Ibu mana yang tidak bimbang bila mana anaknya jatuh sakit. Apa lagi dijangkiti virus Chicken Pox yang membuatkan permukaan kulit anak tidak cantik.

Anak kepada selebriti Lufya Omar turut sama dijangkiti Chicken Pox yang kini sedang meningkat kes jangkitannya di negara kita.

Melalui Instagramnya, Lufya memuat naik video anaknya, Laana Haura yang dijangkiti virus itu. Kongsi Lufya menerusi kapsyennya, anak kecilnya itu tidak dapat tidur kerana mengalami gatal-gatal.

“Haura Tak Cantik” Anak Tak Boleh Tidur, Gatal-Gatal Kena Chicken Pox, Lufya Mohon Tip!

“Semalaman melayan Haura tak boleh tidur kene Chicken Pox!

“Teringat dulu masa kecik kemain gatal mengeyam,” kongsi Lufya menerusi Instagramnya.

Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah tenang Haura yang mengadu kepada ibunya. Kongsi anak kecil itu, dia kini tidak lagi cantik selepas dijangkiti virus itu.

“Haura Tak Cantik” Anak Tak Boleh Tidur, Gatal-Gatal Kena Chicken Pox, Lufya Mohon Tip!

IKLAN

“Haura tak cantik,” kata Haura sambil menunjukkan beberapa bintik-bintik air di seluruh badannya yang mula timbul.

Namun wajah tenang dan ceria Haura menjadi perhatian. Mana tidaknya, walau badan sudah pun penuh dengan bintik Chicken Pox dan mengadu tidak cantik kepada ibunya, namun wajahnya tetapi ceria seperti tidak sakit. Sememangnya anak yang kuat dan ceria.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

IKLAN

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Dalam pada itu, Lufya juga turut memohon tip bagi menghilangkan parut itu daripada pengikutnya mengenai jangkitan itu.

“Haura Tak Cantik” Anak Tak Boleh Tidur, Gatal-Gatal Kena Chicken Pox, Lufya Mohon Tip!

“Kalau kene ni tak boleh mandi kan?

“Any tips boleh share untuk hilangkan rasa gatal and penjagaan supaya tiada kesan parut selepas pulih.

IKLAN

“Pagini dah start banyak kuek kuek Haura panggil. Dia nangis sebab gatal. Pls share everyone,” katanya yang meminta tip dari wargamaya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

“Haura Tak Cantik” Anak Tak Boleh Tidur, Gatal-Gatal Kena Chicken Pox, Lufya Mohon Tip!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI