Merajuk itu seakan sudah sebati bagi kanak-kanak perempuan. Namun lain pula dengan anak kecil ini yang bukan hanya merajuk dan menangis namun disertakan dengan jelingan maut buat ayahnya.
Terdahulu, si comel yang seringkali muncul di Tik Tok dengan akaun ibunya, Riena Rosli @rienarosli ini cukup dikenali dengan jelingan mautnya.
Pantang sahaja ada rasa tidak puas hati, bukan tangisan tetapi jelingan padu tapi comel yang diberikan. Memang comel.
“Pantang tinggi suara sikit. Jelingan maut dia bagi,” tulis ibunya di kapsyen.
Anak kecil ini terlebih dahulu dimarahi bapanya yang sengaja meninggikan suara gara-gara berada di tempat pemandu dalam kereta.
Ads
Sengaja mengusik dan ingin melihat keletah anaknya itu, ayahnya sengaja meninggikan suara. Paling menarik, anak comel ini pada mulanya tidak menangis tetapi membalasnya dengan jelingan buat ayahnya. Comel sungguh.
Tambah menguatkan jelingan bila mana perkongsian video kedua dari ibunya. Jelingan kali ini lebih tajam buat ayahnya bila mana dimarahi bapanya kerana bermain dengan suiz lampu.
Memang comel untuk anak seusia itu!
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang cukup terhibur dengan gelagat comel anak kecil ini. Lain dari yang lain malah bijak mempamerkan emosinya pada ayahnya.
Siapa sangka, tidak lama selepas berbuka puasa terjadi kebakaran di rumah keluarga ini sehingga mengorbankan empat orang kanak-kanak. Sedihnya kerana kesemua mereka masih kecil, tambahan pula kejadian berlaku dalam bulan Ramadan dan tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Memetik laporan berita Harian Metro, empat adik-beradik maut selepas kediaman mereka di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, terbakar malam ini.
Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun ditemui sudah meninggal dunia.
Sumber foto: Ihsan Bomba kepada Harian Metro – Keadaan rumah yang terbakar
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.
“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah itu.
“Sebaik api padam sepenuhnya pihak bomba membuat pencarian mangsa.
“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Sumber foto: Ihsan Bomba kepada Harian Metro – Anggota bomba memeriksa rumah di Lorong Haji Muhammad yang terbakar serta mengorbankan empat beradik
Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa sudah meninggal dunia.
“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi tamat pada 9.52 malam.
Perkembangan terbaharu dari Harian Metro, ibu kepada empat mangsa itu keluar sebentar untuk mencari barang kelengkapan berbuka puasa. Baru saja 10 minit meninggalkan anak-anaknya, dia kemudiannya dihubungi jiran dan dimaklumkan tentang kejadian kebakaran itu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Menurut Raiz Mukhliz, ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar, di sini.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai. Mereka (di situ) bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Terdahulu, 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
Raiz Mukhliz, bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang sudah merebak sehingga 70 peratus.
“Pemadaman berjaya dilakukan beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Sememangnya ujian ini sangat berat dan bukan mudah keluarga mereka mahu pulih dari trauma dan kesedihan yang dirasai. Sama-sama kita doakan mereka reda dan tabah dengan kehilangan besar ini. Al-fatihah.
Kasihnya seorang ayah tiada ternilai. Dia sanggup lakukan apa saja demi melihat kebahagiaan serta kesenangan anak-anak yang disayanginya. Biar dirinya terpaksa bersusah-payah namun tidak sekalipun si ayah mengeluh kerana pengorbanan itu adalah demi sesuap nasi buat keluarganya.
Baru-baru ini tular screen shot yang memaparkan seorang ayah bersama anak-anaknya yang duduk di kaki lima kedai. Si ayah merupakan seorang tukang kasut dan terpaksa membawa anak-anaknya bersama ketika bekerja.
Menurut info, lokasi kedai kasu ini terletak di Bank CIMB, Johor Raya 6 yang berhadapan dengan Jalan Dedap 13. Dia hanya membuka kedai membaiki kasutnya itu setiap hari Sabtu sahaja.
Melalui screen shot itu juga, si pengirim meminta kepada sesiapa yang mahu mendapatkan perkhidmatan membaiki kasut untuk memberi sokongan kepada ayah ini.
“Diminta sesiapa yang nak memperbaiki kasut anda, pergi depan CIMB support Abang ni. Dia adalah ayah yang bagus, gigih mencari duit susu untuk anak-anaknya.”
Bukan itu saja, si pengirim juga mengak orang ramai untuk menghantar kasut yang perlu dibaiki kepada ayah ini agar dapat membantu menambah pendapatannya.
Melalui temu ramah bersama Berita Harian, ayah ini yang bernama Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis atau mesra disapa sebagai Mad, 24, memberitahu bahawa dirinya sudah berpisah dengan isteri kerana tiada keserasian.
“Saya berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan bekas isteri sejak setahun lalu. Kami tidak serasi dan ambil keputusan untuk bercerai.”
Buat masa ini, dua orang anak mereka yang berusia 3 dan 6 tahun di bawah jagaannya. Dia turut memberitahu bekas isterinya pula menjaga anak sulung mereka berumur 8 tahun dan anak bongsu yang baru berusia 1 tahun.
“Biar kita serbu gerai dia dan harap dapat menambahkan sedikit-sebanyak pendapatan untuk keluarganya.”
Antara cabaran yang dihadapi oleh Mad adalah ketika mereka mahu tidur dan mengadu kepanasan. Biarpun begitu, Mad sentiasa memastikan keselamatan anak-anaknya biarpun sibuk bekerja. Kata ayah ini lagi, pendapatannya boleh mencecah RM80 hingga RM100 tetapi sekiranya cuaca hujan jumlah itu berkurangan.
Tambahnya lagi, dia bukalah dari keluarga yang senang, ibunya berniaga pisang goreng manakala ayahnya juga merupakan seorang tukang kasut.
Tidak menyangka ada pelanggan yang prihatin dengan keadaannya dan memviralkan kisahnya di laman Facebook dan TikTok tanpa pengetahuannya itu sedikit-sebanyak membantu meluaskan rezeki buat dirinya dan anak-anak.
Pemberian wang bantuan sumbangan atau Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) yang sudah mula diedarkan di seluruh negara membuatkan ibu bapa menarik nafas lega.
Ramai ibu bapa yang meluahkan rasa syukur mereka di media social, lebih-lebih kerana pemberian pada waktu yang bertepatan agar persiapan untuk perbelanjaan anak sekolah boleh dilakukan lebih awal.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai ia pastinya cukup melegakan.
Kredit: SK Putrajaya Presint 8(1)Kredit: SMK Tok Dor
Dengan perbelanjaan dan kelengkapan sekolah yang semakin meningkat harganya, ia pastinya amat membantu ibu bapa mempersiapkan segala kelengkapan.
“Macam ni barulah betul, bagi awal sebelum buka sekolah. Jadi mak ayah ada masa nak bawak anak-anak pergi beli keperluan sekolah apa semua.”
“Alhamdulillah 3 anak bersekolah. Dapat la beli pakaian sekolah masing-masing. Tinggal sediakan duit buku je nanti.”
“RM150 bolehlah membantu untuk membuat persiapan anak-anak.”
Kredit: BERNAMA
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 diteruskan dan kerajaan memperuntukkan lebih RM180 juta untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.