu, diharap dapat memahami dengan jelas maklumat ini supaya tidak timbul lagi salah faham tentang bayi menangis sebab tak cukup susu ibu!
Masih ramai yang kurang pengetahuan. Masih ramai yang beranggapan bayi menangis kerana lapar.
Anak saya dah almost 2 tahun masih nak duduk bawah ketiak saya 24 jam.
Dia akan menangis, bila saya ke tandas, nak buat kerja rumah, hingga dia puas bonding dengan saya.
Almaklumlah saya ibu bekerjaya. Bila dapat luang masa dengan mak dia, dia akan pulun bonding sampai puas.
Bayangkan bayi baru lahir dengan keadaan penglihatan yang kurang jelas hanya boleh rasa hangat ibu, bau ibu, suara ibu.
Persoalan yang selalu diberi kepada saya. “Jika susu saya cukup, kenapa bila saya beri susu formula dia berhenti menangis dan tidur”
Kebiasaan bayi baru lahir, 5-7 ml susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan mereka.
Bila bagi susu formula melalui botol, kebiasaan bayi mampu minum hingga 30 – 90 ml sekali minum.
Perut mereka mengembang hingga maksima. Sudah tentu ia membuat bayi tidur. Otaknya kurang aktif kerana tubuh tertumpu untuk menghadamkan susu tersebut.
Itu memang fitrah. Kita pun kalau terlebih makan pun mengantuk.
Jadi ibu, tanggungjawab kita bukan hanya bagi makan pada anak. Tapi kepada emosi,psikologi bayi kita. Apa yang bayi kita perlukan?
“Selesa dan rasa selamat”
Apa yang bayi rasa selesa dan selamat?
“Hisapan dari breast ibu, dakapan dan kehangatan tubuh ibu”
Bedung bayi berikan banyak kelebihannya kepada bayi. Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
7 KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
2.Bayi akan tidur lebih lena.
3.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
4.Rasa selamat kepada bayi.
5.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
6.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
10 PERLU DILAKUKAN/ DIELAKKAN DALAM MEMBEDUNG BAYI
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
Sesetengah bayi suka bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angin pasang atau hernia kerap kali terjadi kepada bayi dan kanak-kanak lelaki. Mama dan papa perlu peka dan periksa sekiranya si kecil mempunyai tiga simptom hernia ini.
Bayi lelaki anda menangis tanpa henti? Setelah ditukar lampin, disapu minyak angin dan dipeluk tangisan masih belum reda? Periksa bahagian intim bayi, kalau membengkak, ia mungkin petanda angin pasang atau hernia. Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan bayi berumur kurang dari satu tahun.
SIMPTOM HERNIA PADA BAYI & KANAK-KANAK
1.Terdapat benjolan peringkat awal jika dan ia tidak menyebabkan rasa sakit. Benjolan kelihatan semasa menangis atau mengeliat kemudian ia hilang. Tetapi lama-kelamaan, apabila hernia membesar, kesakitan akan mula dirasai bayi/kanak-kanak.
2.Keadaan yang teruk ialah apabila si kecil yang terbabit muntah,perut buncit serta benjolan keras serta sakit. Pesakit juga tidak buang angin (kentut) serta air besar.
3.Terdapat benjolan pada bahagian ari-ari serta bukaan lubang pada kantung telur. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah umur setahun tapi ada juga lebih umur setahun apabila ibu bapa baru menyedari anak menghidapi hernia.
BANYAK BERLAKU PADA LELAKI BERBANDING PEREMPUAN
Hernia yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak lelaki disebabkan oleh lubang dalam abdomen yang tidak normal. Ia berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya. Hernia selalunya dihidapi oleh bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Pada kebiasaan hernia mengandungi usus. Jika bayi perempuan, hernia mungkin ada pada ovari.
Jika bayi masih menangis, segera berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia (usus) mungkin terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda. Ianya lebih kritikal jika benjol menjadi keras pesakit masih menangis serta muntah. Pada masa yang sama perut menjadi buncit serta bayi tidak akan membuang air besar atau angin(kentut).
3 HERNIA YANG SERING BERLAKU PADA KANAK-KANAK
1.Hernia umbilikal pada bahagian pusat
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya. Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
2.Hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha
Hernia jenis ini berlaku di mana abdomen bertemu bahagian atas paha. Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen. Bagi kanak-kanak perempuan berkemungkinan ovari atau saluran fallopian masuk dalam hernia. Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
3.Hernia tercekik
Ia merupakan hernia yang terputus bekalan darah. Ia menjadi sakit dan akhirnya bergangren.
JANGAN URUT!
Hernia tidak boleh diurut. Tindakan mengurutnya sangat berbahaya. Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut.
Begitu juga jika tuam dengan daun sirih, apabila panas ia akan menyebabkan usus melekat di bahagian hernia. Segera dapatkan rawatan apabila mendapati anak anda mengalami hernia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.