Aiskrim yogurt buah-buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula. Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah-buahan dan yogurt sebagai bahan, tiada gula & garam digunakan, jadi ia mesra bayi!
Tidak salah jika anda ingin memperkenalkan makanan selain bubur dan puri kepada bayi. Misalnya aiskrim buatan sendiri ini menggunakan buah-buahan sebenar dan kurma sebagai perasa dan yogurt sebagai bahan asasnya. Ia bukan sahaja sedap, tapi khasiat di dalamnya juga diperoleh si manja. Boleh disajikan sebagai snek.
Puan Faizah Abdul Majid berkongsi resipi ini. Dia telah menggunakan buah naga, avokado dan pisang dalam pembuatan aiskrim ini. Berikut ialah perkongsian beliau;
Harini Nadhif Mateen makan aiskrim yogurt home made flavor Dragon Fruit, Avocado & Pisang.
Kawan-kawan pun boleh cuba aiskrim ni sebab tiada gula, garam, pengawet dan pewarna/perisa tiruan.
Sebut je tart nanas, pasti semua membayangkan rasanya yang gebu dan cair di mulut bila mengunyahnya.
Ditambah pula dengan inti nanasnya yang masam manis, tak sedar boleh habis sebalang.
Mungkin bagi yang ada anak-anak kecil, biskut ni kurang digemari. Maklumlah anak-anak ni kalau berasaskan coklat itu yang akan dituju dulu.
PKP yang panjang membolehkan kita mencuba pelbagai resipi baru buat keluarga, lebih-lebih anak kecil tersayang. Meninjau di Instagram, beberapa selebriti dilihat sering berkongsi menu anak-anak dan keluarga.
Adik kepada pengarah Erma Fatima, Betty Rahmad tidak terkecuali sentiasa berkongsi resipi buat si comel Ardy Wira yang cukup gemar makan.
Menerusi Instagramnya, Betty turut berkongsi beberapa resipi mudah untuk dicuba oleh pengikutnya kepada anak-anak kecil mereka. Salah satu resipi menarik yang mendapat perhatian wargamaya adalah homemade vege fishball yang disediakan khusus buat Ardy Wira.
Menariknya resipi homemade vege fishball atau bebola ikan dan sayur ini bukan hanya tinggi protein bahkan tinggi serat yang baik untuk anak-anak kita. Tambah sedap lagi bila Betty menyediakan sup daripada bebola ini. Memang sedap!
Kata Betty, buat sendiri lebih dijamin sedap dan paling penting lebih bersih kerana kita dapat mengawal kandungan bahannya yang berkhasiat pada anak kecil kita.
“Homemade Vege Fishball for Kids. Buat sendiri je dijamin sedap, bersih, fresh & halal.
Sesuai untuk 8 bulan ke atas.
Bahan: Ikan tenggiri (or any fish) Bawang putih Lada sulah Tepung jagung Bayam Lobak merah
Dah tahu bahannya, jom kita intai cara Betty menyediakan bebola ikan ni. Sedap!
Paling menarik kata Betty, bukan hanya boleh digoreng dan dimakan begitu sahaja, bahkan ibu boleh berkreatif dengan meletakkan bebola ini ke dalam sup atau di dalam menu pasta atau nasi. Sedap kan?
“Boleh campak-campak fishball ni dalam segala noodle soup kuey teow, mee or bihun or any soup makan dengan nasi.
“Or anak u ada masalah nak makan lauk & sayur sumbat dengan ball ni. Balance tu simpan dalam freezer. Selamat mencuba,” kongsi Betty lagi.
Tidak hanya bebola ikan, bahkan Betty cukup kreatif memasak pelbagai menu harian untuk anaknya. Seorang yang gemar mencuba, khusus untuk anak kesayangannya. Rajin betul mummy Betty ni. Untunglah Ardy Wira.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @bettyrahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua anak-anak senang diajak makan. Ada sesetengah tu, puas ‘bergaduh’ dengan dia, barulah nak makan. Itupun tak banyak. Rungsing dibuatnya apatah lagi jika anak-anak menolak untuk makan nasi.
Untuk menyediakan hidangan nasi yang mampu membuatkan anak-anak tertarik untuk mencubanya, ibu atau ayah harus twist sikit resipi dan pastikan nasi itu dapat disembunyikan.
Sebagai contoh, bolehlah anda ikut resipi yang dikongsikan oleh Norzaiha Razaliini:
Hari ni kita cuba resepi org cina plak. Senang tkyah masak lauk.mkn nasi gini jer cukup lengkap dah. Ada telur n sayur dh. Kenyang pun kenyang. Sedap pun sedap. 😆Saya tk tahu nama apa makanan ni.saya nak panggil cucur nasi la blh?
Saya tgk org share. Nampak senang saya pun cuba la😁.mmm….sedap weh… Lain kali blh buat lagi. Kalau ada anak yg tk suka mkn nasi tu, blh la cuba resepi ni. Ank pun tk perasan dia mkn nasi. Cara2 u all blh tgk di gambo 👌 😉
3 biji telur 2 senduk nasi 1/2 batang lobak merah Sedikit daun kucai atau daun bawang 1 1/2 sudu makan tepung gandum Sedikit garam
1. Pecahkan 3 biji telur. Gaul sebati dengan sesudu kecil garam. Kemudian masukkan 2 senduk nasi dan gaul sebati.
2.Letakkan tepung gandum 1 1/2 sudu makan. Kemudian gaul lagi. 3. Masukkan lobak merah cincang bersama daun kucai hiris halus (resipi asal menggunakan daun bawang).
4. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. Tidak perlu banyak sehingga menenggelamkan cucur tersebut. 5. Letakkan dalam kuali dan bentukkan menjadi bulat leper.
6. Biarkan masak dan dibalik-balikkan sehingga garing.
INILAH HASIL CUCUR NASI SUPER EASY!
*Boleh dimakan begitu sahaja atau kalau suka, cicahlah dengan sos pilihan.
Lepas ni tak perlu risau dah kalau anak reject nasi kerana dengan menu ini, anak tetap boleh kenyang. Campuran nasi bersama sayur-sayuran boleh menjadi sumber nutrisi yang baik untuk anak.
Boleh juga dicampurkan dengan sayur lain seperti bayam dan tambahkan protein seperti isi ayam atau ikan. Untuk anak yang tak boleh makan garam, boleh gantikan dengan seruk cendawan sebagai bahan perasa. Selamat mencuba!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.