Kadang anak-anak buat perangai bukan apa hanya semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada ibu dan ayah. Situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon Saharul Ridzwan dalam posting terbarunya di Instagram.

Anak lelakinya, Muhammad Luth Ali meragam selepas kurang mendapat perhatian dan layanan daripada ahli keluarganya.

Menurut Saharul, dia terlampau sibuk manakala isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berada dalam keadaan tidak sihat.

“Nobody wants to play with me,” Sebaknya Dengar Luahan Ali. Saharul Ridzwan Akui Sibuk Kerja Buat Ibu Ayah Kurang Peka Dengan Anak

“Baba minta maaf Ali

Saja perkongsian utk ibu bapa tentang “Parenting”. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing. Anak anak ada perasaan , dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan.

“Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik saya rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema untuk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia.

“ Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling-baling toys lepas tu masuk bilik cakap “I want to watch King Kong” sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai.”

“Nobody wants to play with me,” Sebaknya Dengar Luahan Ali. Saharul Ridzwan Akui Sibuk Kerja Buat Ibu Ayah Kurang Peka Dengan Anak

IKLAN

Bertanyakan kepada anaknya mengapa menangis, jawapan yang diberikan Ali membuatkan pelakon Korban Cinta ini tersentap selepas mendengar luahan anak lelakinya itu.

Saya passkan Fateema pada Deena, saya angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then saya tanya soalan yang selalu saya tanya:

“Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby” Banyak kali saya tanya then finally dia cakap:

“Nobody wants to play with me. I want to play”

“Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu-sedu dia nangis. Saya hug dia, cakap “Come go out with Baba, jalan-jalan naik kereta”- Happy dia. Anak Baba.”

IKLAN

“Nobody wants to play with me,” Sebaknya Dengar Luahan Ali. Saharul Ridzwan Akui Sibuk Kerja Buat Ibu Ayah Kurang Peka Dengan Anak

Saharul Ridzwan akui apa yang berlaku kepada Ali itu adalah kesilapan dirinya yang kurang meluangkan masa bersama anaknya kerana kesibukan kerja.

“Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masa untuk anak-anak kita, kadang-kadang kita fikir yang anak-anak buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita.

“Kita kurang peka dengan anak-anak kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita.

“Sorry my boy. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik untuk Ali dan Fateema,” luahnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Baba minta maaf Ali 😭 . Saja perkongsian utk ibu bapa tentang "Parenting". Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing2. Anak anak ada perasaan , dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan. Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik sy rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema utk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia. . Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling2 toys lepas tu masuk bilik cakap "I want to watch King Kong" sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai. Sy passkan Fateema pada Deena, sy angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then sy tanya soalan yang selalu sy tanya: "Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby" Banyak kali sy tanya then finally dia cakap: "Nobody wants to play with me. I want to play" Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu2 dia nangis. Sy hug dia, cakap "Come go out with Baba, jalan2 naik kereta"- Happy dia. Anak Baba ❤️ . Kadang2 kita terlepas pandang tentang masa utk anak2 kita, kadang2 kita fikir yang anak2 buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita. Kita kurang peka dengan anak2 kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita. . Sorry my boy ❤️. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik utk Ali dan Fateema. P/s: ambik gambar semua ni masa baru masuk kereta, kereta tak bergerak pun

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan Ali tersenyum gembira apabila dapat meluangkan masa dan bermain dengan babanya itu.

Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu  Muhammad Luth Ali, dua tahun dan Fateema Azzahra yang baru berusia tiga bulan.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

“Nobody wants to play with me,” Sebaknya Dengar Luahan Ali. Saharul Ridzwan Akui Sibuk Kerja Buat Ibu Ayah Kurang Peka Dengan Anak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI