Nasi ulam antara resepi turun temurun dari orang dulu-dulu. Walaupun cara penyediaanya sangat simple, tapi kegunaan ulam-ulam itu yang penting dan membeikan rasa yang sedap dan sudah tentu menyihatkan.

Menu wajib Setiap Kali Di Bulan Ramadhan

Nasi Ulam…Siapa suka nasi ulam kita geng 😎😎😍 Resepi turun temurun dari arwah ibu saya, Hjh Rahmah Bt Puteh ( Mak Mah )

Penggemar Ulam Wajib Buat Nasi Ulam Ini! Memang Padu

Bahan-bahan:

IKLAN
  • Nasi putih
  • Ikan talang masin
  • Kerisik ( Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
  • Bunga kantan ( hiris halus )
  • Ikan kembung ( bakar di ambil isinya )
  • Lada hitam
  • Bawang merah kecik ( hiris halus )
  • Serai ( hiris halus )
  • Lengkuas ( racik halus )
  • Halia ( racik halus )
  • Ulam-ulaman (daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)

Penggemar Ulam Wajib Buat Nasi Ulam Ini! Memang Padu

Penggemar Ulam Wajib Buat Nasi Ulam Ini! Memang Padu

Cara penyediaan:
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yang dah dibakar (ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.

IKLAN

Selamat mencuba…Saya halalkan resepi yang diajar dari arwah ibu saya ..ilmu yang manfaat untuk dipanjang-panjangkan dibulan keberkatan ini semoga sama-sama kita semua dapat merasa…. 😍

Kredit Resepi: eyta omar

Penggemar Ulam Wajib Buat Nasi Ulam Ini! Memang Padu

IKLAN

Penggemar Ulam Wajib Buat Nasi Ulam Ini! Memang Padu

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI