Walau anak kita terlambat bercakap tapi mereka punya emosi yang sebenarnya kita tidak perasan. Anak lebih kecewa bila mana kita seolah-olah tidak cuba untuk memahami setiap yang mereka ingin perkatakan.

Berilah masa dan belajar untuk mendengar dan sekaligus membantu apa anak nak cuba sampaikan. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini patut mak ayah jadikan panduan. Belajar fahami anak!


Anak saya ni yang bongsu ni ada sedikit kelewatan bercakap. Masuk umur dia setahun setengah, saya dah perasan dia bercakap dengan butir kata yang tak difahami, dan dia kerap meragam.

Kemudian saya ada bawa dia ke pusat rehab saya untuk dinilai oleh jurupulih terapi carakerja (occupational therapist/OT) sama ada dia ada tanda-tanda spektrum Autism (ASD).

Saya doktor rehab, tapi bila saya kena nilai anak sendiri, pasti akan ada bias dalam penilaian saya. Saya tak mahu penilaian yang dipengaruhi faktor peribadi. Jadi saya minta OT saya nilai.

“Perkataan “Heart Broken” Dari Anak Buat Saya Tersentak” Anak Lambat Cakap, ‘Deep’ Perkongsian Doktor Ni!

Selepas dinilai, OT saya kata, anak saya ni fokusnya OK, boleh mengikut arahan, dan tiada tanda-tanda besar yang dia ada ASD. Cuma, pertuturan dia lewat. OT saya pun pesan saya beberapa perkara untuk rangsang dia bercakap.

Walaupun nampak pelik sikit: Pekerja pesan pada boss, OT mengajar doktor rehab. Namun, pada ketika itu saya mendengar sebagai seorang bapa, bukan sebagai boss atau doktor. Saya ada juga hantar anak saya ke jurupulih pertuturan(speech therapist).

Alhamdulillah ada perkembangan. Apabila dia mula bercakap, walaupun dia hanya cakap dalam ayat yang mengandungi satu atau dua perkataan, dia berani cakap apa yang terbit dalam hati dia.

IKLAN

“Perkataan “Heart Broken” Dari Anak Buat Saya Tersentak” Anak Lambat Cakap, ‘Deep’ Perkongsian Doktor Ni!

Ada satu malam tu, dia macam merajuk. Saya pun pergilah pujuk dia. Saya tanya dia kenapa dia bermuram sahaja. Dia jawab 3 perkataan sahaja, tapi ia buat saya tersentak. “Amal, heart broken”

Itu yang dia kata. Bila saya cuba korek lagi kenapa dia cakap macam tu, dia cuba sampaikan perasaan dia dengan perkataan terhad yang dia tahu. Lebih kurang beginilah apa yang dia cuba beritahu:-

Oleh kerana dia sukar bercakap, dia selalu rasa sedih sebab apabila dia nak beritahu sesuatu, saya dan isteri tak dapat faham. Bila kami tak faham, dia pun akan ulang-ulang cakap. Kadang-kadang dia tinggikan suara.

Bila dia asyik ulang dan tinggi suara, kami pula marah dia. Akhirnya dia tak berjaya sampaikan isi hati dia, malah dimarahi dia. Itulah yang buat dia “heartbroken”. Rasa sedih pula bila mengenangkan berapa kerap saya marah dia sebelum itu.

Sebenarnya kalau saya layan mendengar dia elok-elok dan dengan sabar, saya akan boleh faham apa dia nak cakap. Cuma selama ni saya tak sabar, saya penat dengar dia ulang perkataan yang saya tak faham. Saya tak benar-benar cuba untuk faham.

Sekarang ni pada umurnya baru masuk 4 tahun, setiap malam, dia akan panggil saya ke bilik tidurnya. Bukan dia minta saya bacakan cerita untuk teman dia tidur, tapi dia minta saya dengar dia bercakap. Dia akan bercerita panjang.

IKLAN

Percakapan dia masih belum fasih. Kadang-kadang salah perkataan yang digunakan. Kalau dia tak tahu nak gunakan perkataan apa, dan dia tunjuk pakai bahasa isyarat tangan. Ada masa, dia dah buntu bagaimana nak beritahu dia akan kata “errm, I don’t know” sambil buat muka pasrah.

Tak seperti dulu, sekarang ni saya akan dengar semua celoteh dia. Yang mana salah, saya betulkan. Yang mana saya tak faham, saya cuba teka dan tanya dia adakah itu yang cuba dia maksudkan. Ada masa saya teka betul, ada masa salah. Kalau betul, dia gembira bukan main.

“Perkataan “Heart Broken” Dari Anak Buat Saya Tersentak” Anak Lambat Cakap, ‘Deep’ Perkongsian Doktor Ni!

Banyak malam, dia tertidur ketika dia asyik bercerita. Banyak malam juga saya tertidur di biliknya ketika dia bercerita. Sesetengah malam, saya tidur di katilnya sampai esok pagi. Ada pagi, jika dia bangun sebelum saya, dia kejut pula saya untuk dia sambung bercerita.

Ada hari, ketika saya sibuk menaip di komputer, dia tiba-tiba datang kepada saya dengan wajah gembira dan bertanya apa saya buat. Lepas saya beritahu saya buat kerja, dia pun kata “OK! Amal like(love) you, Ayah.” kemudian dia akan lari meninggalkan saya dan sambung bermain.

Celotehnya macam tak ada penghujung, tapi saya pasti bila dia membesar, dah ada ramai kawan, dah ada kekasih, pasti dia tidak lagi mencari saya untuk berkongsi perasaan dan isi hati dia. Ketika itu pasti saya akan rindu gelagat dia. Saya pasti rindu kejujuran kata-kata dia.

IKLAN

Cuba lihat wajah anak-anak kita semasa mereka tidur atau leka bermain. Tanya diri kita sama ada kita ni benar-benar tahu apa yang terbuku dalam hati mereka atau tidak. Pernah tak mereka luahkan? Kenapa mereka tak luahkan pada kita? Adakah kita yang tak mendengar?

Hanya kalian tahu jawapannya, dan saya harap kalian tahu apa perlu kalian dibuat. Jangan tunggu esok, jangan tunggu lusa. Jangan rugikan baki masa yang kit ada bersama mereka.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Seorang Lelaki, belajar menjadi Ayah

Menarik: Anak Mengamuk Serentak Buat Mak Ayah Jadi Tak Keruan, Tak Perlu Marah-marah, Guna Teknik Disyorkan Pakar Ni

“Perkataan “Heart Broken” Dari Anak Buat Saya Tersentak” Anak Lambat Cakap, ‘Deep’ Perkongsian Doktor Ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI