Setelah dua tahun tak beraya, inilah masa yang kita nanti-nantikan. Pun begitu pastikan persiapan dibuat sebaiknya demi memastikan anak-anak selesa sepanjang balik beraya dan perjalanan yang panjang.
Paling penting nyawa dan keselamatan ketika pulang harus diberikan keutamaan. Apa persediaan mak ayah nak buat sebelum balik beraya. Ini check list yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan agar tak tertinggal atau lupa.
15 SENARAI SEMAK BALIK KAMPUNG
Dah lama kita tak balik kampung, kan? Mesti ada yang dah lupa persediaannya bagaimana. Tak apa, saya beri senarai semak ni:
1. Mohon cuti secukupnya. Jangan pura-pura sakit dan, minta MC di klinik.
2. Tukar duit kecil, beli sampul duit raya. Boleh juga guna e-duit raya. Tak nak beri pun tak apa.
3. Sediakan duit tunai untuk bayar zakat fitrah. Boleh juga bayar guna MAE(Maybank)
4. Rancang tarikh dan masa perjalanan. Lebuhraya dijangka amat sesak di waktu kemuncak.
Ads
5. Periksa dan selenggara kenderaan sebelum perjalanan. Pastikan kenderaan selamat.
6. Jika ada anak kecil, pastikan ada kerusi keselamatan kanak-kanak.
7. Bawa ubat penyakit kita: darah tinggi, kencing manis, asma, kolesterol, dsb.
8. Matikan peralatan elektrik yang tidak gunakan, dan cabut palam. Tutup paip air utama.
9. Kunci pintu dan jeriji. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita. Nyalakan lampu luar.
10. Jangan lupa tambah nilai kad Touch N Go atau RFID di stesen minyak atau 7-Eleven.
Ads
11. Elakkan berkonvoi atau berlumba. Kes kemalangan selalu meningkat pada waktu seperti ini.
12. Bawa sedikit makanan dan minuman kerana hentian rehat pastinya akan penuh.
13. Jika mengantuk, berhenti di hentian terdekat untuk tidur sebentar. Biar lambat, asal selamat.
14. Kekalkan penjagaan SOP di tempat awam seperti pemakaian pelitup, dan imbasan MySejahtera.
Ads
15. Lebihkan masa buat aktiviti bersama ahli keluarga di rumah. Jangan asyik menghadap telefon.
Dalam keseronokan untuk bertemu ahli keluarga, jangan lupa tentang keselamatan dan kesihatan. Sama-sama kita perkara ini.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Beraya Dengan Selamat
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi. Usaha dulu, tapi JANGAN JANJI. Sebab bila berjanji, dia akan berharap. Bila dia berharap, kalau dia tak dapat, dia akan kecewa.
“Hari tu abang kata nak beli. Dah 3 bulan ni, tak beli-beli lagi pun…” Dengar pertanyaan macam ni suami pula nak marah bila dengar isteri cakap macam ni.
Sentiasa tanam nawaitu untuk cuba tunaikan permintaan isteri sebab apa yang dia minta tu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita tunaikan. Ianya juga mengikut kemampuan kita. Jarang-jarang sekali mereka nak minta sesuatu diluar kemampuan pasangan mereka.
Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik. Takkanlah mereka nak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka.
“Nanti abang akan usahakan…bulan depan kita beli. Tunggu bonus hujung tahun, baru abang belikan…”
Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insya-Allah Allah SWT akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita. Niat kita baik, boleh jadi apa yang isteri minta tu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia.
Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah SWT akan mudahkan urusan kita. Simple ja formula yang Allah dah bagi kat hamba-hambaNya. Mudahkan urusan orang, Dia mudahkan urusan kita, bawa orang keluar daripada kesulitan, Dia akan bawa kita keluar dari kesulitan.
Buat baik dibalas baik. Buang batu atau kayu yang menghalang atau memudaratkan orang lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yang berada dibawah tanggungan kita.
Sebaik-baik sedekahkan pada ahli keluarga kita sendiri…? Maka anggap setiap pemberian kita kepada ahli keluarga kita tu sebagai satu bentuk sedekah.
Sedekah ini adalah antara 3 amalan yang tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA.
Jangan berkata TIDAK lagi pada sesuatu yang diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan. Insya-Allah, mesti Allah akan bagi jalan untuk kita tunaikan.
Elok dah anak tidur nyenyak kat pangku, baru nak letak di baby court dah terjaga balik. Pasti situasi ini sering terjadi kepada kebanyakkan ibu yang mempunyai anak masih kecil terutamanya bayi.
Ramai yang beranggapan ia terjadi kerana ibu sendiri dah ajar anak untuk tidur dipangkuan sejak kecil dan ada juga mengatakan ia disebabkan si kecil yang suka mengempeng. Jom lihat checklist yang dibuat oleh Pakar Tangisan dan Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah tentang permasalahan ini.
Checklist Kenapa Bayi Terjaga Bila Diletak
PERCAYALAH saya telah MILIKI HAMPIR SEMUA isu tidur biasa anak suatu masa dulu: anak ‘dependent sleeper’ (mengempeng sampai 14-15 bulan), tak lena, menangis tengah malam susah diam, susah nak ajak masuk tidur, tidur sampai lewat malam…
SEMUAnya BERUBAH bila saya cari dan amal ILMU. Hari ini, saya pula bantu ibubapa lain keluar dari masalah tidur anak mereka.
Ingat, tidur ialah BIOLOGI, bukan logik.
Jika tak faham biologi tidur, isu tidur sukar dapat di selesaikan dengan begitu saja.
Ini checklist untuk ibu-ibu tahu kenapa si kecil terjaga bila diletak
Untuk Bayi 0-3 bulan
Tak cukup alat tidur
Menggunakan alat tidur secara salah/ tak tepat
Tak amalkan letak bayi semasa mamai
Overtired akibat berjaga lebih masa
Bayi 4 Bulan ke atas
Tak mahir tidur sendiri ( dependent sleeper)
Alat tidur tai cukup & ala tidur yang tak sesuai
Overtired
Overnap (terlebih tidur siang)
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!