Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar kini hamil anak keempat dan bakal melahirkan pada penghujung Mei. Dia tidak mahu tahu jantina anak keempatnya kerana mahukan kejutan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.
Menurut dia dan suaminya, mereka belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun mereka tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Kongsinya lagi dia berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini berbanding kehamilan sebelum ini.
Ads
Menerusi satu video di tiktok, Dynas berkongsi video salam raya bersama suami dan anak lelakinya. Di ruangan komen, peminat memuji Dynas yang kelihatan berseri sepanjang kehamilannya. Ramai juga yang meneka jantina kandungannya. Dalam masa yang sama juga anak lelakinya mendapat pujian tingkahnya yang comel!
Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40 pada tahun 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3. Menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bapa yang ada anak dalam lingkungan usia 2 hingga 7 tahun pasti dah nampak minat anak masing-masing. Jika anak lelaki, biasanya mereka akan minat robot, dinosaur, kereta, main bola atau sebagainya. Manakala untuk anak perempuan, mereka lebih cenderung kepada anak patung atau mainan masak-masak.
Bagaimanapun, menurut Kelli Chen, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di John Hopkins University, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu objek akan memiliki kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.
Dengan fakta ini mesti ibu bapa akan tersenyum dan tak jadi nak marah anak. Maklumlah anak-anak kita ni bila dah suka pada sesuatu mainan itu, walaupun di rumah dah ada pelbagai koleksi mainan yang sama, tetap juga nak beli. Jadi sementara anak-anak kecil, layanlah selagi boleh dan ikut kemampuan. Jika tak mampu, kita boleh cakap elok-elok.
Cuma kali ini, yang lucunya, kisah seorang ibu, Puan Melati Berahim berkongsi mengenai minat anak lelakinya berusia 6 tahun yang suka sangat dengan dinosaur sehingga mendapat perhatian pengguna jalan raya gara-gara ‘cik dino’.
Semua pakat hon bagi isyarat
Cerita pagi tadi nak hantar abang Ziyad pergi sekolah, patutlah sepanjang jalan orang hon-hon, lepas tu apabila berhenti di lampu isyarat, ada seorang Uncle Cina tu buka tingkap.
Masa tu dah rasa takut dan terfikir macam-macam. Maklumlah sebelum itu dah ada beberapa kereta yang membunyikan hon.
Ingatkan tayar kereta bocor
Dalam kepala saya, hanya terfikir mungkin tayar kereta bocor. Tapi tak rasa apa-apa semasa memandu.
Apabila uncle tu bagi isyarat tunjuk-tunjuk di bawah pintu kereta sambil beritahu “tu..tu bawah tu ada patung dinosaur” Ziyad terus jengah luar tingkap.
“Ibuu dinosaur Ziyad kat bawah, kenapa ibu bawa kereta laju sangat. Kasihan dinosaur Ziyad.”
Bila dapat tahu tu, tergelak tak tahu nak cakap macam mana. Terfikir juga macam mana boleh terkepit ekor dinosaur di pintu kereta.
Menurut Melati lagi, ramai yang tanya tak perasan ke dinosaur tu terkepit di pintu? Saya akui memang tak perasan langsung kerana patung dinosaur tu terkepit di sebelah pintu penumpang bahagian hadapan.
Lagipun bila ada anak kecil, kereta memang penuh dengan mainan anak-anak. Semua mainan ada. Jadi saya langsung tak syak apa-apa pun. Kasihan juga pada Ziyad. Dinosaur tu baru je di beli semasa pergi IKEA. Nampaknya ibu terpaksa beli yang baru untuk gantikannya.
Alahai anak..nasib ibu tak gelabah sepanjang jalan. Masih lagi mampu bertenang walaupun dalam hati tertanya-tanya kenapalah semua orang hon, sedangkan tak rasa apa-apa pun masa bawa kereta tu. Harap lepas ni tak jadi lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan.
“6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar”
Berkongsi tentang kehidupan terkini, ternyata bekas ahli kumpulan Sepahtu ini masih lagi cuba untuk bangkit kembali selepas kehilangan isteri tercinta.
“Bialah i yang mati dulu, sebab tak sanggup nak hadap. Tapi Allah Maha Dasyat, Maha Hebat.”
“Kenapa Allah tak boleh belanja saya lagi 20 tahun, Sebab saya dengan arwah dah almost 10 tahun. Saya terfikir, tak boleh belanja lagi ke 20 tahun. Tapi itulah, jalan cerita yang semua orang akan lalu cuma saya cepat sikit lalui”
Bapa kepada 4 cahaya mata ini juga meluahkan rasa apabila bakal berhadapan dengan soalan yang bakal diajukan anak bongsunya ‘di mana ibu saya’ suatu hari nanti.
“Kalau one day Ayash akan tanya. Di hari pemergian Sarah, saya dah terfikir soalan ni.”
“Cuma sekarang saya kena buat yang terbaik buat anak-anak, education dan kehidupan anak-anak.”
“Tipu lah kalau saya boleh beri sentuhan seperti ibu, anak-anak lelaki saya perlukan sentuhan dari ibu. Saya tak boleh pakai tudung macam ibu dia. Itu saya kalah lah, semua saya boleh berikan, anything cuma part sentuhan ibu tu saya tak dapat bagi pada anak-anak.”
Usahawan Bubble Bee ini sempat menitipkan ucapan buat anaknda bongsu tercintanya.
“Semoga menjadi anak yang baik untuk keluarga & dipelihara Allah Swt selalu. Aamiin”
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.
Selain Ayash, Allahyarhamah meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Hospital kerajaan mengenakan caj rawatan mengikut kelas wad, prosedur dan kelayakan pesakit. Ketahui 5 perkara penting supaya ibu ayah lebih bersedia sebelum menerima bil rawatan.