“Selepas sahaja bersalin, berat saya sudah turun 10 kg tetapi kini tinggal tujuh kilogram lagi untuk saya kurangkan supaya saya dapat bentuk badan asal.
“Susah juga nak turunkan berat badan ni saya perlu amalkan diet yang sihat untuk menurunkannya,” katanya.
Shakilla ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Suria Bersama Media yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya, semalam.
Isteri kepada penyampai radio Suria, Fizi Ali itu berkata, dia kini sedang berusaha menurunkan berat badannya untuk kembali berlakon.
“Saya sudah tak sabar hendak kembali bekerja dan berlakon.
Ads
“Tapi untuk berlakon dan keluar televisyen saya perlu turunkan berat badan saya sehingga menjadi 50 kg.
“Insya-Allah saya akan ambil masa beberapa bulan lagi,” katanya lagi.
Perempuan Sekarang Kena Kuat!
Ads
Sementara itu, dalam posting terbaru di instagramnya nak jadi perempuan zaman sekarang kena KUAT ! Lebih kuat dari batu. Kuat dari segalanya. Kalau mampu jadilah setanding lelaki atau lebih dari Lelaki.
“Tapi hakikatnya selembut-lembut perempuan setiap perempuan ada KUATnya sendiri.
Kekuatan yang tak perlu ditunjuk-tunjuk atau dicakap-cakap.
“Jadilah macam EMAK kita yang dibaratkan Super wonder women yanag langsung tak pernah rasa letih dan merungut membesarkan anak-anak,” kongsinya.
Sumber: Astro Gempak & Ig Shakilla Khoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya bayi perempuan yang ditunggu oleh pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli telah selamat dilahirkan pagi semalam (1 Februari 2020).
Walaupun pernah terdetik di hati mereka untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 ketika sesi pengumuman jantina anaknya baru-baru ini, nampaknya bayi perempuan itu dah tak sabar nak jumpa mummy dan daddynya.
Amar telah memaklumkan berita kelahiran itu menerusi Instagram.
Bayi sihat dan isteri juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya.
Kalau ikutkan tarikh yang diberikan doktor, Amyra sepatutnya bersalin 11 Februari depan.
Sebelum ini Amyra pernah berkongsi sepanjang kehamilan anak keduanya dia terlebih rajin dari kebiasaannya apabila kerap memasak dan mengemas hingga dimarahi suami.
“Saya pun tak tahu kenapa menjadi terlebih rajin. Setiap hari nak masak saja di dapur dan mengemas rumah hingga Amar tegur jangan terlalu membuat kerja rumah kerana bimbangkan kesihatannya. Mungkin itu juga penangan anak perempuan, jelasnya.
Dalam pada itu juga, Amyra berkata ketika berita mengenai jantina anak perempuan ini disahkan doktor, Amar langsung tak mengetahuinya malah dia ingatkan akan menimang bayi lelaki.
Hal ini kerana Amyra merahsiakan selama dua bulan dari pengetahuan suaminya dan bila Amar dapat tahu pada sesi pengumuman jantina yang dia bakal menerima bayi perempuan, riak wajahnya sungguh terkedu.
Sumber: ig Amar Baharin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi. 😭 pic.twitter.com/7eVaKBohDX
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!
Bila isteri mengandung lagi suamilah orang yang paling gembira. Pun begitu dalam rasa gembira, sebenarnya suamilah orang yang paling risaukan keadaan kita. Lebih-lebih lagi yang pernah berdepan dengan pembedahan caesarian setiap kali hamil.
Masuk sahaja kandungan keempat pastinya risiko besar menanti si isteri jika terpaksa melalui pembedahan sekali lagi. Siang malam memikirkan bakal berdepan dengan kelahiran sekali lagi. Bukan sahaja isteri, suami kita juga sebenarnya memikirkan perkara yang sama. Namun mereka lebih bijak menyembunyikan rasa ini daripada isteri. Buat-buat cool tapi dalam hati bergelora lain macam.
Jika hati terasa runsing ada baiknya suami fikirkan keadaan isteri terlebih dahulu. Sebelum terfikir untuk menambah anak, ada baiknya tanya kemahuan isteri terlebih dahulu. Tidak salah mencuba alat perancang keluarga, jika itu yang terbaik buat isteri kita. Jadi suami yang lebih prihatin!
Perkongsian bapa dan suami ini, Firdaus Shakirin sangat dekat dengan kita. Inilah realitinya dan inilah risiko yang terpaksa isteri hadapi saat berdepan dengan kelahiran melalui kaedah caesarian buat kali keempat. Jadi suami fikir-fikirkanlah isteri kita.
Isteri mengandung lagi…
“Kesian isteri…”
Minggu lepas, ada 2 sahabat yang datang berjumpa saya. Kedua-dua mereka bertanyakan persoalan yang sama dan nak saya tolong bagi pendapat serta nasihat.
“Isteri mengandung lagi”
Perkara yang baik kan? Tapi anak baru berusia setahun dan bersalin secara c-zer (pembedahan). Orang kampung kata, keluar ikut tingkap, bukan ikut pintu. Disebabkan saya ni ada sejarah 3 kali isteri caesar, dan diorang baru kali pertama, maka diorang datang tanya, apa yang patut diorang buat.
Yang sorang tu, anak baru setahun dan dah mengandung semula. Yang satu lagi, isteri dan 3 kali caesar dan mengandung lagi untuk kali keempat.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki.
Ya, tapi apa yang perlu kita faham adalah bila anak masih kecil, baru berusia setahun dua, dan isteri mengandung lagi, maka risikonya adalah sangat-sangat tinggi disebabkan luka pembedahannya belum benar-benar pulih dan dirinya belum betul-betul bersedia untuk mengandung lagi.
Boleh terjadinya pendarahan bilamana dia mengandung untuk kali kedua dan tempoh recovery dari bersalin anak yang terdahulu tu terlalu hampir.
Ada satu kisah benar, rakan sepejabat jugak, perempuan dan bersalin c-zer. Ketika dalam pantang, dia terhempas pinggulnya atas kerusi. Mula-mula rasa macam tak ada apa-apa, then sakit dan bleeding. Bawak pergi hospital, doktor cakap ada darah beku dalam badan dia asbab dia terhempas pinggulnya atas kerusi tu. Doktor bagi ubat cair darah, dan dia tak boleh menyusu anak dia selagi dia makan ubat tu.
Dan doktor juga cakap, jika dia mengandung lagi selepas ini, maka hari-hari dia kena datang hospital, cucuk ubat, nak bersalin nanti, kena tengok bila keadaan darahnya ok dan jika doktor silap buat percaturan, maka dia boleh kehilangan nyawa.
Saya tanya, apa husband dia kata…
“Tak payah mengandung lagi, cukup dengan anak yang ada, dia tak nak kehilangan isteri”
Mengandung terlalu hampir selepas bersalin czer jugak boleh menyebabkan berlakunya plasenta previa (uri dibawah) seperti kes isteri saya. Doktor kata rahim perlu dibuang sebab uri melekat pada rahim.
Kalau rahim tak ada dalam diri seorang perempuan, maka dia tak akan boleh mengandung sampai bila-bila.
Antara kesan-kesan lain ialah, sakit tulang belakang, pinggang disebabkan effect dari ubat bius, nak ketawa, batuk pun kena berpada-pada, tak boleh angkat benda-benda yang berat dan nyilu ditempat pembedahan.
Sebagai suami, ambik tahu keadaan isteri, kena ada ilmu tentang bab-bab bersalin ni supaya kita sedar apa yang kita buat. Jangan fikir pendek, jangan fikir isteri boleh tahan, mampu lalui, isteri kuat dan sebagainya tapi fikir, dia boleh kehilangan nyawa akibat kegagalan kita untuk merancang keluarga.
Jika isteri kata dia nak menjarakkan kelahiran anak, maka hormati keputusan tersebut dengan mengamalkan perancangan keluarga. Jangan menyesal di kemudian hari disebabkan kita tidak mahu mematuhi apa yang terbaik untuk isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!