Kasih datuk pada cucu! Itulah yang boleh disimpulkan sebaik melihat video yang dikongsikan oleh Zahirah MacWilson apabila dia membawa pulang anak sulungnya yang juga cucu pertama berjumpa dengan bapanya Zainol MacWilson.

Sebak dapat jumpa cucu sulung

Sejak kelahiran Isaac Raees pada 5 Januari 2021, ini kali pertama Zahirah dapat bertemu dengan bapanya. Isteri kepada Aiman Hakim Ridza ini mengakui detik pertemuan ini sangat dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga kerana selepas Isaac Raees 10 bulan baru dapat balik ke kampung halaman di utara semenanjung itu.

Sebelum ini, beberapa bulan sebelum melahirkan cahaya matanya, pasangan berkenaan telah terbang ke Perth, Australia iaitu kediaman ibu Zahirah untuk menyambut orang baru disana.

Selepas Isaac Raees berusia tiga bulan, mereka sepakat untuk pulang semula ke Malaysia kerana masing-masing harus meneruskan kerja-kerja yang sudah dijadualkan sebelum ini.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak dapat ke mana-mana dan hanya berada di ibu kota sahaja.

Namun setelah Perdana Menteri membuat pengumuman rentas negeri dibolehkan, Zahirah dan Aiman tak melepaskan peluang untuk membawa Isaac Raees bertemu datuknya. Ternyata reaksi mereka berdua sungguh mesra dan sesiapa melihatnya boleh jatuh air mata.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Pertama kali sampai ke rumah, Zahirah menghulurkan Isaac kepada Zainol dan tak semena-mena air mata menitis sambil mencium cucu. Ternyata kerinduan itu sudah lama dipendam.

Isaac pun seolah-olah faham dan tak menangis walaupun itu adalah kali pertama berjumpa. Nampak reaksi Isaac pun manja dengan datuknya.

Zahirah sempat mengabadikan momen istimewa itu di ruangan Instagram dan rata-rata warganet berasa sebak melihat situasi tersebut.

IKLAN

Manja sangat dengan grandpa

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata berasa gembira melihat situasi itu lebih-lebih lagi Isaac yang sangat manja dan tidak takut berjumpa dengan orang baru.

Sebelum ini, ibu dan bapa kandung Zahirah sudah berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Ibunya mengambil keputusan untuk menetap di Australia manakala bapanya, Zainol MacWilson kini masih berlakon dan menjalankan perniagaan serta menetap di Perlis.

IKLAN

Kredit: Instagram Zahirah MacWilson

 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)