Cottage Pie antara menu klasik British yang sangat sedap, lembut dan berkrim dengan menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan ubi kentang.
Bagi yang nak mencuba sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi ini. Selamat mencuba!
First time buat cottage pie ni. Sedap jugak. Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek. Ni resepinya.
COTTAGE PIE
Bahan-bahan:
🥔Kentang lenyek🥔
4 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
3 sudu besar susu penuh krim
1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
🥫Sos Bolognese🥫
Ads
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang holland (cincang dadu)
400g daging kisar
4 biji cendawan butang ( hiris nipis)
1/2 tin tomato puri
1 biji tomato ( potong dadu)
Lada hitam kasar
Garam, gula secukupnya
1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
1/2 cawan air
Cara- cara:
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
Ads
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
Ads
11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang. Sedap dimakan panas panas.
Bagi kat jiran sikit. Dia cakap sedap siap nak beli lagi. Saya cakap tak jual, nah resepi buat sendiri😅
Sesekali buat menu sarapan pagi atau minum petang yang lain daripada kebiasaan pun sedap juga. Jadi kali ni resipi yang dikongsikan ala-ala Itali sikit kerana ia menggunakan sos spageti carbonara.
Bagi yang pernah makan chicken pai pasti akan tahu kesedapannya. Dengan kulit yang ranggup diluar dan penuh inti ayam di dalamnya menambahkan lagi kenikmatan saat mengunyah.
Untuk yang nak mencuba, boleh buat sendiri kulit dan intinya dan nikmatilah puas-puas kerana sangat mudah dan tak renyah pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Nazri Ahmad. Paling sempoi dan sedap. Sesekali sarapan pagi ala-ala Italy. Jom pakat cuba
Carbonara Chicken Pie
Bahan untuk Doh
– 280 gram tepung gandum
– 150 gram butter
– Secubit garam
– 1 sudu teh gula halus
Air sejuk secukupnya **
Cara membuatnya:
– Masukkan semua bahan-bahan kering. Gaul sebati.
– Ramas-ramas tepung & butter.
– Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan.
– Simpan doh dalam peti sejuk kira-kira 30 minit. Sedia untuk dicanai.
– Inti Carbonara saya guna Prego je.
– Sapukan kuning telur pada permukaan atas pie, bakar pada suhu 180’C selama 25 minit. Siap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puding roti marble sememangnya cukup mudah disediakan. Hanya campurkan sahaja dan lorekkan seperti marble di atasnya. Namun kali ini berbeza dengan puding roti yang dijadikan lapisan seperti buah tembikai.
Rupanya tidaklah sukar hendak mencorakkan seperti tembikai. Dengan konsep yang sama, hanya biarkan ia membeku dan keras. Jom cuba resipi puding roti yang dikongsikan oleh Merysona Edyson ini.
Roti pagi tadi ehh sahur tadi ada lagi. Jom tengok saya buat puding roti.
Bahan-bahannya
Bahan A:
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air(125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
3 cawan air(750ml)
1 paket agar-agar serbuk(10g)
Masukkan dalam blender. Kesemua bahan tadi kita kisar halus ya.
Dah blender tuang dalam kuali baru. Cantik tak kuali saya? Berat ui. Masak guna api sederhana, masukkan 3 cawan air (750ml).
Masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Beli yang clear tau. Kejap lagi nak main kaler-kaler pulak.
Masak hingga mendidih. Jangan lupa kacau ye.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, (merah , hijau dan putih) untuk bahagian merah lebihkan banyak. Kaler adunan menggunakan pewarna makanan.
Sediakan loyang 8 inci dan basahkan dengan sedikit air. Supaya puding senang untuk dikeluarkan.
Tuang adunan hijau dahulu. Kemudian diikuti putih di bahagian tengahnya.
Terakhir tuang kan adunan bewarna merah. Aisehhh sikit pulak adunan merah saya. Huhuhuhuhu.
Takpe, masukkan dalam peti sejuk. Rasa-rasa dah sejuk boleh la makan. Haippp bagi yang puasa tunggu maghrib ye.
Taraaaaaa. Saya hiaskan dengan coklat cip. Nampak macam tembikai, tapi bukan dia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!