Bila pelakon Nynaa Harizal berkongsi gambar raya dengan ‘baby barunya’ ramai warga maya geram dengan kecomelan bayi lelakinya. Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas memilih nama, Isaac untuk anak lelaki mereka.
Nynaa Harizal Kongsi Gambar Raya Dengan ‘Baby Baru’
Isaac merupakan anak kedua Nynaa. Terdahulu, Nynaa sudah pun memiliki seorang anak perempuan, Zara Ariyanaa yang dilahirkan pada 29 Januari 2023. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
Pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Hariza yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya.
Comel Betul Isaac
Ads
Berikut perkongsian Nynaa di laman Instagramnya:
Selamat Hari Raya from our little Family. The outcome of our 1-minute photo session with Arianaa dan Isaac, tulisnya.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Jangan panik, ini langkah penting yang ibu ayah kena tahu!
Bila anak tiba-tiba demam, lepas tu timbul bintik merah atau lepuh kecil di tangan, kaki dan dalam mulut—ibu bapa mana yang tak risau? Itu tanda-tanda klasik penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang bawah 6 tahun.
Jom kita tengok langkah yang ibu bapa perlu ambil jika anak dijangkiti HFMD.
HFMD sangat mudah berjangkit. Anak yang dijangkiti perlu dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya 5-7 hari untuk elakkan jangkitan merebak ke adik-beradik atau rakan tadika.
Elakkan hantar anak ke taska, taman permainan atau tempat awam.
Demam biasanya berlaku 1-2 hari sebelum ruam timbul. Beri ubat demam seperti paracetamol ikut dos yang betul. Jika anak nampak lemah, tak aktif atau kurang minum, segera ke klinik.
Nota: Elak beri ibuprofen jika ada ulser mulut yang teruk kerana ia boleh peritkan lagi luka.
Basuh tangan anak dengan kerap, dan lap badan dengan kain bersih dan suam. Jika ada lepuh, jangan pecahkan sendiri—biarkan ia kering dengan sendirinya.
HFMD boleh buat anak sakit tekak dan tak nak makan. Tapi paling penting, pastikan dia tidak dehidrasi. Beri minuman sejuk, sup suam, atau ais krim untuk legakan sakit mulut dan galakkan minum air.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti:
Kurang buang air kecil
Demam tinggi lebih 3 hari
Mengantuk luar biasa
Ruam semakin teruk
Jangan tunggu—bawa anak ke klinik atau hospital segera.
Mainan, botol susu, baju, cadar dan tuala anak perlu dicuci dengan sabun atau air panas untuk membunuh virus yang mungkin melekat. Virus HFMD boleh hidup di permukaan selama beberapa hari!
HFMD bukan hanya untuk kanak-kanak—orang dewasa juga boleh dijangkiti! Jadi, ibu bapa kena basuh tangan selepas jaga anak, dan elakkan kongsi makanan atau tuala.
HFMD bukan sekadar demam biasa. Ibu bapa perlu peka dan bertanggungjawab—pantau anak betul-betul, jangan ambil mudah bila nampak ruam atau ulser mula muncul. Jangan sesekali benarkan anak ke sekolah atau taman permainan bila masih bergejala.
Asingkan anak, beri ruang untuk pulih, dan cegah dari menjangkiti kanak-kanak lain. Tindakan kecil hari ini boleh lindungi ramai lagi anak lain daripada turut jatuh sakit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rotan murid, guru besar, guru diberi kuasa laksana hukuman. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan hukuman itu juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Menurutnya, ia juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang telah diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.
“Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
“HUKUMAN ROTAN MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERAT, TERMASUK KESALAHAN BULI.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
Tambah Fadhlina, dalam menangani isu disiplin di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menekankan pendekatan yang lebih holistik dan berfokus kepada pendidikan nilai serta pembentukan sahsiah murid.
Jelasnya, ia termasuk program intervensi awal, bimbingan kaunseling, pengukuhan budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Melalui pendekatan itu, murid bukan sahaja dididik untuk memahami akibat perbuatan mereka, tetapi juga diasuh dengan adab dan akhlak yang baik seperti yang digariskan dalam Teras 2, 7 Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak, dan integriti dalam kalangan murid
“Peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.
“KPM berpandangan, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan sebarang isu disiplin dapat ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan,” ujar beliau.
Jelas Fadhlina, KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
Hukuman rotan katanya, hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa.
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni, merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kelincahannya.
Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hairul di Instagram yang memaparkan Alisa sedang memancing dengan pakaian berwana merah jambu.
“First time memancing. Ada gaya. Ready for deep sea fishing.” tulis Hairul di ruangan kapsyen.
Terbaik Alisa ni! Memang penuh gaya bila memancing walaupun masih kecil. Dengan beraninya dia pegang joran sambil pakai baju pink yang comel, memang mencuri perhatian!
Walaupun ramai ingat budak kecil tak pandai memancing, Alisa buktikan sebaliknya. Paling best, dia berjaya ‘tawan’ seekor ikan besar, buat semua orang kagum.
Nampak je kecil, tapi semangat Alisa memang luar biasa! Memang idol kecil yang penuh keyakinan.
NETIZEN KAGUM SEMANGAT KUAT- ‘KUAT TU PEGANG JORAN’
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibu melihat gelagatnya seakan kaki pancing.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.