Melihat pasangan ini mendidik anak mereka terasa cukup sempurna. Di rumah, asas ilmu agama menjadi keutamaan buat Johan dan Ozlynn Wati dalam mendidik anak-anak mereka.
Bukan hanya menjadikan amalan berjemaah satu kewajipan bahkan selepas bersolat, kesemua ahli keluarga ini akan mengaji bersama-sama. Bukan mudah mendidik anak kecil kita sebegini. Pastinya ia didikan yang cukup hebat untuk anak membesar kelak.
Kata Ozlynn menerusi instagramnya, walau sesibuk mana pun, berjemaah dan mengaji Al Quran di rumah menjadi kewajipan mereka sekeluarga. Dan ini sahaja yang dapat menjadikan hubungan anak-anaknya sentiasa kuat dan erat.
“Ngaji tetap kena ngaji!!
“Subuh maghrib tetap ngaji. Jemaah wajib dalam rumah ni melainkan ada sesuatu urusan yang menghalang antara salah sorang.. but still yang lain jemaah,” kongsi Ozlynn.
Kata Ozlynn inilah sahaja cara untuk mengeratkan hubungan anak-anaknya apabila mereka membesar kelak. Malah kata Ozlynn inilah yang selalu ditekankan oleh suaminya, Johan agar jangan meninggalkan solat dan jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran.
“Biar hubungan adik-beradik rapat sampai mata papa dan mama dah “pejam” sekalipun. Nasihat papa selalu kat seisi umah, jangan tinggal solat jangan tinggal Quran. Moga manfaat buat Hanania kami,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu kata Ozlynn lagi, selain ibu yang menjadi tunjang utama, rahsia kejayaan sebenar anak-anak adalah datangnya daripada lelaki bergelar ayah. Katanya anak-anak pasti akan menjadi lebih bijak dan mendengar kata jika ayah turut serta dalam mendidik anak.
“Moleiq pun ngaji, sebenarnya rahsia kejayaan anak-anak adalah dari sentuhan seorang ayah. Anak-anak akan jadi lebih kreatif jika bersama ayah, bukan kata dengan mak tak kreatif tapi waktu mak selalu terlalu lebih bersama anak-anak.
“Jadi jika seorang ayah dapat meluangkan masa bersama anak-anak baik dari segi ilmu dunia mau pun akhirat, pasti anak-anak akan jadi lebih bijak.
“Ayah je yang selalu lepaskan anak-anak buat benda yang selalu mak-mak akan jerit “NO!!!, ” kongsinya.
Jangan pernah mengabaikan anak-anak, luangkanlah masa bersama, itu nasihat Ozlynn buat semua bapa di luar sana.
“So buat ayah-ayah di luar sana, please sibuk macam mana pun luangkan sedikit masa untuk anak-anak, yang sudah kehilangan ayah plsssss jangan putuskan doa dari seorang anak untuk ayah kerana doa dari anak yang soleh itu dapat membantu ayah kalian “di sana”,” kongsinya lagi.
Telatah Moleiq Menghiburkan
Ads
Pun begitu, kelibat di kecil Moleiq sentiasa membuatkan seluruh pengikut Ozlynn dan Johan terhibur. Setiap kali Moleiq tampil di instagram, pasti pelbagai reaksi dan komen yang begitu positif malah gelagat comel Moleiq bersama abang dan kakaknya sentiasa menjadi perhatian. Rata-rata wargamaya amat terhibur dengan keletahnya setiap hari.
Video-video yang dikongsikan Ozlynn simple tapi cukup menghiburkan. Seronok melihat telatah Moleiq.
Terdahulu, Ozlynn dan Johan disatukan sebagai suami isteri pada 25 Julai 2009 dan kini mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantik & Moleiq.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tak sayang anak? Dan ibu mana yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak-anaknya? Tapi, bila cara didikan kita mula dipertikai, siapa tak terasa hati?
Itulah yang terjadi pada selebriti cantik dan penuh gaya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, apabila segelintir netizen mempertikaikan pendekatannya dalam mendidik anak-anak.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta menegaskan, setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka.
Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ini ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.
Tegur anak kita kenapa tak macam itu..kenapa tak macam ini.
Anak awak, ajarlah cara awak. Anak saya, saya ajar cara saya. Sibuk je nak atur hidup orang lain, awak jaga anak awak, saya jaga anak saya. Masing-masing besarkan anak ikut cara masing-masing sudah.
Justeru, aktres berusia 52 tahun itu menasihati warganet supaya jangan mudah untuk menilai kehidupan seseorang.
Ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain.
Tak payah, jaga diri sendiri. Tak payah jadi CCTV hidup orang, fokus dengan hidup sendiri sahaja.
Bergaya Tapi Berdisiplin
Che Ta mungkin terkenal dengan gaya hidup glamor, tetapi beliau juga dikenali sebagai ibu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran dan disiplin anak-anak. Dalam beberapa temu bual terdahulu, Che Ta pernah berkongsi bahawa walaupun anak-anaknya dilimpahi kemewahan, mereka tetap diajar tentang tanggungjawab, adab dan hormat orang tua.
Dalam satu kenyataan lain, Che Ta turut menyatakan bahawa dia dan suaminya, Zain Saidin, sering menitikberatkan aspek pendidikan serta pembentukan karakter anak-anak sejak dari kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang agak mencabar bagi memastikan bilik anak-anak sentiasa dalam keadaan kemas. Bila si ibu sudah siapkan rutin mengemas, nanti mesti bersepah semula. Sana sini permainan bertaburan. Bilik hanya kemas beberapa jam sahaja selepas dikemas. Pasti ramai antara ibu yang mengeluh.
Takkan nak halang, sedangkan bermain itu merupakan salah satu proses pembelajaran anak-anak. Jadi apa kata, didik anak anda untuk mengemas bilik mereka sendiri. Mesti ramai yang akan kata, dah puas membebel tak berkemas.
Sebenarnya, punca utama adalah didikkan kita. Jadi, untuk galakkan anak anda mengemas bilik mereka, ini perkara yang perlu anda lakukan:
Ini Tip Galak Anak Kemas Bilik Sendiri
1. Ajak anak kemas bersama
Wajibkan hujung minggu untuk aktiviti gotong royong mengemas bilik anak anda. Bila semua buat, baru lah aktiviti tu seronok. Maka secara tidak langsung, walaupun hari-hari lain bilik kelihatan bersepah, anak anda akan kemaskannya sendiri.
Langkah bijak untuk memudahkan barang anak anda tersimpan rapi adalah dengan menyediakan tong, baku, kotak atau sebagainya untuk memudahkan mereka menyimpan barang-barang yang telah digunakan. Disamping itu, bilik akan kelihatan kemas dan tersusun
3. Hadkan jumlah barang dalam bilik
Kanak-kanak tak perlukan perabot yang banyak perincian yang rumit. Termasuklah barang mainan mereka. Lebihkan ruang terbuka untuk untuk kanak-kanak lebih kreatif menghasilkan aktiviti mereka sendiri. Secara tidak langsung, teknik ini mampu mengurangkan kadar barang yang bersepah
Selalu bila kita nak suruh si cilik mengemas barang permainan ini ayat akan digunakan “KEMAS BARANG ADIK”. Apa kata lepas ni kita lebih khususkan seperti ” KEMAS BARANG ADIK. MASUKKAN BALEK DALAM KOTAK. SUSUN ATAS RAK”. Barulah jelas arahan anda tu. Kalau setakat arahan rambang suruh kemas, mungkin bagi mereka apa yang telah mereka lakukan tu dah cukup kemas.
5. Pujian
Ini paling penting. Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar, kerap memuji anak anda setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik. Jadi, selesai si adik mengemas, pujilah lah dengan benda-benda yang mereka suka. Cantik ke, bijak ke dan sebagainya. Bukan dengan memberi reward.
Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Begitu juga dengan pelakon terkenal, Datin Intan Najuwa, yang kini bergelar ibu muda kepada cahaya mata sulungnya, Imane Lunara. Sejak awal kelahiran, Intan bijak menguruskan si kecil dengan pendekatan tersendiri yang memberi inspirasi buat ramai ibu bapa.
Menariknya, Intan mendedahkan bahawa dia mula melakukan sleep training kepada Lunara seawal usia 3 bulan. Amalan ini dilihat membantu anak kecilnya tidur lena, lebih mudah dijaga dan tidak terlalu bergantung kepada dukungan atau dodoi setiap kali hendak tidur.
Tak Biasakan Didodoi Lama
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan menunjukkan gelagat Lunara yang sedang mengantuk dan akhirnya tidur sendiri. Jelasnya, sejak bayi lagi dia tidak membiasakan Lunara tidur dengan didodoi lama.
“Dari umur tiga bulan, saya dah buat sleep training. Tak ajar dukung atau dodoikan lama-lama. Saya bagi dia tidur dekat crib (katil bayi) dan tepuk-tepuk je,” katanya.
Hasil daripada latihan konsisten ini, Lunara kini semakin mudah tidur sendiri. Malah, menurut Intan, anak perempuannya sudah terbiasa dengan rutin tidur yang teratur tanpa banyak kerenah.
“Sekarang setiap malam, dia akan khayal sendiri dan tidur sendiri. Tahu-tahu dah tidur. Good girl sangat!” kongsi Intan dengan penuh syukur.
Kelebihan Sleep Training Untuk Bayi
Sleep training bukan sekadar memudahkan ibu bapa, tetapi ia juga memberi banyak manfaat kepada bayi. Antara kelebihannya ialah:
Tidur lebih berkualiti: Bayi belajar tidur nyenyak tanpa gangguan.
Membantu perkembangan otak: Tidur yang cukup penting untuk tumbesaran mental dan emosi.
Rutin teratur: Bayi lebih mudah menyesuaikan diri dengan jadual tidur yang konsisten.
Ibu bapa lebih tenang: Kurang stres kerana anak tidak terlalu bergantung untuk didukung setiap kali mahu tidur.
Kehidupan Baru Intan Sebagai Ibu
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember tahun lalu.
Sejak kehadiran Lunara, Intan banyak berkongsi pengalaman bergelar ibu di media sosial. Pendekatan sleep training yang diamalkannya ini menjadi inspirasi buat ramai ibu muda yang juga sedang mencari cara terbaik mendidik anak sejak awal usia.
💡 Pa&Ma Tip: Jika ibu bapa ingin mencuba sleep training seperti Intan Najuwa, pastikan rutin dilakukan secara konsisten, suasana tidur selesa dan jangan mudah putus asa. Ingat, setiap anak berbeza – yang penting, sabar dan ikut keselesaan bayi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.