Dalam mendidik anak-anak, adakalanya kita perlu memarahi mereka. Kemungkinan kerana mereka perlukan sedikit sentakan agar mereka boleh memahami kepentingan atau bahaya sesuatu perbuatan itu.
Contohnya, menyeberang jalan tanpa melihat kanan dan kiri dan menonong sahaja membahayakan diri. Sudah diingatkan lebih 3 kali, maka, perlu dimarahi dan dihukum dengan hukuman dan marah yang berpatutan.
Ramai risau untuk memarahi anak kerana merasakan bahawa nanti anak akan tidak menyayangi mereka atau anak jadi melawan.
Ini beberapa mutiara ilmu yang boleh membantu bagaimana untuk memarahi anak dan anak menjadi semakin hormat dan kasih akan kita.
1- Marahlah perbuatan yang salah itu bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ‘ Kamu ni memang jahat!’ kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,’ Janganlah berperangai tidak baik macam tu…sayang anak yang baik’.
Ads
2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.
3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maksimum.
4-Bila marah gunalah “sandwich” method. Iaitu, mulai dengan menghargai sesuatu yang baik yang telah dilakukan. Kemudian baru bawa ke tengah perkara yang hendak ditegur. Akhirkan dengan kata-kata harapan dan positif.
Ads
Contoh:
“Mama happy sangat tengok Abang dan semakin rajin solat. Bagus tu. Mama tengok Abang susah sikit bangun subuh. Ini kurang bagus. Rugi kalau kita miss mana-mana waktu solat. Apakata Abang tidur awal supaya tak ngantuk bagun solat subuh. Mama yakin Abang boleh disiplinkan diri, kerana hari tu bila Abang set nak disiplin basuh pinggan lepas makan, Abang dah tak miss dah. Anak Mama ni memang kuat semangat.”
Ads
5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakankasih anda.
6- Elaklah mengatakan kata-kata begini..”mak marah ni sebab mak sayang..’ semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.
Harap ini membantu bagi yang minda dan hati yang senantiasa terbuka untuk kebaikan.
Ibu bapa jangan takut-takutkan anak dengan ‘hantu,’ kesannya anak jadi penakut, boleh tinggalkan parut psikologi. Kenapa masih ada ibu bapa yang masih menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan kekeluargaan.
Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.
Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.
Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.
Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.
Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.
Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tenggelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.
Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.
Takut hantu adalah salah satu ketakutan yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Cerita-cerita seram atau pengalaman yang menakutkan boleh menyebabkan mereka merasa takut, terutama pada waktu malam. Berikut adalah beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap hantu.
Elakkan menceritakan atau menonton cerita seram bersama anak-anak, terutama sebelum waktu tidur. Cerita-cerita ini boleh mencetuskan imaginasi mereka dan menyebabkan mereka merasa takut. Sebaliknya, pilih cerita yang positif dan menghiburkan.
Berbincang dengan anak-anak tentang hantu dengan cara yang sesuai dengan umur mereka. Jelaskan bahawa hantu hanyalah khayalan dan tidak wujud dalam dunia nyata. Memberikan penjelasan yang logik boleh membantu mereka memahami dan mengurangkan ketakutan.
Pastikan persekitaran rumah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk anak-anak. Biarkan mereka tidur dengan lampu malam jika perlu, dan pastikan mereka tahu bahawa anda sentiasa ada untuk melindungi mereka. Rasa selamat adalah penting untuk mengatasi ketakutan.
Mainan atau objek kesayangan boleh memberikan rasa selamat kepada anak-anak. Biarkan mereka tidur bersama patung kesayangan atau selimut yang mereka suka. Ini boleh membantu mereka merasa lebih tenang dan kurang takut.
Ajarkan anak-anak teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas. Teknik-teknik ini boleh membantu mereka menenangkan diri apabila mereka merasa takut. Latih mereka untuk mengambil nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan apabila mereka merasa cemas.
Dengarkan dan berbincang dengan anak-anak tentang ketakutan mereka. Jangan memandang ringan perasaan mereka. Bantu mereka mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka takut dan bincangkan cara-cara untuk mengatasinya. Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting.
Jika anak anda takut gelap, gunakan lampu malam di bilik mereka. Cahaya yang lembut boleh membantu mengurangkan rasa takut dan memberikan rasa selamat. Pastikan lampu malam tidak terlalu terang sehingga mengganggu tidur mereka.
Cipta rutin tidur yang menenangkan dan konsisten. Aktiviti seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, atau bercakap tentang hari mereka boleh membantu anak-anak merasa lebih relaks dan selesa sebelum tidur.
Jangan gunakan ketakutan sebagai cara untuk mendisiplinkan anak-anak. Menggunakan hantu atau cerita seram untuk mengawal tingkah laku mereka hanya akan memperburuk ketakutan mereka. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang positif dan membina.
Jika ketakutan anak anda terhadap hantu terlalu melampau dan menjejaskan kehidupan harian mereka, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu anak anda mengatasi ketakutan mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi ketakutan terhadap hantu. Sokongan, pemahaman, dan dorongan yang konsisten adalah kunci utama dalam membantu anak-anak merasa lebih berani dan yakin.
Dek kerana keterujaan melihat perkembangan anak-anak, kita selalu memuatnaik status dan foto mereka di media sosial. Tanpa kita sedari, ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan anak-anak.
Di internet, terlalu ramai pemangsa yang mencari dan mengumpul foto kanak-kanak untuk dijadikan simpanan peribadi mereka. Selain pedofilia, terdapat satu lagi golongan lain yang dikenali sebagai Digital Kidnappers.
Seram sungguh saya bila dapat tahu rupanya sekarang ni anak kita bukan cuma berdepan dengan pemangsa kanak kanak sahaja tetapi sekarang ni ada juga Digital Kidnappers.
Saya sendiri pun baru tahu ni. Aduh!
Dulu kita biasa dengan istilah penculik kanak kanak je kan. Itu berlaku secara fizikal tetapi sekarang ni ianya boleh berlaku juga tetapi secara digital je. Ini yang kita namakan sebagai Digital Kidnapping.
Mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan ‘culik’ gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka.
Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak-anak mereka!
Yang lebih seram lagi kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa.
Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
Tolong jangan buat benda ni:
*Dedahkan lokasi sekolah anak
*Dedahkan lokasi rumah anak
*Dedahkan lokasi perjalanan anak anak
*Dedahkan gambar aib anak
*Dedahkan gambar bogel anak
*Dedahkan nombor kad pengenalan anak
*Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers
Tolong sebarkan info ni kepada mak ayah yang lain ya sebab saya rasa tak ramai lagi mak ayah alert tentang Digital Kidnapping ni.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini memberi kesedaran kepada para ibu yang teruja berkongsi foto atau maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam keterujaan kita berkongsi untuk suka-suka, ada yang emmerhati untuk menjadikan anak kecil kita sebagai mangsa. Maka, berhati-hatilah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah tingkahlaku ni biasa je sebenarnya untuk kanak-kanak. Dah nama pun mereka tengah belajar kan, nak bljr disiplin, bentuk adab, peraturan dan lain-lain. Mereka masih lagi kurang atau tak faham tentang betul ke salah, dosa, pahala seperti kita sebab itulah mereka perlukan tunjuk ajar dari org dewasa.
Bila kanak-kanak ada masalah tingkah laku, bukan bermaksud mereka jahat. Mesti ada sesuatu yang mereka cuba nak sampaikan tapi mungkin bukan dengan cara yang betul. Mungkin hanya cara begitu sahaja yang mereka tahu untuk dapatkan apa yang mereka inginkan.
Jadi dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak, tingkah laku kita pun kena betul jugak. Jika perlu marah apa salahnya untuk mengajar, jika perlu puji, pujilah dengan bersungguh dan ikhlas. Bila beri perhatian, perlulah sepenuh hati dan saya yakin parents mesti tahu menilai apa yang anaknya buat betul atau pun tidak. Cuma kadang-kadang tak berdaya nak respon dengan sepatutnya dan menyebabkan kanak-kanak tersalah faham dan melakukan tingkah laku yang tak diingini ibu bapa.
Berikut sedikit tips utk anda, ada caranya tambahan pula dengan anak yang ada masalah delay, lambat bercakap, tak faham, tak ada respon pun bila di tegur, lg pening kan.
7 TIPS TANGANI MASALAH TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
Rewards tingkahlaku positif
Walaupun anak anda suka buat mcm2 perangai yg memeningkan kepala, mesti mereka ada melakukan perkara yang baik.. jadi bukan sahaja anda mengatakan jangan, tak boleh, atau no, atau salah setiap masa.. anda juga perlu tegur kebaikan yg mereka buat. Contohnya, anak anda tolong ada ambil barang, anda perlu highlight kebaikan tersebut.. Rewards blh diberikan dalam bentuk pujian, pelukan atau cium yg menunjukkan anda gembira dngn sikapnya
Ignore / punish tingkahlaku negatif
Elakkan memberi rewards pada tingkahlaku yg negatif.. contohnya anda memberikan apa yg mereka inginkan semasa mereka sedang mengamuk dan tantrum.. itu merupakan rewards untuk mereka.. atau semasa anak tak mahu ikut apa yang anda arahkan, tapi mereka di beri rewards dengan peluk dan cium.. dngn rewards, tingkahlaku tersebut akan berterusan dan akan diulang ulang oleh kanak2… Rewards bkn sahaja dlm bentuk barangan.. tapi sebarang perhatian adalah rewards pd kanak2.. seperti, peluk, cium dll
Jelas dan on time
Bagi kanak2, mereka memahami perkara yang dilakukan pada masa tersebut dan sukar utk mereka relate dengan perkara yang dah lepas. Jadi, jika anda ingin menegur kesalahan anak, lakukan semasa mereka melakukan tingkahlaku terebut.. contoh, anak memukul.. anda perlu tegur perbuatan tersebut semasa mereka sedang melakukannya.. bukan beberapa jam perkara tersebut berlalu. Dan pastikan teguran tersebut jelas spt “jangn pukul..sakit”. Patikan suara anda tegas, maintain eye contact dan ekspresi muka yg sesuai yg menunjukkan anda tak suka perbuatan tersebut..
Buat apa yang anda cakap
Bila menangani tingkahlaku negatif anak, anda perlu teguh dengan pendirian.. cotohnya, bila anda mengatakan “tak boleh”, anda perlu kekalkan tak boleh walaupun anak mengeluarkan pelbagai jenis tingkahlaku spt menangis, bergolek, memukul, dan ada yg muntah.. Sekiranya anda tewas, anak akan tahu kelemahan anda, dan akan gunakannya setiap kali.
Konsisten
Konsisten, konsisten, konsisten.. ini adalah kunci dalam menangani masalah tingkahlaku… jika hari ni anda cakap boleh, esok cakap x boleh, hari ni bagi, esok x bagi.. kanak2 akan confius apa sebenarnya yg patut mereka lakukan.. sama juga dengan tingkahlaku anak di sekolah dengan di rumah.
Kawal emosi diri
Jika kanak2 melakukan tingkahlaku yang membuatkan anda marah.. kawal perasaan anda dan jangan terbawa-bawa.. Biarlah anda marah mereka kerana sayang dan ingin mengajar.. bukan marah kerana nafsu amarah dan utk lepaskan geram.. kerana kesan yg ditinggalkan adalah berbeza antara kedua-duanya.
Beri perhatian secukupnya
Ada kalanya kanak2 membuat pelbagai perangai seperti merengek, menangis adalah utk medapatkan perhatian ibubapa.. walaupun perhatian yang diterima dalam bentuk yang negatif seperti marah dll, mereka tak peduli..asalkan ianya perhatian.. asalkan ibubapa menegur mereka dan menyebut nama mereka, itu dikira perhatian.. Jadi sebelum kita menunding jari pada masalah tingkahlaku anak.. kita perlu tunding jari pada diri kita sendiri dan tanya, adakah kita sudah berikan perhatian yang secukupnya buat mereka..
*Perhatian di sini bkn bermaksud memberi semua yg mereka ingini.. itu spoil namanya… perhatian lbh kepada masa anda, tumpuan anda pada mereka dan kasih syg
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.