Bila ada anak yang semakin membesar, stok makanan mesti kena sentiasa ada di rumah. Bukan anak je yang suka mengunyah, ibu ayah pun sambil tonton televisyen dan layan anak-anak pun nak juga makan.
Ok untuk nak beri idea kudapan pada ibu, apa kata cuba buat Pepero Popia Almond Stick yang sedap dan ranggup. Kudapan ni sangat mudah nak buat kerana tak perlu pun kepakaran yang beriya sangat.
Sambil-sambil layan anak pun boleh gulung dan siapkan. Rasanya bila letak dalam balang, sekejap je boleh habis. Nak tahu cara buatnya, berikut resipi yang dikongsikan oleh Anie Dza (Cik Za)
Confirm makan nanti.. Fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu..
Pepero Popia Almond Stick
Bahan-bahan:
– Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ada yang kulit mudah koyak.
– Coklat masakan (saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih mak-mak guna coklat beryl’s
– Almond cincang dalam 200gram
Okey…3 bahan asas je semuanya
Ads
Cara-cara:
-Sebungkus kulit popia tu di belah 4. Kalau ada 40 keping, jadilah 160 keping -Coklat masakan -Almond di panggang kejap dalam oven 150°c 10 minit..
-Gulung satu persatu.. Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.. -Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.. -Selepas siap semua… Rehatkan kejap dalam esbok ntuk keraskan gulungan popia
Selepas itu goreng gulungan popia sampai agak kekuningan..
Ads
Selepas di goreng. Toskan di atas tisu dapur. Tunggu sejuk kejap
Sementara itu separuh coklat masakan potong kecil-kecil. Saya kukus je.. Malas nak double boil bagai. Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuan nutuk nampak coklat berkilat.
Coklat tadi masuk dalam mug. Senang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh. Agak-agak yang hujung boleh pegang.
Ads
Lepas tu taburkan almond yang dah di panggang tadi. Pastikan kena kat celupan coklat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan cuaca panas sekarang ni, dapat basahkan tekak dengan dessert seperti puding memang sedap. Makan pula sejuk-sejuk memang layan!
Kali ini, resipi puding roti boleh mama cuba. Jika ada roti yang dah nak expired, daripada terus buang, baiklah buat resipi ini. Satu keluarga boleh makan. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Nawar Azhar.
Puding Roti Tembikai
– 10 gram serbuk agar2@agar2 tali
– 4 cawan air
– 1/2 cawan gula pasir
– 3-4 biji gula batu yang kecil
– 1 cawan susu cair
– 1/2 cawan susu pekat
– 2 sudu besar butter@marjerin
– 3 keping roti gardenia..buang kulit tepi dan carik2kan
– Esen vanila
– Bijan hitam untuk biji tembikai..saya tak ada
– Pewarna hijau
– Pewarna merah
– Pewarna putih..optional
– Loyang 7×7 basahkan dengan sedikit air
Cara penyediaan:
Satukan roti, susu cair dan susu pekat, blend sampai halus, ketepikan
2. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sampai gula betul-betul larut mendidih. Masukkan bahan blend tadi bersama esen vanila dan butter, kacau sebati didihkan sekejap, tutup api.
Tak tahan rasanya saat melihat kuih lompang pandan ini dikeluarkan daripada acuannya. Teramatlah lembut. Kuih tradisional yang satu ini rupanya cukup mudah hendak disediakan. Hanya satukan semua bahan dan blender hingga adunan sebati. Kemudian terus sahaja di kukus hingga masak.
Resipi mudah yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini cukup menarik hendak dicuba. Ada rahsia supaya kelapa lebih tahan lama. Jom cuba!
Hujung minggu ni jom isi waktu lapang anak-anak dengan buat sendiri Rainbow Unicorn Cakes resipi paling mudah dan senang. Anak-anak confirm suka!
Salam anak-anak mak. Mak ajar kan kek yang menarik minat anak-anak dan sedap lembut dimakan. Mudah sangat semua boleh buat jom mak ajar ya.
Rainbow unicorn cakes
Bahan-bahan
Cairkan butter 120g, ketepikan
5 biji telur
1 sb ovalate
2 cawan self rising
60g susu segar
180g gula halus
Esen vanila
Cara penyediaan
Mix sampai gebu. Masukkan butter kacau dan bahagikan beberapa colour. Guna loyang 5 atau 6inci ya.
Lapik dengan baking paper. Isi 1/4 loyang dan bakar suhu 180 masa 15 minit. Ulang semua colour smpai siap.
Biarkan sejuk ya. Cream dia fresh cream apa-apa jenama. Mix kental. Masuk lebih piping beg cream perasa ori. Boleh tambah sket esen vanila kalau nak. Yang lain cream letak dalam bekas. Masuk pewarna soft-soft je kacau.
Masuk piping beg dalam isi cream basic putih je ye. Yang luar baru cream bercolour.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.