Saban hari menikmati hidangan nasi, apa kata PKP 2.0 ini kita sajikan aneka mi pula untuk anak-anak dan suami. Sajian simple tapi super sedap yang dikongsikan oleh Muhammad Zakwan ini bukan calang-calang. Lain macam sedapnya. Patutlah dapat perkongsian sampai 10K di facebook.

Resipi yang dikongsikannya cukup ringkas tapi power. Sedap, pedas dan menyengat! Rugi kalau tak cuba!

Patutlah Dapat 10K Perkongsian, Resepi Mee Sizzling PKP 2.0″ Ni Memang Power!

Bahan-bahan:
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb kicap pekat
4 sb sos tiram
3 cawan air
2 bj telur
1 sb tepung jagung
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Patutlah Dapat 10K Perkongsian, Resepi Mee Sizzling PKP 2.0″ Ni Memang Power!

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

IKLAN

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

Patutlah Dapat 10K Perkongsian, Resepi Mee Sizzling PKP 2.0″ Ni Memang Power!

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.

IKLAN

5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

IKLAN

Patutlah Dapat 10K Perkongsian, Resepi Mee Sizzling PKP 2.0″ Ni Memang Power!

Selamat Mencuba!

Resipi menarik: Resipi Mi Celup Paling Mudah Rebus & Perasakan, Bila Makan Tak Sedar Keliling

Resipi Mi Goreng Basah Berlemoih Mulut, Dia Punya Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI