Perasan tak bayi suka masukkan benda dalam mulut. Sebenarnya ibu ayah jangan halang perbuatan ini tapi pantau sebab ia penting untuk membantu perkembangan sihat mereka.
“Abang jangan bagi anak merangkak kat lantai. Nanti semua benda dia kutip masuk mulut. Bahaya tau, lagipun banyak kuman nanti,” tegas Alia membebelkan suaminya yang suka membiarkan si kecil meneroka kawasan rumah sejak pandai merangkak.
Memang ada sesetengah ibu yang agak cerewet dalam bab menjaga keselamatan bayi. Ya betul, ibu sangat sayangkan anak malah lebih dari segala-galanya. Tapi jangan sampai menyekat perkembangan normal bayi anda!
Mengutip objek dan memasukkannya ke dalam mulut memang ‘tugas’ utama seorang bayi yang sedang belajar. Jangan halang dan risau, anda cuma perlu pantau keselamatannya.
Kalau tak percaya bacalah penjelasan tahap perkembangan ini daripada sudut pandangan seorang Terapis Cara Kerja yang berpengalaman iaitu Puan Liyana Raya. Semoga bermanfaat.
Selepas usia 2 tahun, kanak-kanak tidak lagi memasukkan benda dalam mulut kerana sudah tahu fungsi objek & benda boleh makan atau tidak.
Ads
Masalah Speech delay, picky eater, tak boleh tolerate nak berus gigi adalah akibat daripada tidak memasukkan benda dalam mulut ketika bayi.
Bayi yang tidak masukkan benda dalam mulut akan ada banyak masalah di kemudian hari. Jangan halang, pantau elok!
Ibu dan ayah sila pantau benda yang dimasukkan bayi ke dalam mulut. Pantau bayi bukan sambil tengok telefon.
Lebih baik bagi seorang bayi untuk masukkan benda dalam mulut berbanding membaca. Masuk benda dalam mulut adalah perkembangan bayi!
Topik hari ni pasal perkembangan bayi memasukkan benda dalam mulut. Tak ada apa yang nak dirunsingkan. Tuhan ciptakan perkembangan macam tu mesti ada sebab.
Ads
Anak pernah tercekik masa masukkan benda dalam mulut?
Tu bukan salah perkembangan dia, tu salah kita. Kenapa tak pantau betul-betul?
Takut anak termasuk duit syiling dalam mulut? Duit syiling untuk dimasukkan dalam tabung, bukan dalam mulut. Ajarkan anak tanpa jemu untuk masukkan barang ke tempat yang betul.
Ads
Takkan selamanya nak biarkan anak masuk benda dalam mulut je kan? Sebab by right, umur 2 tahun pemikiran anak dah berkembang untuk tahu fungsi objek. Ajar selalu, lama-lama kuranglah dia nak masuk benda dalam mulut. Yang kita dok buat selalu adalah menghalang dan berkata jangan. Jadi bila masa anak nak belajar untuk kenal fungsi barang?
Takut kuman masuk dalam mulut?
Kalau tak de kuman, macam mana badan nak develop antibodi? Memang ada ye budak meninggal sebab kuman yang dimasukkan dalam mulut? Mohon pencerahan.
Things happen for a reason. Saya bagi tau perkembangan NORMAL ni…..
Sumber: Facebook Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesan asap rokok sangat bahaya terutama kepada ibu mengandung dan bayi. Walaupun mungkin ada yang merokok jauh dari rumah atau bayi, kesan asap tersebut masih ada dan masih boleh membahayakan nyawa si kecil dan orang sekeliling. Lebih bahaya kepada bayi kerana sistem imun bayi tidak sekuat orang dewasa.
SAYANG ANAK, BERHENTILAH
Semalam Mama bawa muhammad rayyan repeat blood test… muhammad demam batuk selsema on off sejak raya haji. kira2 hampir 3 minggu.
masuk bilik, soalan pertama doktor “ayahnya merokok ke?” “ye doktor” mama da tak keruan masa ni “kuman dalam darah anak puan masih tinggi, jadi dia memang akan on off demam batuk selsema selagi mana ayahnya merokok”
Allah, mama rasa nak nages time ni. Terbayang muhammad tak lena tidur malam batuk-batuk kadang sampai termuntah-muntah.
“jika sayangkan anak minta ayah berhenti merokok ye” meruntun hati ibu, salah orang lain tetapi orang lain yang menangung
Ya, ramai orang keliling muhammad merokok. bukan sekadar ayahnya. atoknya, pakcik-pakciknya. apa pilihan mama ada? jauhkan muhammad dari mereka yang merokok?
ya, mama tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok, tapi salah satu sebab adalah asap rokok. asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa 3 hari.
sayang kan muhammad berhentilah!
Disclaimer : suami dan family member yang smoker merokok diluar rumah, dan ada yang hanya merokok dimamak sahaja. tapi the fact is, asap rokok melekat dibaju2 selama 3 hari.
Kelahiran Raudhah besar maknanya bagi saya!! Itu yang diungkapkan oleh Datin Seri Nur Shahida pada majlis kesyukuran dan akikah anaknya, Raudhah Arshiyah.
Menerusi apa yang dikongsikan Shahida, mungkin ramai tak tahu sewaktu mengandung Raudhah besar dugaan saya. Apatah lagi selepas balik haji ujiannya makin besar. Selalu saya menangis dan mungkin juga sebab pembawaan anak hati mudah sensitif.
“Tapi kekuatan saya adalah anak dalam kandungan saya ..Raudhah.. Setiap kali saya sedih saya selalu cakap jangan anggap Raudhah sebagai beban mama. Sebenarnya mengandungkan Raudhah adalah kekuatan saya.
“Saya kuat sebab ada nyawa dalam rahim saya. Raudhah juga istimewa sebab dalam kandungan 6 bulan dia dah ikut saya menunaikan haji,” kongsinya yang telah melahirkan Raudhah paad 19 Disember lalu.
Tambah Shahida lagi majlis kesyukuran Raudhah ni dibuat sebab saya terlalu bahagia dengan kehadiran Raudhah dalam hidup saya. Betapa bersyukurnya saya dengan kurniaan Allah pada saya.
Mudah-mudahan menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa serta semua orang di sekelilingnya dan mempunyai akhlak yang seindah namanya RAUDHAH ARSHIYAH BT ALIFF SYUKRI.
Sumber: ig Nur Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alah, bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri”
Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi.
Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita lebih genius dari bayi orang lain tapi untuk memastikan perkembangannya normal.
👶CARA RANGSANG PERKEMBANGAN BAYI 0-3 BULAN👶
Sepanjang pengalaman menjadi terapis, jangan terkejut kalau saya kata yang 70% mak ayah yang mempunyai anak kelewatan perkembangan tak tahu akan fakta ini dan terasa sayang sangat masa genting anak membesar sudah berlalu.
Walaupun bayi selepas lahir memang hanya terbaring, nampak macam tak faham apa-apa tetapi sangat rugi kalau mak ayah tak manfaatkan waktu ini untuk merangsang perkembangannya seawal mungkin.
NAK RANGSANG APA??
Jawapan saya, semua komponen perkembangan. 😍
Mak ayah perlu ingat yang 100% perkembangan otak anak bawah 2 tahun bergantung kepada rangsangan deria. Perkembangan deria inilah yang akan mempengaruhi perkembangan skil anak di masa akan datang. Sewaktu ini anak tak pandai cari, semuanya bergantung kepada persekitaran dan rangsangan dari mak ayah sahaja.
– Memandang dan bercakap dengan jarak 8-10 inci kerana penglihatan bayi masih kabur-kabur lagi.
– Pemilihan mainan dengan warna dan corak yang kontra. Kontra yang kuat seperti merah, hitam dan putih.
– Tarik perhatian bayi dengan menggerakkan mainan dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan sebaliknya secara perlahan-lahan.
– Kerapkan senyum dan buat ekspresi muka semasa bercakap ataupun berinteraksi bersama bayi. Lagi “over” lagi bagus. 😂
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil pertuturan,
Skil Fokus,
Persepsi Visual,
Koordinasi Mata dan Tangan
2. DERIA AUDITORI 👂
– Bercakap dengan bayi menggunakan intonasi dan nada yang menarik serta berbeza-beza.
– Respon seperti berbual apabila bayi mula keluarkan bunyi selain menangis.
– Pemilihan mainan yang berbunyi seperti “rattles” dan mainan yang ada muzik.
– Goncang mainan yang berbunyi untuk tarik perhatian bayi dan gerakkan ke kanan dan kiri, atas dan bawah.
– Menyanyi atau berselawat bersama bayi.
– Dapatkan pemeriksaan pendengaran jika mak ayah dapati bayi tak respon terhadap suara mak ayah atau bunyi yang kuat. Lagi cepat lagi bagus. ✅
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Bahasa dan Pertuturan
3. DERIA SENTUHAN ✋
– Tak perlu pakai sarung tangan dan kaki sekiranya persekitaran tak sejuk serta mak ayah bersama bayi jika risau bayi tercakar muka.
– Urut bayi sejak hari pertama kelahiran.
– Pemilihan mainan yang pelbagai tekstur.
– Kerapkan kontak kulit ke kulit.
⚠️ PENTING UNTUK:
Perkembangan Fizikal,
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar, Kognitif,
“Special Bonding’ Mak Ayah dan Anak,
Skil Sosial dan Perkembangan Emosi
4. DERIA SENDI 🏃♂️
– Lakukan “Tummy Time” seawal baru lepas lahir. (Saranan saya selepas tali pusat bayi dah tercabut). Lakukan sekejap sahaja tetapi kerap. *Akan kongsikan di masa akan datang
– Urutan gusi.
– Kerap memeluk bayi.
– Membedung bayi melalui teknik yang betul.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar,
Skil Menulis,
Skil Pertuturan
5. DERIA RASA 👅
– Urutan gusi.
– Jangan terlampau halang bayi belajar menghisap tangan, jari atau mainan! Ia adalah normal semasa meniti perkembangan bayi.
– Mohon jangan beri bayi “rasa-rasa” makanan orang dewasa, boleh merosakkan perkembangan deria rasa anak.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
Skil Pertuturan
6. DERIA BAU 👃
– Kerap memeluk bayi untuk beri bayi bau unik mak ayah.
– Beri masa untuk bayi mencari puting sekiranya menyusu badan.
– Tinggalkan baju yang telah dipakai berdekatan bayi semasa kali pertama tinggalkan bayi bersama orang lain.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
“Special Bonding” Mak Ayah dan Anak
7. DERIA VESTIBULAR 🧠
– Menggunakan buaian dengan cara yang betul.
– Mendukung bayi dengan pelbagai posisi.
– Meniarapkan bayi di atas “gymball”.
⚠️ PENTING UNTUK:
Skil Motor Kasar,
Koordinasi badan,
Kesedaran Ruang,
Posisi Tubuh
Sudah terlampau banyak kes yang saya jumpa dimana mak ayah menyesal tak bantu perkembangan anak sejak lahir dan baru sedar bila anak dah pun terlewat perkembangan.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi idea pada mak ayah cara merangsang perkembangan bayi seawal sejak lahir. 😉
Kenapa kena rangsang?
1. Usaha.
Kita usaha dahulu, jika memang ditakdirkan bayi kita mempunyai masalah perkembangan ataupun sindrom/disorder di masa akan datang sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah buat yang terbaik untuk rangsang anak sejak lahir.
2. Intervensi awal.
Rangsangan ini juga penting untuk memastikan tahap perkembangan bayi dan keperluan intervensi awal sekiranya memerlukan. Lagi awal bayi dapatkan bantuan terapi, lagi cepat “progress” perkembangan bayi.
Tips ini juga boleh digunakan untuk bayi pra-matang dan bayi yang ada masalah kesihatan sejak lahir (perlu tanya pendapat doktor/terapis yang mengendalikan kes anak).
Sekian, semoga bermanfaat untuk mak ayah yang baru sahaja mendapat anak, ibu mengandung atau mak ayah yang merancang mendapatkan anak. Boleh simpan siap-siap tips ini. 😘
Selamat merangsang perkembangan anak!
Terima kasih, silakan SHARE.