Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Ads
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Ads
Pandailah Shariq jaga adik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengasuh anak istimewa adalah satu perjalanan yang sangat unik—ia hadir dengan cabaran tersendiri, tetapi juga dengan peluang untuk membina hubungan yang sangat mendalam dan bermakna. Salah satu cabaran terbesar yang sering dialami oleh ibu bapa ialah mengawal emosi anak-anak istimewa, terutamanya apabila mereka mengalami kesukaran untuk meluahkan perasaan mereka secara verbal.
Anak-anak istimewa seperti mereka yang mempunyai autisme, ADHD, disleksia, masalah pembelajaran, atau kelewatan perkembangan seringkali mengalami kesukaran dalam mengurus emosi seperti marah, takut, kecewa, atau stres. Namun, dengan pendekatan yang betul, ibu bapa boleh memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu anak belajar cara mengawal emosi dengan lebih baik.
Menghadapi anak istimewa yang sedang berada dalam keadaan emosi tinggi seperti tantrum, meltdown, atau shutdown adalah salah satu cabaran paling besar bagi ibu bapa. Salah satu masalah utama yang sering berlaku ialah ibu bapa tidak tahu punca sebenar anak mengamuk. Disebabkan anak mungkin mengalami kesukaran komunikasi, mereka tidak dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau perlukan.
Sebelum kita boleh bantu mereka, kita perlu faham puncanya. Anak-anak istimewa:
Mereka bukan nakal, tetapi sedang bergelut dengan dunia yang terlalu “bising” atau membingungkan bagi mereka.
Sebagai contoh, anak mungkin tiba-tiba menjerit dan berguling di pasar raya, rupa-rupanya kerana bunyi bising di sekeliling terlalu mencetuskan tekanan sensori kepada mereka.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan, antaranya ialah teknik pernafasan, sokongan sensori, rutin harian yang konsisten, dan ruang tenang.
Namun, salah satu cara yang terbukti sangat berkesan dan juga menyeronokkan ialah melalui aktiviti bermain bersama anak. Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengalihkan tumpuan anak daripada emosi yang sedang meletus, malah dapat membantu mereka belajar kemahiran kawalan diri secara semula jadi dan santai.
Ibu bapa bukan sahaja menjadi pemerhati tetapi juga rakan interaksi yang aktif dalam membantu anak mengawal perasaan mereka.
Aktiviti bermain seperti menyusun blok, bermain puzzle, atau bermain alat muzik ringan boleh membantu anak:
Fokus kepada sesuatu tugas yang memberi ketenangan
Melatih motor halus dan koordinasi, yang sering berkait rapat dengan kestabilan emosi
Belajar menunggu giliran, sabar, dan mengikut arahan mudah
Menerima sentuhan atau isyarat sosial dalam suasana tidak mengancam
Lebih penting, apabila ibu bapa turut serta, anak berasa disokong, difahami dan dilindungi, dan ini menjadi asas kukuh dalam perkembangan emosi mereka.
Bermain adalah bahasa semula jadi kanak-kanak. Dalam dunia anak istimewa, di mana komunikasi lisan mungkin sukar atau terbatas, bermain menjadi jambatan penting antara perasaan dan pemahaman. Aktiviti bermain boleh digunakan sebagai:
Alat untuk menstabilkan sistem sensori
Cara untuk mengenal pasti emosi melalui ekspresi wajah dan gerakan
Medium untuk mengajar teknik tenang, contohnya dengan mewarnakan perlahan-lahan sambil bernafas
Dengan bermain, ibu bapa bukan sahaja “mengalihkan” emosi negatif, tetapi membangunkan kemahiran regulasi diri (self-regulation) yang sangat penting untuk kehidupan jangka panjang anak.
Terapis cara kerja daripada Ameera Kids Solutions Centre, teacher Yasmin berkongsi 2 jenis aktviviti bermain untuk mengawal emosi bersama dengan anak istimewa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu, bahkan seorang lelaki menjadi ayah. Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah. Perlu diingatkan, setiap anak memerlukan seorang ayah seperti mana mereka memerlukan si ibu.
Sebenarnya jika seorang anak itu mempunyai bonding dengan ayah mereka, ia memberi kesan jangka masa panjang yang positif terhadap tumbesaran mereka. Rapat dengan anak-anak juga dapat membina keyakinan seorang lelaki untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang ayah.
Seringkali kita terlupa akan kepentingan memberi perhatian kepada ayah yang baharu menjadi bapa, kerana kita terlalu sibuk menjaga emosi si ibu yang melahirkan anak.
Keutamaan harus diberikan kepada si ibu kerana ternyata pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak dapat ‘dibayar’ dengan apa pun. Tetapi, penghargaan juga harus diberikan kepada si ayah jika dia bersungguh-sungguh berusaha menyediakan yang terbaik buat isteri tersayang serta anak mereka.
Sebuah laporan kajian yang dilakukan oleh Dove Men+Care and Promundo (sebuah organisasi yang memperjuangkan kesamarataan jantina) membuktikan jumlah hari cuti untuk seorang ayah ketika baharu menerima bayi amat memberi kesan kepada mereka.
Dalam kegembiraan menerima ‘orang baru’ dalam keluarga, mereka sebenarnya bersedih kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga kerana jumlah cuti yang diberikan kepada mereka sangat singkat.
85 peratus bapa dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Kanada, Jepun dan Netherlands yang menjalani bancian tersebut mengatakan yang mereka sanggut berbuat apa sahaja untuk terlibat bersama si isteri pada minggu-minggu awal kelahiran anak mereka.
Walaupun kajian menyatakan begitu, tetapi kurang daripada 5 peratus bapa serata dunia tidak dapat bercuti lama kerana polisi kerajaan, tekanan kewangan dan kurang sokongan dari ketua jabatan di tempat kerja mereka.
Kesimpulannya, para bapa hari ini berhadapan dengan konflik dan terdesak untuk bersama isteri dan menjaga anak-anak bersama, tetapi tidak mampu atas kekangan tertentu. Jika niatnya betul dan ikhlas, mungkin suatu hari nanti para bapa akan diberi cuti yang lebih lama untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Tugas seorang ayah bukanlah mudah. Keluar bekerja dan bila balik tu dah rasa letih sangat. Kadang-kadang tak sempat nak luang masa dengan anak. Sebab itulah anak-anak kurang rapat dengan ayah. Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk anak jadi rapat dengan ayah mereka? Macam mana tu?
Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah. Paling penting, bukan mudah sebenarnya nak suapkan anak habis sepinggan terutamanya jenis picky eater!
Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain.
Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.
Bonding Adik-Beradik Jadi Kuat
Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap.
Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.
Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.
Anak Seronok, Isteri Bahagia!
Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.
Sesekali cubalah makan bersuap satu keluarga. Anda akan nampak sendiri perubahannya pada diri sendiri, pasangan serta anak. Selamat makan bersuap!