Hati ibu ayah mana yang tidak merasa sedih apabila melihat anak tersayang jatuh sakit. Sedangkan demam biasa pun buat kita rasa nak menangis, apa lagi jika anak disahkan menghidap penyakit kronik.
Penyanyi rap, Kmy Kmo melalui hantaran di Instagram Story berkongsi tentang perjalanan anak sulungnya, Abdul Jabbar Rakeem atau Jabbar yang diuji dengan masalah kesihatan sejak kecil.
“Semenjak kamu bayi, kamu diuji dengan buah pinggang bengkak. Setiap beralih tahun, kamu akan diturunkan dengan ujian yang menanda aras baru pada kekuatan diri kamu.
Sehinggalah tahun ni, diuji dengan ketahanan baru. Jabbar nampak kan betapa Allah sayangkan kamu dan keluarga kita?”
Menurut bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini, Jabbar didapati mengalami buah pinggang bengkak sejak kecil. Sebagai seorang ayah, dia tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Ads
Katanya, tanyalah kepada sesiapa pun, dia akan terus berhempas pulas dan berusaha melakukan apa saja yang perlu demi mewarnai zaman kanak-kanak Jabbar.
Ads
Menitip doa untuk kesihatan anaknya, Kmy mengharapkan Jabbar terus diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang dihidapinya.
Ads
“Perkasalah wahai Jabbar melawan kuman-kuman jahat yang ada dengan Rahmat, zat Al-Jabbar. Semoga doa Nabi Ayub menemani tidur malammu demi memulihkan..”
Tiadalah kudrat seorang lelaki jika kekuatan tidak datang dari isteri tercinta. Perkara ini diakui oleh Kmy yang mengatakan kekuatannya datang dari semangat cekal isteri tercinta, Syifa Diana. Doa dan kasih sayang Syifa menjadi penguat bukan saja buat dirinya tetapi anak-anak dalam melalui ujian yang melanda.
Menurut Kmy, anaknya telah menjalani prosedur LP (Lumbar Puncture) untuk mendapatkan sampel cecair tulang belakang untuk mendiagnosis otak Jabbar bagi mengenal pasti jika ada kemungkinan jangkitan kuman atau radang otak berlaku. Kmy, Syifa dan seluruh keluarga mereka memohon doa dari orang ramai agar keputusannya negatif.
Kmy juga tidak henti beri semangat kepada Jabbar, memberitahu yang semua orang sayangkan anaknya seperti mana dia sayang pada peminat-peminatnya. Untuk terus memberikan kekuatan buat keluarga Kmy, sama-sama kita kirimkan doa buat Abdul Jabbar Rakeem.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kembar seirasyatim piatu terima ijazah kelas pertama, gembira dapat balas jasa nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.
Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama
Dari kiri: Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof bersama neneknya, Wan Zaharah Ahmad dan Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof.
Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.
Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
SITI NUR MASMERA DALINA DAN SITI NUR MASTIKA DALIANA MASING-MASING MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PERALATAN) DENGAN KEPUJIAN.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.
“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.
Gembira Dapat Balas Jasa Nenek
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.
“SAYA SANGAT BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAAN MEREKA. WALAUPUN KAMI TIDAK MEMPUNYAI BANYAK HARTA, SAYA SELALU BERPESAN SUPAYA MEREKA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.
“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.
PADA MAJIS ITU, SITI NUR MASMERA DALINA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH REKTOR ATAS KECEMERLANGANNYA YANG TIDAK HANYA TERHAD KEPADA BIDANG AKADEMIK TETAPI JUGA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.
“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.
Ada hari anak tantrum tanpa sebab. Ada hari anak tak mahu makan walaupun kita dah masak sedap-sedap. Ada hari anak tak mahu mandi, tak mahu tidur, tak mahu ikut cakap. Kita rasa lemah. Rasa gagal. Rasa macam kita tak cukup bagus untuk jadi mak atau ayah.
Tapi sebenarnya, kita tak pernah perlu jadi sempurna. Kita cuma perlu jadi cukup baik. Anak-anak tak perlukan ibu bapa yang flawless. Mereka perlukan ibu bapa yang cuba sedaya upaya, walaupun tak sempurna.
Setiap ibu pernah rasa bersalah. Salah bagi anak tengok gajet lama sangat. Salah sebab tak sempat ajar anak ABC hari ni. Salah sebab kita marah anak walau tahu dia belum faham. Tapi semua rasa tu menunjukkan yang kita peduli. Yang kita ambil berat.
Anak akan membesar dengan kenangan tentang bagaimana kita layan mereka, bukan apa yang kita bagi. Mereka tak ingat pun mainan mahal yang kita beli, tapi mereka ingat bila kita duduk baca buku sama-sama. Mereka tak ingat lauk apa yang kita masak, tapi mereka ingat bila kita cakap “Mama sayang adik.” Anak akan simpan semua rasa tu dalam hati mereka, walaupun mereka tak tahu cara nak ungkapkan.
Ada masa kita buat silap. Kita marah terlebih. Kita abaikan anak sebab terlalu penat. Tapi kita masih ada peluang untuk betulkan. Kita boleh peluk anak, minta maaf dan cakap, “Mama pun tengah belajar jadi mama.”
Tak ada siapa lahir-lahir terus pandai jadi ibu atau ayah. Kita semua belajar sepanjang jalan. Dan dalam proses tu, anak pun belajar — tentang kesabaran, tentang kasih sayang, tentang manusia yang tak sempurna tapi tetap mencuba.
Jadi jangan bandingkan diri dengan ibu bapa lain. Jangan terlalu tekan diri sendiri untuk jadi ‘perfect’. Cukup kita hadir, dengar, peluk dan cinta. Itu pun dah luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cikgu, susah betul nak kawal anak puan hari ni. Dia tak berhenti bergerak, susah fokus dalam kelas.” – inilah antara luahan yang sering kita dengar daripada guru sekolah. Ramai ibu bapa mungkin tak sangka, puncanya boleh jadi pengambilan gula berlebihan dalam diet harian anak.
Anak-anak memang suka makanan manis. Gula-gula, air kotak, biskut manis – semua jadi kegemaran. Tapi ibu ayah tahu tak, pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan pada tingkah laku dan pembelajaran mereka?
Gula Buat Anak Jadi “Tak Reti Duduk Diam”
Gula adalah sumber tenaga segera. Bila anak minum air manis, makan coklat, gula-gula atau jajan bergula tinggi, tahap gula dalam darah mereka naik mendadak. Kesan seketika ini membuatkan anak:
Terlalu aktif, berlari ke sana ke mari.
Sukar duduk diam semasa guru mengajar.
Mudah hilang fokus terhadap tugasan sekolah.
Masalahnya, tenaga ini hanya bertahan sekejap. Selepas itu, tahap gula akan jatuh mendadak dan anak pula jadi cepat penat, moody atau meragam. Inilah yang sering disebut sebagai “sugar rush” diikuti dengan “sugar crash”.
Tidak Semua Anak Sama, Tapi Ibu Bapa Perlu Peka
Perlu diingat, bukan semua kanak-kanak menunjukkan reaksi sama terhadap gula. Ada anak yang sangat sensitif hingga jadi hyper selepas hanya sedikit gula, manakala ada yang nampak biasa sahaja.
Namun, jika ibu bapa perasan anak mula:
Terlalu aktif selepas makan manis,
Sukar kawal emosi atau cepat meragam,
Tak boleh fokus dalam kelas,
itu tanda jelas untuk kawal pengambilan gula mereka.
Cara Bijak Kurangkan Gula Anak
Pilih buah sebagai pemanis semula jadi – daripada beri anak gula-gula, gantikan dengan buah segar atau kering (tanpa gula tambahan) seperti kurma, kismis atau pisang.
Biasakan susu tanpa gula tambahan – elakkan serbuk minuman segera atau susu pekat manis. Susu segar atau susu UHT tanpa gula lebih baik.
2. Masak sendiri makanan ringan – buat muffin pisang, puding susu atau agar-agar buah di rumah. Lebih sihat dan ibu ayah boleh kawal kandungan gula.
3. Kurangkan pengaruh iklan makanan manis – anak mudah terpengaruh dengan iklan air kotak dan snek di TV atau YouTube. Ajar mereka untuk pilih makanan sihat sejak kecil.
4. Tetapkan had masa untuk ‘treat manis’ – contohnya hanya sekali seminggu. Bila ada had, anak belajar menghargai makanan tersebut dan tidak ketagih gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.