Musim PKP ni teringat pula donut yang gebu dan lembut macam dekat Big Apple. Tapi kalau nak beli belum tentu dapat. Jadi apa kata kalau mama papa buat sendiri je donut ala Big Apple ni.

Nak Buat Donut Sebijik Macam Big Apple Kena Guna Resipi Sukatan Cawan Ni, Confirm Jadi!

Anak-anak confirm seronak dapat makan petang nanti. Resipi yang disediakan oleh Afzal ni pun mudah untuk dibuat. Kebanyakan barang yang digunakan pun boleh didapati di dapur rumah sahaja. Yang penting air tangan kita sendiri. Penulis pun dah cuba resipi ini, memang ternyata sedap, lembut, gebu dan cair di mulut.

Baca: Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!

Hari ni aku nak kongsi cara membuat donut. Bukan donut biasa dengan gula sahaja, tetapi dengan inti jem di dalamnya. Inti tu terpulang, samada korang nak guna jem strawberi, nenas, anggur atau sebarang jenis jem. Oo kalau korang nak letak coklat pon boleh gak. Ikut citarasa masing-masing ye.

Nak Buat Donut Sebijik Macam Big Apple Kena Guna Resipi Sukatan Cawan Ni, Confirm Jadi!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

4 cawan tepung kek
6 kuning telur
3 sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1 cawan air suam
1 cawan susu full cream panas
½ cawan yogurt biasa
½ sudu kecil garam
minyak masak
jem pilihan korang, korang juga boleh menggunakan Nutella!

CARA-CARA MEMBUAT:

ADUNAN #1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sampai korang menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.

ADUNAN #2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.

IKLAN

ADUNAN #3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.

Campurkan ADUNAN #1 , ADUNAN #2 dan ADUNAN #3 sekaligus, uli sehingga korang mendapat doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.

Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.

IKLAN

Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.

Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, tanda sudah boleh diangkat.

Baca: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!

Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!

Selamat mencuba 🙂

Sumber: Afzal 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI