Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Jika seorang ada kekurangan, seorang lagi akan menutup kekurangan itu.
Percayalah jika saling menerima dan memahami, macam mana sekalipun pasangan kita, kita mampu menghadapinya dengan baik. Membandingkan pasangan kita dengan orang tak wajar. Itu akan buat kecil hati.
Begitu juga bila dah kahwin bertahun-tahun, pasangan kita dah tak seperti zaman kita mengenalinya, jangan cuba ungkit lagi. Terimalah seadanya kerana kecantikan itu bukan jaminan kebahagiaan.
Ads
Kalau kita pandang isteri atau suami sendiri, kemudian kita rasa dia tak cantik lagi, dan tak kacak kembali, percayalah yang dalam hati kita sebagai suami dan isteri ni dah hilang satu benda yang paling utama dalam rumah tangga ini.
Nikmat.
Sebab apa? Sebab kita banyak mengisi ruang nikmat itu dengan maksiat. Dengan terlalu banyak hiburan. Tak sedar Tuhan cabut nikmat sebenar, dan diberikan laknat.
Ads
Moga Allah jauhkan ini. Jauhkan ya Allah. Sebab itu, jangan memandang isteri seperti pandangan sepi sendiri. Jangan memandang suami hanya pandangan biasa hari-hari.
Pandang dia dengan pandangan yang Allah beri. Pandang dirinya bukan melihat pada yang cantiknya sahaja. Bukan rupa semata-mata.
Ads
Lihatnya mana baiknya. Disitulah nikmat sebagai suami dan isteri akan kita jumpa.
Baru je ingat nak berehat kejap, tiba-tiba anak pula menguji kesabaran kita. Dari rasa penat, terus bertukar nak marah kerana geram dengan kelakuan mereka. Ingat ya, anak kita ni dalam fasa belajar.
Jika kita berterusan jerit dan marah-marah, lama-lama anak terus pendam perasaannya dan tak jadi diri sendiri. Mereka akan cuba pula menipu untuk elak ibu ayah marah.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ana Yasmin Azmi, situasi ini boleh dikatakan selalu berlaku pada kita. Kali ini beliau kongsikan bagaimana cara si ibu menyantuni anaknya sehingga dapat jawapan yang benar-benar menyentuh hati.
Bila dengar cerita ni, saya rasa ia satu perspektif menarik. Saya kongsikan semoga ada manfaat. Cuba bayangkan, kita buka je pintu rumah, badan penat sangat seharian, si anak dalam umur 5 tahun berlari beritahu, “Mak, hari ni yaya rajin, tengok ni”
Terus dia tunjuk pinggan bersih atas meja. Ada 4-5 pinggan dan 3-4cawan. Benda tu tak tarik perhatian emak, yang buat emak terpaku sebab nampak air penuh di lantai depan pintu sampai separuh ruang tamu.
Nampak pula botol bekas isi air sejuk dari peti air tertongeng atas lantai. Siap ada sponge cuci pinggan dan sabun axion atas lantai. Emak makin membuak, mahu saja ditengking dan ditamparnya yaya.
Tapi dia tarik nafas dan cuba dengan tenang bertanya pada yaya. Apa yaya buat ni?
“Yaya tolong cuci pinggan kotor.. Tengok ni emak, dah siap yaya letak atas meja!!” melompat-lompat gembira dia cerita.
Emm.. Kenapa yaya pakai air sejuk dlm peti ais?
“sebab yaya tak sampai nak cuci di singki”
Oh kenapa tak bawa ke toilet? Sebab yaya hari tu jatuh kat toilet sebab licin, yaya takut pingan mak ni pecah. Yaya tahu mak balik mesti mak penat. Yaya nampak pinggan kotor banyak dlm singki jadi yaya nak tolong emak… ”
Yaya nak jadi budak baik..Si Emak terkedu.
” Syukur aku bertanya, dan syukur aku tak terus menengking yaya”bisik hatinya.
Dia padamkan rasa marah dalam jiwa. “Jom kita bersihkan sama-sama”. Baik emak, yaya tadi sebenarnya nak mop dah lantai tapi mak dah balik..
Air tu boleh di lap. Apa sesuatu yang BERBEZA yang mak ni lakukan? Ya.. Dia PAUSE sekejap dan TIDAK REACTIVE!
Emak usaha nak tahu dari perspektif yaya..Dan emak tu jelas apa MATLAMAT dia didik anaknya. Matlamatnya bukan nak rumah cantik kemas setiap saat, tapi nak bina anak yang tinggi self esteem, ada empati, berkhidmat untuk ibu bapa.
Bila MATLAMAT jelas, problem tu nampak kecil. Jika emak tadi terus menjerit, menampar mungkin mengheret yaya ke dapur.. Ia mungkin mencederakan emosi yaya lalu tidak tercapailah matlamat dalam hidup si emak tadi..
Mungkin yaya akan berkata “Yaya teruk, yaya budak jahat sebab susahkan emak selalu”
Fikir-fikirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri yang bekerja mahupun suri rumah cepat merasa penat dan tertekan dalam menguruskan rumah tangga dan kerja harian. Kadang-kadang isteri stress dan hanya memerlukan seseorang untuk memahami mereka. Cukup sekadar dapat meluahkan.
Semalam saya nampak wajah isteri saya redup dan lesu..
Rasa tak sedap hati. Terus saya tanya direct pada si dia ” sayang ada apa apa nak luah kat abang? Sayang luah je. Abang sedia dengar “
Tiba-tiba je selambak air matanya berhamburan keluar. Mengalir deras di kedua kelopak matanya.
” Nabila penat je bang “
Saya pun apa lagi. Tiba tiba je jadi Profesor serba tahu. Mencadangkan berbagai jenis solusi untuk hilangkan kepenatan isteri saya.
Yelah, isteri saya kan doktor. Nampak je macam pegang stetoskop tak buat apa apa tapi dengan beratus pesakit setiap hari memang membuatkan dia kelelahan.
” Abang. Nabila tak perlu tu semua. Abang mendengar pun dah cukup dah. Terima kasih abang ” Perlahan lahan wajahnya nampak berseri dan tenang. Seolah semua kepenatan tu hilang!
Allah. Saya tersentak dan sebak! Air mata saya pula nak bergenang. Rupanya selama ni dia tunggu saya bertanya je!
Inilah isteri kita semua. Dia nak kita sensitif dengan dia punya emosi. Dia nak kita tanyakan kepenatan dan keserabutan yang dia hadapi di rumah setiap hari.
Tanya!
Itu kuncinya! Yang mana selama ni tak pernah bertanya pada isteri, tanyalah hari ni! Tak perlu banyak. Cukup tanya soalan ni je ” Sayang, ada benda tak sayang nak luah kat abang? Abang sedia nak dengar apa yang sayang pendam “
InsyaAllah keesokan harinya, hubungan anda akan tiba tiba segar dan mekar kembali. Cubalah sendiri
Sumber: Taufiq Razif Siap sedia menadah telinga Untuk orang yang dia cinta
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suatu ketika dahulu ketika mengandung anak sulung, pelakon jelita, Shima Anuar membuat pembaziran dengan membeli pelbagai barangan kelengkapan bayi yang banyak. Sudahnya masih ada yang tidak sempat digunakan, anaknya sudah semakin membesar. Tidak mahu perkara yang sama berulang, kali ini Shima mahu bersederhana dan membeli barangan yang perlu sahaja.
Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Shima berkongsi panduan kepada para ibu yang juga dalam perancangan untuk membeli barangan bayi. Shima menyarankan para ibu untuk membuat senarai barangan sebelum keluar membeli-belah.
Pertimbangkan sama ada ia betul-betul penting ataupun boleh dibeli kemudian sahaja. Untuk pakaian bayi pula, Shima memberitahu tidak perlu beli terlalu banyak kerana anak akan membesar. Selain itu, pelakon ini juga mencadangkan agar beli baju yang sesuai dipakai untuk kedua-dua jantina.
Tambah Shima lagi, elakkan pembaziran kerana benar kita akan cenderung untuk beli macam-macam. Semua benda mahu dibeli. Sambil itu, Shima turut bertanya jika ada tip lain yang mahu dikongsikan serta memberi peluang kepada peniaga atas talian untuk membuat iklan di ruangan komen.
Pa&Ma mendoakan agar kelahiran anak kedua Shima lancar dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.