Setiap kali memuat naik videonya mengenai perjalanannya untuk berjumpa suami, hati jadi sayu melihatnya. Betapa kuat wanita bernama Dayah Bakar ini untuk mengharunginya demi memastikan keluarga kecilnya bersatu.
Selepas mengumumkan untuk meninggalkan program Borak Kopitiam bagi menetap bersama suaminya di Australia, terbaru menerusi instagramnya, Dayah berkongsi sudah pun berlepas ke sana untuk bertemu suami.
Dan kini Dayah dan bayinya, Fahri sudah pun selamat tiba di bumi Australia. Pun begitu Dayah dan anaknya perlu dikuarantinkan terlebih dahulu sebelum dapat berjumpa suaminya.
“Journey to Baba.
“Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight.
“One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya,” tulisnya.
“Thank you for your concern and doa,”tulisnya lagi.
Meninjau di insta story, Dayah turut berkongsi beberapa videonya ketika dihantar keluarganya di lapangan terbang serta keadaannya semasa berada di dalam kapal terbang.
Kata Dayah ia satu pengalaman pertama kali bersama anak kecilnya. Pun begitu, perjalanannya dipermudahkan bila mana ada ramai yang sudi membantunya ketika berada di dalam kapal terbang.
Ads
Malah menerusi satu akaun rasmi @dayahlova, turut dimuatkan beberapa video pemergiaan Dayah ke sana. Sayu hati melihat video yang dikongsikan namun inilah sebuah pengorbanan demi untuk menyatukan keluarga kecil Dayah.
Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi Dayah dan Fahri. Tak sabar rasanya melihat perkongsian video Dayah disaat bertemu Baba Fahri kelak.
Meninjau di ruangan komen, seluruh peminat dan pengikut Dayah turut mendoakan agar perjalanan Dayah dan proses kuarantinnya dipermudahkan.
Ads
Terdahulu, Dayah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Kapten Hanif Hamidi pada tahun 2018. Sebaik suami berangkat ke Australia atas tuntutan kerja, Dayah disahkan hamil dan inilah perjalanan bayi Fahri untuk bertemu Babanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @dayahbakar & @dayahlova
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak. Apa yang penting mereka tunjuk dapat. Anak tak kan fikir harganya, kesan pada kesihatan dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa, kita kena main peranan ini. Jangan terlalu ikut sangat apa anak nak. Kena bertegas dengan mereka walaupun rasa sedikit tercabar apabila anak buat perangai depan orang.
Kalau orang lain kata bagi jelah kat anak tu, kita berhak berkeras dan cara kita tak sama dengan orang lain. Memang nampak kita ni seolah-olah ibu bapa kejam tapi ia terbaik untuk masa depan anak nanti.
Berikut perkongsian Dr Taufiq Razif berkongsi kenapa ibu bapa jangan ikut sangat apa anak nak.
Geram juga saya dengan Maryam Soolihah ni. Tiap kali masuk kedai runcit je benda pertama dia nak sambar adalah aiskrim!
Aduh! Maafkan Abi tapi jawapan Abi akan tetap NO.
Saya bukan tak nak bagi. Tapi aiskrim, jajan dan ais gas ni kalau kita selalu bagi kat anak kita boleh menyebabkan sistem imun anak tak berfungsi dengan optimum.
Anak kita walaupun mungkin dia tahu je keburukan makanan tu semua tapi disebabkan Prefrontal Cortex mereka belum matang lagi, mereka tak mampu nak buat keputusan dan tak reti nak bezakan mana baik dan mana buruk.
Tu la kenapa kita la yang kena jadi DECISION-MAKER untuk anak kita.
Kalau kita ikut je kemahuan anak-anak kita yang masih tak matang Prefrontal Cortex-nya tu, boleh rosak anak kita tu.
Itulah kenapa mak ayah ni kena tegas sebab anak-anak kita sebenarnya sangat perlukan ketegasan mak ayah untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya.
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar. Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan keterujaan ibu bapa untuk memiliki anak kembar. Beliau juga turut berkongsi bagaimana tercetusnya hyperovulation (menghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) yang menyebabkan terjadinya kembar tidak seiras (non-identical twin).
Beliau juga turut berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit 10 tahun mencuba untuk hamil, kecewa kandungannya bukan kembar.
Dah cuba makan itu makan ini & supplemen tradisional. Kecewa akak sebab banyak dah duit habis
Bersyukurlah dengan kandungan ini. Rezeki dari Allah. Tidak salah mencuba selagi tak memudaratkan. Tapi petua dan supplemen tiada bukti saintifik ia berkesan.
Petua yang tak elok & tiada kebenaran tak elok di kongsi.Testimoni hierarki ilmu paling rendah
Hyperovulation (penghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) boleh terjadi. Genetik ibu, usia ibu 35 ke atas, ibu BMI lebih dari 30 tahun, penyusuan susu ibu antara faktor terjadinya hyperovulation.
Bangsa Nigerian cenderung dapat anak kembar sebab gaya hidup makan keladi dan lain-lain tapi tiada kajian konklusif.
Petua daripada pemerhatian ialah testimoni adakalanya menjadikan penyakit semakin teruk. Perlu kajian teliti dari segi sains dan perubatan.
Ilmu perlu digali, bukan agak-agak. Jika tidak ia seolah-olah memberi harapan palsu.
Tanggungjawab ayah sepatutnya melindungi dan menyayangi anak tapi lain pula jadinya. Bagi anak kecil yang berusia 3 tahun dan masih belum tahu apa-apa, pengalaman seronok sewaktu kecilnya diragut dengan kisah hitam.
Ini berikutan bapa sendiri telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk sebelum disedari ibu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 25 tahun telah diminta untuk mengasuh anaknya kerana isteri keluar bekerja.
“Namun ketika ditinggalkan bersama bapa, suspek dikatakan telah mencabul dan meliwat anak perempuannya berusia 3 tahun serta merakam perbuatan tersebut antara jam 7 pagi hingga 3 petang.
“Kejadian ini terbongkar selepas gambar perlakuan terkutuk itu ditemui isterinya,” katanya.
Menurut Adzli, kejadian disedari Ahad lalu setelah anak lelaki pasangan itu berusia 4 tahun memberikan telefon bimbit bapanya kepada ibunya.
“Setelah telefon dibuka, isterinya ternampak gambar bogel anak mereka dalam telefon.
“Selepas diperiksa lagi, ibu mangsa mendapati terdapat banyak gambar perlakuan terkutuk itu.
“Isteri suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian setelah suaminya tidak mengaku melakukan perbuatan itu,” katanya.
Difahamkan, gambar terbabit diambil pada 29 Februari lalu.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 3 tahun 10 bulan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan merah di kemaluan mangsa dan tiada kesan koyakan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.
Tambah Adzli, suspek telah ditahan di Simpang Ampat, Perlis dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.