Kelahiran Raudhah besar maknanya bagi saya!! Itu yang diungkapkan oleh Datin Seri Nur Shahida pada majlis kesyukuran dan akikah anaknya, Raudhah Arshiyah.
Menerusi apa yang dikongsikan Shahida, mungkin ramai tak tahu sewaktu mengandung Raudhah besar dugaan saya. Apatah lagi selepas balik haji ujiannya makin besar. Selalu saya menangis dan mungkin juga sebab pembawaan anak hati mudah sensitif.
“Tapi kekuatan saya adalah anak dalam kandungan saya ..Raudhah.. Setiap kali saya sedih saya selalu cakap jangan anggap Raudhah sebagai beban mama. Sebenarnya mengandungkan Raudhah adalah kekuatan saya.
“Saya kuat sebab ada nyawa dalam rahim saya. Raudhah juga istimewa sebab dalam kandungan 6 bulan dia dah ikut saya menunaikan haji,” kongsinya yang telah melahirkan Raudhah paad 19 Disember lalu.
Tambah Shahida lagi majlis kesyukuran Raudhah ni dibuat sebab saya terlalu bahagia dengan kehadiran Raudhah dalam hidup saya. Betapa bersyukurnya saya dengan kurniaan Allah pada saya.
Ads
Mudah-mudahan menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa serta semua orang di sekelilingnya dan mempunyai akhlak yang seindah namanya RAUDHAH ARSHIYAH BT ALIFF SYUKRI.
Sumber: ig Nur Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi pramatang perlu teknik penyusuan yang berbeza. Paling mustahak ialah supaya beratnya naik dengan cepat. Ikuti panduan daripada pakar laktasi ini.
Menyusukan bayi pramatang memberikan kelebihan agar bayi berkembang sihat dan naik berat badan dengan cepat. Tapi bayi pramatang mempunyai daya hisapan yang tidak kuat malah mereka tidak pandai menghidap kerana masih kecil.
Menurut pakar laktasi, Noor Fazila Abdul Rahman, perunding laktasi bertauliah penghasilan susu sebenarnya tidak pernah berhenti seperti sebuah kilang yang beroperasi tanpa cuti. Ia berlaku secara berterusan selagi ada rangsangan yang kerap daripada bayi.
Kelahiran sebelum minggu ke-37 ditakrifkan sebagai kelahiran pramatang. Bayi pramatang selalunya akan ditahan di wad sehingga berat badan melepasi paras yang sepatutnya. Penyusuan kepada bayi pramatang perlu dijayakan untuk memastikan perkembangannya pantas dan naik berat badan.
SENTUHAN KULIT KE KULIT
Selain itu, tip terbaik untuk ibu yang melahirkan bayi pramatang ialah dengan memberikan sentuhan kulit ke kulit. Ibu perlu menghabiskan masa setiap hari bersama anak di hospital walaupun jururawat boleh mengambil alih tugas memberi susu perahan melalui tiub untuk si kecil. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sangat penting untuk membantu kenaikan berat anak dan pastinya penghasilan susu yang lebih lancar.
PERAH DI SAMPING BAYI
Ibu boleh meluangkan masa memerah susu di tepi katil anak setiap tiga jam sambil menyentuh kulit dan jari jemari anak. Hal ini semua akan membuatkan hormon oksitosin meningkat dan membuatkan pengaliran susu menjadi lebih lancar.
RANGSANG DENGAN PAM PAYUDARA
Jika si kecil masih belum dibenarkan untuk menyusu terus daripada ibu atau ibu tidak dapat ke hospital setiap hari, rangsangan pada payudara boleh diwujudkan dengan menggunakan pam payudara. Bagi memastikan penghasilan susu yang berterusan dan semakin meningkat, ibu perlulah memerah setiap tiga jam sekali atau sekurang-kurangnya lapan kali sehari.
Sebaik-baiknya ibu menggunakan botol simpanan susu yang bersaiz kecil (2oz) kerana hasil perahan pada awal kelahiran terutama untuk anak pramatang sangat sedikit. Susu perahan tersebut bolehlah dibekalkan kepada pihak hospital untuk diberikan kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengajar anak kecil bukan perlumbaan, tapi satu peluang yang harus dilakukan dengan baik kerana waktu kecil hanya sekali sahaja. Dalam tempoh ini otak bayi mudah belajar walaupun kita nampak dia hanya merenung.
Salah satu teknik yang boleh membantu perkembangan anak adalah menggunakan buku atau flashcard yang ada tiga warna iaitu, merah, hitam, putih. Tak perlu lama atau paksa pun anak. Sekejap pun otak bayi dah boleh serap.
Seperti perkongsian ibu kepada tiga cahaya mata dan penulis ilmu keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, tekniknya menggunak buku yang ada tiga warna buat bayinya memang nampak keberkesanannya.
Sofiyyah baru saja masuk usia 3 bulan, jadi kami dah start gunakan buku yang ada 3 warna pula untuk dia. Sambil tummy time, letakkan buku di depan Sofiyyah untuk dia lihat.
Umur 3 -6 bulan pula adalah red sensitive period.
Ketika umur ini, mata anak akan mudah melihat warna merah. Gabungan merah , putih dan hitam akan bantu tingkatkan perhatian dan visual anak.
3 bulan pertama kami gunakan flash card high contrast ( hitam dan putih ) untuk dia.
Kenapa ?
Sebab umur 0-3 bulan adalah black and white vision stage. Umur ini elok guna buku high contrast ( buku hitam putih ) sebab mata bayi belum develop elok lagi, mata diaorang boleh detect high contrast je.
Apa respon Sofiyyah selepas konsisten tunjukkan flash card high contrast dan bercerita pada dia?
Sangat responsif bila ditunjukkan flash card. Suami pun perasan, dia cakap nampak sangat Sofiyyah tengok dan macam minat pada gambar tu. Mata jadi membesar bila tengok gambar, kaki dan tangan bergerak-gerak ,macam teruja sangat. Siap ajak abang-abang dia tunjukkan flash card.
Ketika anak pertama dan kedua, tiada ilmu berkenaan high contrast book atau flash card ni, jadi tak praktikkan.
Eh, seronok pula tengok respon dia. Rasa macam masyaAllah, betullah kalau kita pilih buku yang sesuai pada umur dan perkembangan anak, memang anak akan minat dan berikan respon yang baik.
Sofiyyah dah melepasi usia 2 bulan, jadi saya periksa juga milestone umur 2 bulan.
Apa milestone untuk anak 2 bulan ?
Kemahiran sosial : Bayi senyum kembali apabila kita senyum atau bercakap dengannya
Fizikal : Bayi angkat kepala bila diletakkan meniarap.
Kemahiran bahasa : Bayi mengeluarkan bunyi lain selain menangis.
Emosi : Bayi tenang apabila diangkat atau bila kita berbual dengannya.
Kemahiran kognitif : Bayi perhatikan kita bergerak dan matanya mengikut pergerakan kita.
Kemahiran belajar : Bayi dah boleh beri perhatian kepada mainan yang ditunjukkan sekurang-kurangnya beberapa saat.
Alhamdulillah, dah capai semuanya. Seronok bila tahu milestone ikut umur. Sekurang-kurangnya kita tahu nak bagi anak aktiviti apa kan.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.