Sekolah yang baru dibuka hari ini pastinya ibu tercari-cari menu simple untuk anak sebelum ke sekolah. Resipi nuget tempura yang dihasilkan sendiri pastinya lebih selamat.
Jom cuba resipi ringkas, Rosmizah Yussof menggunakan acuan lompang ini untuk anak. Sedap.
Biasanya bahagian dada ayam memang tak berapa laku kalau dimasak. Ini resepi ringkas macamana nak buat supaya anak-anak suka makan bahagian tu dan tak membazir. Jom buat tempura..boleh buat minum petang atau sarapan pagi.
Yang penting tak perlu ragu-ragu dengan bahan yang ada dalam tu sebab hasil dari air tangan ibu.
Bahan A.
4 ketul dada ayam -potong kecil dan buang kulit dan tulangnya.
Bahan B
1 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih
1/2 batang lobak dipotong nipis
3 tangkai daun ketumbar dicincang
3 tangkai daun sup dicincang
5 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada putih.
1 sudu serbuk pati ayam
Bahan C
Pecahkan 1 biji telur gred A
Ads
Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam pengisar dan kisar sampai halus dan sebati. (Blender bahan A + B +C).
Kaup guna sudu dan gaul lagi.
Masukkan ke dalam acuan kuih lompang.Boleh jugak masukkan ke dalam mangkuk dadih yang rendah tu. Susun dalam pengukus. Kukus lebih kurang 15 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Belah 2 supaya lebih nipis dan tak terlalu tebal. Kalau tak nak belah pun tak pe.
Ads
Sediakan 1/2 mangkuk Tepung Bestari. Boleh pilih nak guna yang pedas atau original.Saya guna yang pedas sebab anak-anak suka pedas.
Bancuh tepung dengan sedikit air. Buat bancuhan macam bancuhan pisang goreng. Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Celup dan golekkan tempura ke dalam bancuhan tepung.
Panaskan minyak dan masukkan tempura yang dicelup tepung tadi satu persatu. Goreng dan balik- balikkan sampai warna bertukar kekuningan. Bila masak bolehlah diangkat.
Ads
Tempura yang telah siap. Rangup dan sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.
*Kalau tak ada acuan boleh guna bekas dadih yang kecik atau kukus dalam loyang. Bila masak sejukkan dan potong ikut kreativiti masing-masing sebelum digoreng.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi lemak dipagi hari tak terasa enaknya tanpa sambal yang sedap. Nak lain dari yang lain dan sedapnya lain macam, tambahkan bahan kisaran ini.
Resipi dengan ikan bilis kisar yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh ini anda kena cuba. Sedap!
Resipi sambal bilis nasi lemak.
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 labu
Bawang putih 5 ulas
Ikan bilis -ambil sedikit untuk dikisar
Belacan
Daun pandan
Asam keping
Cili kering kisar
Gula melaka
Sedikit sos cili, sos tomato
Kisar bawang besar dan bawang putih. Tambah kan secubit ikan bilis dan terus kisar bersama bawang tadi. Sedikit belcan.
Dalam kuali panaskan minyak, masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Masukkan asam keping 2 keping yang kecil-kecil.
Masukkan bawang kisar tadi dan masak sehingga perang ataupun separuh masak.
Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan gula melaka(nise) 2 keping. Masukkan sos cili 3 sudu dan sos tomato 3 sudu.
Masukkan ikan bilis bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jika kurang manis boleh tambahkan gula.
Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan pekat.
Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya satu lauk sahaja, makan dengan nasi panas-panas, letak kicap pun boleh habis sepinggan.
Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini boleh cuba guna resepi ini pula. Rahsianya adalah menggunakan bawang putih, merah, halia dan telur.
Berikut resepi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Wajib cuba sebab ranggup diluar, juicy kat bahagian dalam.
Ayam Goreng Viral
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi. Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul!
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat
Bahan kisar :
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2-3 sudu
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp
Anak-anak mana yang tidak suka makan ayam, lebih-lebih ayam goreng. Apa kata ubah kelainan rasa yang lebih menyihatkan buat anak-anak dan suami di rumah dengan menyediakan ayam golek pula untuk juadah berbuka petang ini.
Resipi air tangan ibu yang dikongsikan oleh anaknya, Aini Salwa Remely ini memang terbaik. Patutlah ayam golek nampak berkilat ketika dipanggang. Ada rahsianya. Ini yang dikongsikan olehnya. Jom cuba!
Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang. Satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
Bahan-bahan rempah:
10 bj bawang merah bombay
11 labu bawang putih
Halia- seketul (saiz 2x ibu jari)
5 batang serai
(semua ni blend)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ketul gula melaka -(mak pakai nisey /gula kabung/gula nira)
3 sudu kecil garam
Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering. Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar atau golek.
Ambil rempah, sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih. Baru bakar.
Bahan Sos cicah:
10 tangkai cili kering -rebus dan blend
5 ulas bawang putih bakar blend
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Masak semua dengan air, dah didih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap, bila sos dah sejuk tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan.
Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven sekor terus atau potong belah bakar macam Bbq.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.