Anak-anak pelengkap keluarga, kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga. Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga, sempurna seadanya.
Bagi pasangan Siti Aisyah Abu, 34 serta pasangannya, Mohamad Khairunizam Ismail, 40 yang mana impian mereka untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai setelah dikurniakan empat orang anak lelaki.
12 tahun kahwin, dapat 4 anak lelaki
12 tahun usia perkahwinan, menurut laporan Mstar, pernah Khairunizam bernazar untuk kelahiran anak yang keempat jika mereka dikurniakan anak perempuan.
“Anak sulung sampai nombor empat semua lelaki. Memang nak sangat anak perempuan sebenarnya. Tapi masa mengandung anak keempat, saya tak tahu lagi jantina dia masa tu. Suami bernazar cakap pada saya ‘Kalau yang ni dapat girl, saya nak simpan rambut panjang. Awak dah bersalin baru saya potong.”
“Suami saya ni rambut dia jenis kerinting jadi dia malu sikit nak simpan sebab nanti semua orang kutuk. Tapi demi untuk anak ke empat, dia sanggup bernazar tak nak potong rambut.
“Masa saya pergi scan awal mengandung tak nampak lagi jantina bayi. Sampai dah tujuh bulan pun baby tak nak tunjuk jadi doktor kata kemungkinan perempuan tapi doktor tak nak bagi harapan pada saya,” jelasnya kepada Mstar.
Tambah Siti lagi yang menguatkan nalurinya dan suami tentang anak perempuan, ketika hamil kali keempat, dirinya suka bersolek dan berhias berbeza ketika mengandungkan tiga anak yang terdahulu.
“Saya perasan masa mengandung anak keempat ni saya asyik nak melawa je. Saya suka make up dan bergaya. Masa anak yang lain saya jadi malas sikit nak berdandan.
“Jadi bila suami perhatikan sikap saya tu, dia pun cakap kemungkinan besar saya mengandung baby girl.
“Saya pun dengan yakin ambil keputusan beli barang untuk anak dalam kandungan saya ni siap-siap sebab teruja. Saya beli baju warna pink dan barang-barang lain semua warna untuk anak perempuan,” jelasnya lagi.
Doktor sahkan anak keempat pun lelaki
Ads
Setelah melakukan pemeriksaan sekali lagi, keputusan yang dikongsi oleh doktor tidak seperti yang disangka. Anak dalam kandungan Siti kali itu juga adalah lelaki.
“Masa saya sarat nak bersalin, doktor scan lagi sekali dan beritahu yang anak saya sebenarnya ‘boboy’. Dalam hati saya masa tu cakap tak apalah, asalkan anak saya sihat dan selamat pun dah cukup bersyukur.
“Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl.
empat orang anak lelaki pasangan ini
“Lepas saya beritahu suami yang doktor scan tadi kata anak ni boy, suami pun senyum sambil kata tak apa. Dia pun tak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan baby sihat, walaupun ada juga nampak kekecewaan sikit pada mukanya,” kongsi Siti lagi.
Ditanya tentang rambut yang disimpan, menurut Siti suaminya tidak memotong rambut sehinggalah anak keempat yang diberi nama Mohammad Airil Zaquan dilahirkan pada 26 Jun 2018.
Anak keempat Siti & Khairunizam
Akhirnya anak kelima perempuan
Wanita ini turut mengakui bawaha wajah anak keempatnya yang kini sudah berusia 5 tahun kelihatan comel dan lembut persis bayi perempuan. Perkara itu turut diakui oleh orang sekeliling.
Namun sudah tertulis rezeki pasangan ini untuk mempunyai anak perempuan, setahun selepas melahirkan anak keempat, Siti hamil anak kelima dan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Kyra Kaisara pada 28 Mei 2020.
“Setahun lepas dapat anak keempat saya mengandung pula. Kali ni memang pasti anak perempuan tapi saya dah tak beli baju baru pink. Saya beli semua warna putih, biru dan hijau saja untuk dia.
Ads
“Alhamdullilah ada juga rezeki kami nak dapat anak perempuan. Merasa juga ada anak perempuan dalam keluarga kami. Suami pun senyum lebar,” akhiri Siti ketika ditemubual oleh Mstar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hanya memudahkan paling utama memberi keselesaan kepada murid-murid selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas ini.
Pun begitu pertimbangan itu berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
Dalam satu kenyataan semalam, KPM memaklumkan institusi pendidikan juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara yang telah ditetapkan.
“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka.
“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Selain itu, pihak berkaitan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.
Menurut KPM, murid juga digalakkan untuk mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta pihak berkaitan perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
Semua institusi pendidikan KPM juga diminta supaya sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pertama kali membawa anak keduanya, Alisa Aisyah 3 tahun bercuti keluar negara.
Menurutnya, akibat Covid-19 mereka sekeluarga sudah 3 tahun tidak keluar negara untuk bercuti dan ini merupakan percutian yang dirancang saat akhir.
“Pertama kali terbang keluar selepas 3 tahun lamanya. Sekarang masa untuk percutian keluarga and it’s gonna be snow much fun!”
Pemilik jenama Cakenis ini memberitahu, anak keduanya, Alisa pertama kali merasai pengalaman bercuti keluar negara dan bermain salji.
“Ini trip pertama kali Alisa ke luar negara”
Pelakon cantik ini sempat berkongsi video serta beberapa foto percutian mereka di laman Instagram namun tidak mendedahkan tempat percutian buat masa ini.
Video mereka sekeluarga menaiki helicopter persendirian ke pergunungan salji untuk bermain salji membuatkan ramai teruja dan tumpang gembira kerana pengalaman tersebut sangat ‘mahal’.
carlsamsudin Alhamdulillah ❤️ Rezeki Keknis and keluarga lain dari yang lain betul.
tiarajacquelina I’m so JEALOUS😍😍😍 have fun
jasryn.jasme Mewahnya rezeki ❤️❤️
ainaa.mirapenang Betul2 private travel ni 😍
alisme__ Last minute plan dia sampai terkeluar Malaysia tau. aku punya last min paling jauh belakang rumah je . Itupun tah2 tak keluar langsung 😂
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Kredit Foto: Bernama
Melecur 30 peratus
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa didapati melecur 30 peratus manakala rumah mangsa terbakar 60 peratus.
“Punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin,” katanya.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...