Jangan terkejut bila si kecil dah pandai cemburukan papa dan mama! Anda tentu biasa berhadapan dengan situasi begini kan? Anak yang baru berusia setahun ke atas akan marah apabila anda sengaja menyakatnya dengan memeluk atau mencium mama atau papanya.
“Sayang mama. Ini papa punya mama…,” sakat Papa pada Ammar sambil memeluk mama.
“Jangan…ni Ammar punya mama!” jerit Ammar sambil cuba menolak papanya daripada memeluk mama.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
Ads
Si kecil hanya mahu mama menjadi milikinya dan tak boleh berkongsi dengan orang lain termasuk papa! Dia fikir hanya dia sahaja yang mama perlu peluk dan cium.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
Ads
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Ads
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis. Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu mengadu anak mereka yang berusia antara 1 hingga 6 tahun mula ada masalah susah nak makan. Macam-macam cara dilakukan untuk mengajak anak makan nasi tapi selalulnya tidak berjaya. Kalau makan pun hanya pilih menu tertentu sahaja dan sudah tentu sayur antara yang akan ditolak.
Akhirnya ibu pun buntu, rasa give up dan biarkan anak makan apa sahaja yang dia mahu. Kalau anda berhadapan situasi ini, cubalah beberapa resipi ciptaan Puan Nurin yang juga pemilik Empayar ByCiknuie, pengeluar makanan bayi homemade yang sangat rajin mencipta pelbagai jenis resipi untuk anak-anaknya. Hasilnya anak beliau memang tidak memilih makan dan paling penting sentiasa makan makanan berkhasiat air tangan si ibu.
1. Avogult Fried Rice
Untuk paste:
Separuh avocado, 1 ulas bawang putih dan 1 sudu besar full fat yogurt. Kisar semuanya dan masak sehingga kering sedikit.
Tumis paste tadi sehingga garing sedikit, masukkan nasi, sayuran, telur atau isi ikan. Goreng rata. Tabur serbuk bilis dari @byciknuie sedikit.
Siap! Serius tak ada rasa tasteless avocado tu pun dan ia tersorok dalam nasi.
2. Eggdrop Bawang Putih Mix Cendawan
Ketuk 4-5 ulas bawang putih tumis dengan olive oil. Masukkan homemade chicken stock, sayuran dan masak sehingga didih. Pecah telur kocak dan goyang-goyangkan dalam masakan tadi. Letak sedikit #corncerealmeal dari @byciknuie untuk pekatkan kuah.
Siap! Sedap dihirup segarkan badan.
3. Nasi Goreng Yogurt
Tumis bawang putih, masukkan nasi kemudian gaul rata, renjis minyak bijan, pecah telur sebiji, letak sesudu kecil yogurt full fat. Gaul rata dan hidang! Nurin tambah sikit jagung bagi manis jagung ada dalam nasi.
Yogurt bantu naikkan berat badan anak.
4. Telur Hancur dan Fillet Fish
2 biji ayam kampung, 1 sudu garlic spread dari @kaka_tanggo, renjis olive oil, sedikit fillet ikan. Gaul rata dan masak atas pan dan hancur-hancurkan. Makan bersama roti bun.
5. Chip Ubi Kentang
Ubi kentang sebiji sagat halus. Rendam dengan air sejuk dalam peti ais selama 30 minit. Tos kering kemudian goreng dengan minyak panas.
Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan. Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya. Berikut adalah Antara perkara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus. Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan. Selain dari itu sentiasa memberi masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak-anak kita boleh beri perhatian dalam satu-satu masa. Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner. Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan video untuknya belajar.
Apabila ibu ayah dah tahu anak dalam kategori ini, sekurang-kurangnya anda dah faham serta tak lah memaksa sehingga lain pula jadinya. Anak kategori ini mereka akan tetap akan berjaya juga. Jangan risau!
Menurut Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, visual learner adalah yang paling ramai. Kira-kira 60 peratus orang di dunia adalah visual. Paling senang nak belajar, budak visual la.
Mereka cepat belajar jika kaedah mengajar tu,
✅ kena ada visual
✅ kena bagi dia nampak
✅ kena menarik visualnya
✅ kena grab attention
✅ kena ada gambar atau video
Baru la potensi sebenar dia terserlah. Sungguh!
Cuma kelemahan mereka ialah,
❌ tak boleh fokus lama
❌ cepat bosan & menguap
❌ mudah terganggu visuali
❌ susah “dengar” arahan verbal
❌ kuat termenung
15 – 20 minit tu memang dah limit dah. Lebih dari tu memang minda dia sampai ke langit 7 dia punya berangan.
Kuasa visual hebat dah, cuma dia kena belajar lebih sikit untuk self-manage kuasa visualnya.
Macam superman, kalau tak pandai kawal kuasa semua benda dia sentuh boleh rosak.
Anak visual anak yang hebat. Kuat memori, super kreatif & kuasa imaginasi tanpa batasan.
Kredit: Mohd Fhais Salim
– hanya orang visual je faham ada otak visual.
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...