
Musim panas ni mesti nak minum atau makan apa- apa yang sedap dan menyejukkan tekak kan. Lebih- lebih lagi pada waktu petang. Penat seharian bekerja mesti nakkan sesuatu yang boleh membuatkan badan berasa segar semula. Apa kata cuba buat resipi puding koktail sumi.
Kebiasaannya, puding koktail sering dibuat dengan puding kastard. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan digantikan kastard dengan sumi. Lagi mudah untuk dibuat dan sangat murah kosnya. Bahannya juga senang dicari di kedai berhampiran rumah tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Galeri Resepi.
RESEPI PUDING KOKTAIL SUMI
Puding koktail sumi
Resepi puding koktail sumi paling senang.
Bahan- Bahan:
– 1 tin susu cair
– 1 tin mix fruit
– 1 plastik mix jelly (sumi)
– 2 sudu besar susu pekat (optional)
– Air batu (ais)
Cara- cara:
1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan di atas.
2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam magkuk.
Mahu tambah buah fresh, mangga, tembikai, strawberry atau buah naga pun boleh. Benda boleh buat senang, bua tapa nak buat yang susah.
Selamat mencuba ya…
Baca Juga:
Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Mudah sangat resipi yang dikongsikan. para ibu bolehlah buat untuk jamu kepada keluarga buat minum petang. Sedap makan sejuk- sejuk. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)