Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial, Irine Nadia yang mengumumkan dirinya kini hamil anak kelima.
Menerusi Instagramnya, Irine berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
Menurut perkongsian Irine, anak-anaklah orang yang paling gembira dengan berita itu kerana sudah lama berharap untuk mempunyai adik baru.
“BismillahiMashaAllah. No 5 is coming soon. Alhamdulillah. Enter my 2nd trimester pregnancy. Syukur Alhamdulillah.
“Dah masuk trimester kedua baru ibu dengan ayah bagitau pada anak-anak. Sebelum-sebelum tu, anak-anak cuba untuk berteka-teki, tapi still ibu dengan ayah sorokkan bagi keadaan morning sickness ibu stable dulu.
“Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan kata Irine, keempat-empat anaknya adalah orang yang paling gembira dan terharu untuk menyambut adik baru. Paling mengharukan kata Irine lagi, dia dilayan bak puteri oleh kesemua anak-anaknya.
“Doa anak-anak tu memang betul-betul Allah makbulkan untuk dapat adik baru.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif, pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?
Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan dimaklumkan kantung kehamilan atau gestational sac tidak dapat dilihat.
Kantung tersebut adalah tempat di mana janin akan membesar dan mengandungi cecair amniotik atau lebih mudah dikenali sebagai air ketuban.
Umumnya, kantung tersebut adalah antara tanda mengandung yang dapat dilihat pada ultrabunyi transvaginal. Alat tersebut digunakan kerana ultrabunyi abdomen kurang tepat pada peringkat awal kehamilan.
Gestational sac biasanya dapat dilihat apabila ujian scan bayi dilakukan ketika usia kehamilan mencecah 5 minggu. Bagi sesetengah wanita mengandung, ia boleh dilihat seawal usia 3 minggu kehamilan.
Sekiranya kantung tersebut dapat dikesan pada alatan ultrabunyi, anggaran saiz diameter kantung adalah sekitar 2 hingga 3 milimeter (mm). Ia akan kelihatan seperti rim putih di dalam rahim anda.
Jika anda menjalani ujian kehamilan kuantitatif, iaitu ujian hCG serum (human chorionic gonadotropin), gestational sac biasanya akan kelihatan apabila hCG mencapai tahap 1,500 hingga 2,000.
Ujian scan bayi yang seterusnya akan menampakkan kantung kuning telur (yolk sac) di dalam kantung kehamilan.
Yolk sac akan berfungsi sebagai makanan untuk embrio yang sedang berkembang dan biasanya akan dapat dilihat pada usia kehamilan 5.5 hingga 6 minggu melalui ultrabunyi transvaginal.
Tetapi jika kantung tersebut tidak dapat dilihat semasa scan bayi, adakah ia petanda masalah kehamilan?
Kantung yang wujud di dalam rahim itu adalah kantung yang akan mengelilingi dan melindungi bayi (apabila membesar) dan akan mengandungi cecair amniotik.
Sekiranya ia tidak dapat dilihat semasa ujian ultrabunyi transvaginal kehamilan pada awal usia kehamilan, sekitar 5 minggu, ada beberapa punca yang mungkin berlaku, iaitu:
Imbasan kehamilan dilakukan terlalu awal
Kantung kehamilan biasanya akan kelihatan pada imbasan ultrabunyi pada 3 hingga 5 minggu kehamilan atau pada saat nilai hCG mencapai 1,500 ke 2,000.
Jika dilakukan sebelum waktu atau tahap itu, walaupun ujian kehamilan menunjukkan positif, kemungkinan besar tidak akan ada kantung yang dapat dilihat semasa scan bayi dilakukan.
Tempoh masa yang salah adalah antara sebab paling biasa mengapa kantung bayi tersebut tidak dapat dilihat. Apabila melibatkan keadaan sebegini, ujian ultrabunyi susulan akan disyorkan.
Pun begitu, jika tempoh mengandung sudah melebihi 5 minggu atau capaian tahap hCG lebih 2,000, ketiadaan kantung kehamilan mungkin petanda kewujudan masalah tertentu.
Kehamilan ektopik
Apabila kantung tidak kelihatan di dalam rahim, ia berkemungkinan besar menandakan masalah kehamilan, iaitu kehamilan ektopik.
Ia keadaan yang boleh menimbulkan kebimbangan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ketiadaan kantung mungkin berkaitan dengan waktu scan bayi yang salah.
Walau bagaimanapun, masalah kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim akan dapat diatasi jika dapat dikesan pada peringkat awal.
Situasi ini boleh terjadi walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang menjurus kehamilan ektopik.
Seorang doktor mungkin dapat mendiagnosis masalah kehamilan luar rahim dan akan menyarankan rawatan tanpa perlu melakukan ujian scan bayi susulan jika tahap hCG cukup tinggi.
Masalah kehamilan ini selalunya tidak dianggap kecemasan perubatan sekiranya dikesan lebih awal. Bahkan pilihan rawatan juga tidak semestinya melibatkan pembedahan.
Keguguran
Jika anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan atau gejala keguguran lain, ketiadaan kantung kehamilan mungkin bermakna anda mengalami keguguran yang sangat awal.
Keadaan ini turut dikenali sebagai kehamilan kimia atau tisu kehamilan telah disingkirkan rahim.
Sekiranya berlaku penurunan kadar hCG dengan tiada penemuan kantung, diagnosis paling hampir adalah keguguran.
Seperti kehamilan ektopik, terdapat pelbagai pilihan rawatan tersedia jika anda kehilangan kandungan.
Ketiadaan kantung kehamilan semasa scan bayi boleh jadi keadaan yang sukar untuk pakar menentukan dengan segera dan tepat akan puncanya.
Jadi adalah sesuatu yang wajar untuk anda berasa bimbang dan cemas, malahan mungkin kecewa.
Terdapat kemungkinan besar untuk anda diminta melakukan ujian scan bayi atau ultrabunyi susulan dan menjalani pemantauan tahap hCG bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menjelang Ramadan pasti ada saja golongan ibu hamil yang bimbang dengan keadaan dirinya dan juga bayi dalam kandungan.
Ini kerana hampir kebanyakan daripada ibu hamil ni sedaya upaya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kekangan dan kebimbangan yang sentiasa difikirkan.
Antara yang selalu difikirkan adalah sejauh mana tahap kekuatan diri sehingga sampai waktu berbuka dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan.
Bagi menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan (O&G) Dr Muhammad Izzat ada memberi penjelasan ini buat ibu yang masih tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan.
Ibu mengandung yang TAK DINASIHATKAN untuk berpuasa:
🖐Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama)
🖐Bila mana ibu ada risiko untuk mendapat darah beku di kaki ( venous thrombosis ) – moderate or high risk group
🖐Ibu yang tak sihat – demam, muntah-muntah, cirit birit
🖐Ibu yang mempunyai high risk pregnancy seperti pre eclampsia, penyakit autoimmune, atau penyakit jantung.
🖐Ibu ada kencing manis ketika hamil – kencing manis jenis 1 dan 2 atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
🖐Kehamilan di mana baby tak membesar ( IUGR )
🖐Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya
🖐Ibu yang tak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh pantang selepas bersalin. Walaupun kadang2 darah nifas dah kering 2 minggu lepas bersalin, tapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk thrombosis tu masih lagi tinggi
Bersalin normal adalah proses kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa memerlukan pembedahan. Ia adalah kaedah yang paling biasa dan dianggap lebih semula jadi.
Menurut Public Health Malaysia pembukaan saluran serviks atau rahim adalah salah satu daripada tanda bersalin semakin menghampiri.
Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai bersalin normal:
Tanda-Tanda Bersalin:
Kontraksi: Sakit yang berulang-ulang pada bahagian perut atau belakang, semakin kuat dan kerap.
Keluar Lendir: Pelepasan lendir dari faraj yang mungkin bercampur dengan darah (tanda perdarahan ringan).
Pecah Air Ketuban: Air ketuban akan keluar melalui faraj, memberi tanda bahawa kelahiran hampir tiba.
Fasa-Fasa Bersalin Normal:
Fasa Awal (Latent Phase): Kontraksi bermula dengan jarak yang panjang dan tidak terlalu kuat. Boleh berlangsung beberapa jam hingga berhari-hari.
Fasa Aktif (Active Phase): Kontraksi menjadi lebih kuat, lebih kerap, dan lebih menyakitkan. Bukaan serviks (leher rahim) berkembang lebih cepat, dari 4 cm hingga 10 cm.
Fasa Menghadapi Kelahiran (Transition Phase): Fasa terakhir sebelum bayi dilahirkan, di mana kontraksi menjadi sangat kuat dan sangat kerap. Ini adalah waktu yang paling intensif.
Walaupun bersalin normal lebih semula jadi, ada risiko seperti kesakitan yang teruk, tumpah darah, atau kecederaan pada perineum (bahagian antara faraj dan dubur).
Kadang-kadang, kelahiran yang terlalu lama atau komplikasi lain boleh menyebabkan doktor mengesyorkan bersalin secara pembedahan.
Bersalin normal memberikan peluang kepada ibu untuk mengalami kelahiran secara semula jadi, tetapi setiap kelahiran adalah unik dan berbeza. Pastikan berbincang dengan doktor untuk memilih pilihan yang terbaik berdasarkan keadaan kesihatan ibu dan bayi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!