Suami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima cahaya mata. Walaupun isteri yang mengandung dan melahirkan, namun proses kehamilan dan kelahiran perlu diambil tahu oleh para suami.
Tiada istilah suami tidak bersedia atau takut untuk memegang bayi yang baru dilahirkan, jangan biarkan si isteri yang kepenatan menguruskan segala urusan berkenaan bayi anda. Bermula dari mengandung, kontarksi hinggalah melahirkan memang cukup memenatkan si ibu. Jadi para suami, bantulah meringankan beban isteri anda.
Ini sedikit pesanan dari cik misi buat para suami yang lain untuk persediaan menerima cahaya mata baru dalam hidup anda. Jika anda rasa tidak cukup bersedia, pergilah ke kelas antenatal yang disediakan di pusat kesihatan yang terpilih.
Saya nak pesan sikit pada suami yg isterinya baru bersalin dan naik ke wad postnatal . Tolong la bantu isteri untuk pakaikan baju pada baby.. Sesetengah hospital macam tempat saya kerja baby akan naik dari labor room cuma pakai pamper dan dibedung dgn kain dari hospital. Jangan bagi alasan ‘ x pandai sbb anak pertama’ ‘ takut la pegang baby sbb dok nangis ja ‘ ‘ sy x berani pegang kecik2 ni ‘ 1 lg alasan x leh terima ‘ sy geli pegang baby’ aduhh cik suami .. sebagaimana ibu2 bersedia nak bersalin ni patut suami2 semua pun patut bersedia untuk hal cam ni .. isteri awak bukan nya bersalin harini esok beranak .. 9 bulan kot .
Majoriti Suami Sibuk Dengan Handfone
Mcm2 boleh belajar .. Berdasarkan pemerhatian saya x semua la kan tp majoriti sibuk dgn handfone .. ada sesetengahnya bagus atur isteri dgn bayi sampai la semuanya ok ..sepatutnya suami kena hargai saat2 cmni sebab tu adalah first time kita pegang anak kita
Suami Tolonglah Beli Isteri Yang Bersalin Normal Ni Makanan
Ads
Lagi 1 .. cik suami boleh beli makanan untuk isteri lepas bersalin normal ni .. yang ni ada yg ibu naik wad sampai ketar2 x makan .. bila sy tanya suami ada beli apa2 x , suami leh jwb ‘ x beli apa’ ‘boleh makan ka misi?’ jangan la mcm tu .. isteri dah bertarung nyawa .. start dari dia sakit tu memang dia xkan makan dah .. dok lama pulak dlm labor room betarung nyawa pula untuk anak .. naik2 suami dok sengih2 tepi katil .. usha misi buat kerja .. buat x kena nak viral la . Bagi isteri yang beranak Normal x ada masalah apa2 dan x disuruh puasa oleh doktor BOLEH makan ya .. Bancuh air milo suam2 bagi isteri kenyang dan kembalikan tenaga dia .. lagi elok kalau makan nasi terus ..
Saya Puji Dengan Orang Cina
Saya puji dgn org Cina .. mula2 mereka atur dulu baby . Bedung elok2 dan letak dlm cot baby .. baby x kacau terus atur isteri pulak .. bersuap makan .. makanan yang dibekal dari rumah dalam bekas tahan panas .. kadang ada yg nak p kencing terus dipimpin ke toilet .. bagus sebab mereka selesakan isteri .. baru la isteri selesa untuk menyusu .. x dala stress nak menyusu ..
Letih Masa Beranak Pun Tak Habis Lagu, Ni Nak Uruskan Diri Sendiri
Ads
Baru ni sy tengok smpai longlai si isteri sebab lapar .. pastu nak menyusu pulak .. kain n pad penuh darah .. letih masa beranak tu pun x abih lg .. ni nak uruskan diri sendiri .. percayalah bahawa saat tu isteri betul2 x berdaya..Belajarlah.. 9 bulan tempoh yang lebih dari cukup untuk belajar dan ambil tahu pasal penjagaan bayi .. Sekarang ni pun di media sosial banyak artikel yg berkaitan untuk penjagaan bayi .. Patut bila isteri tag ambil masa untuk baca
# Pesanan sy bg suami yg naik tengok isteri sejurus selepas isteri keluar dari labor room , selalunya kalau isteri yg suaminya dok jauh atau ada masalah kami akan bantu .. #HargailehPengorbananIsteri #marilahsama2kirimpadasuamimasing2
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke? Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk memuatkan seorang bayi.
3. Nanti nak ambil epidural ke? Tahu tak saiz jarum tu?
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fizz Fairuz timang bayi perempuan kelima,”Tarikh Almy dijangka bersalin sepatutnya 6 Oktober depan…” Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz memberitahu bahawa dia dan isterinya menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak kelima mereka, Rabu lalu.
Fizz Fairuz Timang Bayi Perempuan Kelima,”Tarikh Almy Dijangka Bersalin Sepatutnya 6 Oktober Depan…”
Pengumuman itu sekali gus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu yang dikatakan akhirnya memiliki anak lelaki.
“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah, ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki. Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya.
Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Fizz berkata, Almy berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun, bayi kelima lahir lebih dua minggu awal secara normal.
“Syukur semuanya dipermudahkan. Walaupun dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak dua sentimeter,” katanya.
Terdahulu Fizz Fairuz berkongsi berita gembira yang isterinya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kelima menerusi hantaran di laman Instagramnya.
Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Kelahiran tidak semestinya berlaku seperti dijangka. Ada yang terjadi seawal minggu ke-28 kehamilan yang dikategorikan sebagai kelahiran pramatang. Mama papa tolong peka tanda-tanda bersalin walau pun tarikh jangkaan masih lagi jauh. Ia mungkin kelahiran pramatang!
Selalunya ibu pertama kali tidak tahu mengenai tanda-tanda kelahiran kerana tiada pengalaman. Apatah lagi kelahiran pramatang ini yang berlaku sebelum tarikh jangkaan bersalin. Tetapi kepekaan kepada tanda-tanda kelahiran pramatang amat penting untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak.
Menurut Dr Mohd Daud Yahaya, Doktor Kanan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, kelahiran pramatang bermaksud kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka.
TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG
Late preterm iaitulahir antara minggu 34 ke sebelum minggu 37
Moderately pretermiaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.
Setiap ibu hamil wajib tahu tentang tanda-tanda kelahiran pramatang sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
3 BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu sebelum 37 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
#1 Berlakunya pendarahan atau turun darah secara tiba-tiba (show).
#2 Rasa kekejangan atau cramp pada bahagian perut atau abdomen.
#3 Berlaku kontraksi secara berpanjangan.
IBU YANG BERISIKO TINGGI MENGHADAPI KELAHIRAN PRAMATANG
Ibu mempunyai sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
Kehamilan bayi kembar.
Jarak kehamilan kurang dari enam bulan dengan kehamilan sebelum ini.
Kehamilan hasil daripadateknikin vitro fertilization (IVF).
Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta previa.
Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
Ibu yang mengalami kekurangan nutrien semasa hamil.
Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
Mengalami tekanan perasaan atau stres.
Ibu pernah keguguran sebelum ini.
Mengalami kecederaan atau trauma.
Air ketuban yang banyak.
Ibu yang mempunyai masalah fibroid.
SEGERA KE HOSPITAL BILA ADA TANDA-TANDA
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepadapenyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke wad dan doktor akan melakukan pemeriksaan dan menilai keadaan pesakit dan janin.
JIKA TERLALU AWAL, DOKTOR AKAN CUBA RAWAT & TANGGUH KELAHIRAN
Doktor akan cuba merawat penyebab dan tanda kelahiran pramatang tersebut sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan bayi. Seboleh-bolehnya doktor akan cuba menangguhkan kelahiran dengan menjalankan non active procedure.
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal. Hanya segelintir yang memerlukan pembedahan caesarean.
PEMERIKSAAN ANTENATAL MESTI MENGIKUT JADUAL
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Kaunseling sebelum merancang untuk hamil adalah disarankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!