Kasih seorang ibu atau ayah tidak semestinya lahir kerana pertalian darah, tetapi boleh hadir hanya kerana hati yang tersentuh. Begitulah yang dirasai oleh Ade Mos, 47 tahun, apabila perkenalan singkat dengan dua beradik di Sungai Linggi bertukar menjadi memori yang tidak mungkin padam sepanjang hayatnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Ade berkata, hanya seminggu dia mengenali dua anak kecil itu, namun kasih yang tumbuh dalam hatinya bagaikan kasih seorang ayah kepada anak kandung sendiri.
“Yang perempuan itu terlalu ceria, terlalu manja. Petah bercakap, banyak bertanya… sampai saya rasa macam dia anak saya sendiri,” katanya dengan nada pilu.
Pertemuan Singkat, Kasih Mendalam
Ade masih teringat detik pertama kali bertemu keluarga kecil itu di tepi sungai. Dia sering melihat mereka memancing dan sempat bertegur sapa dengan bapa mangsa. Namun, apa yang paling melekat di hatinya ialah keletah anak perempuan tersebut yang membuat suasana jadi ceria.
Lebih menyentuh jiwa, nama arwah hampir sama dengan nama anak perempuannya sendiri yang kini berusia 10 tahun. Itu membuatkan kasihnya lebih cepat bercambah dan keakraban hadir secara semula jadi.
“Dia punya manja dan keletah itu membuatkan saya teringat-ingat. Disebabkan itulah walaupun perjumpaan saya dengan dia singkat, bagi saya ia sangat mendalam,” jelasnya lagi.
Ads
Saat Cemas Yang Masih Membekas
Namun kasih itu bertukar jadi luka yang mendalam. Dalam tragedi di Sungai Linggi, Ade berada di lokasi kejadian dan cuba sedaya upaya membantu. Sayangnya, kudratnya hanya mampu menyelamatkan seorang wanita yang turut berada di dalam kenderaan.
Dua beradik itu gagal dicapai. Rasa terkilan itu tidak pernah padam, malah menghantui dirinya hingga ke hari ini.
“Pak cik minta maaf tak dapat selamatkan, pak cik cuba, tapi tak boleh,” katanya sebak memetik laporan Sinar Harian.
Pengebumian Tanpa Keluarga
Ads
Ade turut hadir pada hari pengebumian dua beradik itu di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Port Dickson. Suasana pada petang 9 September lalu cukup hening apabila kedua-dua jenazah disemadikan sekitar jam 5.30 petang.
Apa yang meruntun jiwa, tiada waris atau ahli keluarga yang hadir. Yang ada hanyalah penduduk kampung, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), pihak polis termasuk Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udian, serta timbalannya.
Bapa mangsa yang kini direman turut dibawa oleh pihak polis ke tanah perkuburan. Namun dia hanya duduk di dalam kereta tanpa menziarahi pusara sebelum dibawa pergi semula.
Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun itu sempat melihat jenazah anak-anaknya buat kali terakhir di hospital sebelum dikebumikan.
Ads
Pengajaran Buat Semua Ibu Bapa
Tragedi ini bukan sekadar meninggalkan luka pada hati seorang insan bernama Ade, tetapi juga menjadi peringatan buat semua ibu bapa tentang betapa pentingnya keselamatan anak-anak.
Anak kecil adalah anugerah yang tidak ternilai. Keletah mereka mampu menceriakan hari-hari kita, tetapi dalam sekelip mata, kecuaian atau takdir yang tidak diduga boleh meragut segalanya.
Kehadiran Ade yang bukan ahli keluarga, namun tetap setia menemani hingga ke liang lahad, menjadi bukti bahawa kasih sayang terhadap anak-anak itu sifatnya universal — tidak terikat dengan darah, tetapi dengan hati.
“Sebagai seorang ayah, saya rasa bersalah… kalau boleh, saya nak mereka hidup, biar saya yang jadi galang ganti,” katanya dalam laporan Sinar Harian dengan suara tersekat-sekat.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa kasih seorang bapa atau ibu bukan sekadar tanggungjawab, tetapi naluri yang hadir tanpa dipaksa. Apa yang berlaku kepada dua beradik ini menjadi pengajaran bahawa masa yang singkat bersama anak-anak patut dihargai sepenuh jiwa, kerana kita tidak tahu berapa lama masa itu akan dipinjamkan kepada kita.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran ibu baru, Watie dalam kehidupan anak-anak penyampai radio dan pelawak, Shuib diterima baik anak-anak Shuib yang sememangnya sudah akrab bersama Watie sebelum ini.
Malah menerusi satu perkongsian, anak kedua Shuib, Dzahira Talita Zahra atau Talita menyifatkan ibu tirinya, Watie sebagai seorang ibu yang penyayang dan sering meluangkan masa bersamanya.
Malah Watie yang dipanggil ‘Mommy’ itu juga kata Talita suka memasak dan sering memenuhi permintaannya memasak lauk kegemarannya di rumah.
“Paling suka kalau Mommy buat daging masak kicap,” kongsinya ringkas.
Ketika ditanya perwatakan ibu barunya itu, anak kecil yang kini semakin meningkat remaja berkongsi Mommy paling suka ketawa dan baik hati dan sering meluangkan masa bersamanya untuk bermain sama-sama.
“Mommy baik selalu main dengan saya dan suka ketawa,” katanya berkongsi.
Bahkan Talita juga turut meluahkan hasrat untuk memiliki adik baru dalam keluarga mereka.
“Saya suka kalau dapat adik lagi. Kalau boleh ingin dua adik lelaki sebab saya mahu jadi satu-satunya princess (puteri),” katanya.
Pada 23 Jun lalu, Shuib, sah bergelar suami kepada Watie, 35, dengan hanya satu lafaz semasa majlis pernikahan di Putra Glass House, Putra Heights.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Semalam kecoh di media sosial kontroversi hutang RM1 juta, aktres terkenal, Rozita Che Wan.
Pada hari yang sama pada malamnya dia tampil menjual baju terpakai secara langsung di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju terpakai miliknya serta ahli keluarga.
Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.
Meninjau diruangan komen siaran langsung berkenaan, Che Ta dilihat tidak menghiraukan komen-komen terbabit serta hanya fokus terhadap barang jualannya.
Ujarnya, jualan baju-baju berkenaan adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya.
Terdahulu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Tiktok Che Ta & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.
Cakna dengan kemelut ini, program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy) iaitu Transformasi360 bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025 setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada pengajuran kali pertama pada Mei lalu.
MOTIVASI BANGKIT SEMULA BINA KEHIDUPAN LEBIH SUKSES!
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.”
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan.”
ASTRO RAKAN MEDIA
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.
Yang turun hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.