PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini! Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara sebentar tadi sememangnya sudah dijangka lebih awal. Malah ia merupakan satu tindakan yang sememangnya perlu dilakukan demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Melalui perutusan khas tersebut, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa perlaksanaan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta pakar-pakar perubatan. Dan inilah yang terbaik buat kita semua.

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April diharap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakyat Malaysia. Malah dalam ucapannya, Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur kerana rasa tanggungjawab rakyat Malaysia yang patuh dengan arahan PKP.

” Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!

Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan,” kongsinya.

IKLAN

Malah Perdana Menteri turut meminta rakyat Malaysia agar bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus,” kongsinya lagi.

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!

 

IKLAN

Jalani Kehidupan Kebiasaan Baharu
Malah dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyatakan hasrat agar masyarakat Malaysia menjalani kehidupan baharu. Apa yang kita biasa lakukan sebelum ini kita elakkan demi memastikan kesihatan terjaga disamping membendung penularan wabak Covid-19 ini.

“Kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!

IKLAN

Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.

Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask.

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April, PM Mahu Rakyat Jalani Kehidupan ‘Kebiasaan Baharu’!

 

Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang,” katanya yang turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana berdisiplin dan patuh kepada arahan PKP.

Malaysia sebelum ini telah menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan memasuki fasa ketiga selepas berakhirnya fasa kedua pada 14 April ini. Semoga kita terus patuh untuk kekal berada di rumah dan terus menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI