Buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan besar yang berada di dalam mulutnya di London terus menunjukkan perkembangan positif bila mana kini sudah mula menjalani rawatan membuang alat tracheostomy.
Alat ini yang dipakaikan sejak seminit pertama hidupnya membolehkan Ainul terus bernafas dengan baik sehingga usianya kini lima tahun.
Pun begitu menurut perkongsian ayahnya, Ahmad Saiffudin, sejak akhir-akhir ini Ainul kerap terkena jangkitan hingga pernah mengancam nyawanya pada penghujung tahun lalu.
Lalu selepas mendapatkan nasihat terbaik dari doktor yang merawatnya, doktor cuba untuk menanggalkan alat bantuan pernafasan itu yang selama ini digunakan Ainul.
Menerusi facebook, bapa Ainul turut berkongsi kisah rawatan susulan itu demi untuk kesihatan yang lebih baik buat anak sulungnya.
Gambar Kiri 4 tahun lepas. Gambar Kanan hari ini ( sekarang ). Lokasi yang sama. Keadaan yang berbeza. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatNya.
Ainul akan buat beberapa procedure untuk plan tutup tracheostomy yang dia dah pakai sejak seminit pertama hidupnya.
Ads
Jika nak tahu, tiub pernafasan yang Ainul guna hari ini adalah rawatan pertama yang dia terima sejurus selepas keluar dari perut mamanya.
Tahun ini Ainul 5 tahun. Sepanjang 5 tahun ni Ainul kerap dapat lung infection sehingga tahap menggugat nyawanya ( tahun lepas ).
Doktor nampak puncanya dari trachy. Sebab jika manusia normal, kita ada hidung yang Allah swt ciptakan sebaik-baik ciptaan untuk manusia sebagai pelindung untuk sistem pernafasan kita ( filter ), tapi untuk patient yang guna trachy, mereka bernafas “direct” terus ke paru-paru.
Untuk keadaan Ainul yang dahulu, mungkin trachy ini dia perlukan. Tapi untuk sekarang, doktor yakin yang Ainul mungkin dan tak perlukan dan Doktor lebih mahu menjaga kesihatan paru-parunya.
Ainul juga akan lambat membesar apabila kerap jatuh sakit berpunca dari jangkitan. Jadi, hari ini Ainul ke hospital untuk pergi ke rawatan seterusnya. Ainul masih ada banyak rawatan susulan.
Tapi tak apa, kita buat sikit-sikit tapi yakin ianya yang terbaik. Lagipun Ainul tak perlu kejar apa apa. Alhamdulillah, banyak kebaikan yang dia dah berjaya capai.
Ads
Minggu ini Ainul duduk di hospital, banyak procedure nak kena buat. Sebelum Doktor periksa laluan pernafasannya (airway), Doktor mahu test pemakanan Ainul dahulu. Doktor nak tengok Ainul menelan sebelum trachynya dicabut.
Kalau yang tak tahu, Ainul memang tak pernah makan guna mulut sejak lahir. Di perut Ainul ada tiub pemakanan. Dari lahir sampai hari ini ainul makan guna tiub pemakanan. Tapi tiub pemakanan ini chapter seterusnya yang doktor akan tengok. Bukan sekarang. Tak perlu terburu-buru. Step by step. Yang penting Ainul sihat dan membesar dengan baik.
InshaAllah Allah swt tahu apa yang terbaik. As a parents, kami akan usaha yang terbaik untuk puteri kami ini. Mudah mudahan Allah swt dorongkan dan beri jalan yang terbaik.
Youtuber Syahmi Sazli ada memuatnaik sebuah video di lan Instagram di mana isterinya, Anissa Faizul membuat kejutan memberitahu yang dia sedang hamil anak kedua mereka. Di dalam video itu, Anissa dan rakan-rakannya dilihat membawa kek untuk Syahmi yang sedang duduk di dalam bilik.
Sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Syahmi, rakan-rakan Anissa memberikan kek yang dibawa kepada Syahmi. Salah seorangnya mengucapkan tahniah kepada Syahmi. Dia yang ketika itu ‘blur’, tidak faham maksud tulisan di atas kek; Congratulations Baba #2. Kemudian, isterinya menghulurkan kit ujian kehamilan yang menunjukkan positif hamil tiga minggu.
Berita tersebut amat menggembirakan Syahmi yang tetap keliru walaupun sudah dijelaskan oleh isterinya bahawa dia kini hamil anak kedua mereka. Menerusi perkongsian di laman Instagram Anissa pula, dia berkongsi dua foto bersama Syahmi dengan kapsyen Alhamdulillah #permohonanadikainuldiluluskan.
Ada ke mommies yang tengah pregnant sekarang? Jom, join e-workshop Pa&Ma yang akan share macam-macam ilmu untuk dapat baby. Yang bestnya, e-workshop ni FREE! Perkongsian ilmu dari Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) dan Pn Bel Nawhen (Jururawat Bertauliah). Issey pun ada nak share pengalaman dia dapat baby baru-baru ni. Jom daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah tragis seorang murid Tahun 4 yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah rendah di Senawang benar-benar meruntun hati ramai. Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta setelah dibawa oleh guru disiplin.
Menurut laporan Sinar Harian, selepas laporan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, pihak polis mengesahkan punca kematian murid terbabit adalah disebabkan tekanan pada bahagian leher. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.
Siasatan rapi sedang dijalankan
Menurut beliau, sehingga kini pihak polis telah merakamkan keterangan daripada 27 individu termasuk saksi kanak-kanak. Siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar sebelum kejadian dan keadaan mangsa sewaktu ditemui.
Gambar Ahmad Hasbi (Harian Metro): Ibu bapa murid tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah ketika hadir di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini.
“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus serta dengan mengambil kira sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas beliau.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan siasatan serta menambah luka kepada keluarga mangsa.
Kes masih dalam klasifikasi awal
Sebelum ini, pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang melibatkan unsur buli. Namun siasatan masih diteruskan secara rapi untuk merungkai punca sebenar tragedi menyayat hati ini.
Jenazah murid berkenaan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights malam semalam dengan diiringi air mata keluarga dan sanak saudara.
Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak
Kehilangan ini membuka mata semua pihak tentang betapa pentingnya keselamatan dan kesejahteraan anak-anak ketika berada di sekolah. Ibu bapa perlu lebih peka terhadap emosi dan perubahan tingkah laku anak, manakala pihak sekolah pula harus menitikberatkan aspek keselamatan murid agar tragedi sebegini tidak berulang.
Pa&Ma menyeru agar masyarakat bersama-sama memainkan peranan dalam mendidik anak-anak dengan nilai empati, kasih sayang dan hormat sesama rakan. Setiap nyawa anak-anak adalah amanah yang sangat berharga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon aksi terkenal dan usahawan berjaya, Hairul Azreen meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menikmati percutian mewah bersama keluarga tersayang di Equarius Ocean Suite, Sentosa, Singapura akhirnya tercapai.
Perkongsian manis itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Hanis Zalikha, menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan keindahan hotel bertaraf lima bintang dengan pemandangan ‘mini aquaria’ yang memukau dari dalam bilik mereka.
Momen eksklusif itu jelas menunjukkan kebahagiaan keluarga kecil ini yang diiringi suasana damai dan tenang di dasar laut buatan.
Impian Sejak Tahun 2014
Menurut Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, pengalaman bermalam di suite unik ini bukanlah sekadar percutian biasa. Ia merupakan antara impian yang telah lama dipasang sejak beliau masih bujang pada sekitar tahun 2014.
“Sebelum kahwin, saya pernah muat naik salah satu impian saya suatu hari nanti.
“Hari ini bersama keluarga. Impian tercapai,” kongsi bapa kepada dua cahaya mata ini.
Menerusi perkongsian video itu, Hairul dan Hanis berkongsi video ketika berada di dalam bilik yang berdindingkan lautan yang sudah pastinya membuatkan anak-anak teruja sepanjang masa.
Menariknya, bilik hotel dua tingkat itu dikatakan berharga hampir RM10 ribu semalam. Memang terbaik!
Namun bagi pasangan muda ini ia pastinya momen yang cukup berbaloi apa lagi dapat memberi satu pengalaman yang cukup berharga buat dua anak mereka, Yusof dan Alisa.
Pujian & Doa Warganet
Meninjau ruangan komen ramai dalam kalangan warganet yang turut merasa bahagia melihat kemanisan rezeki keluarga selebriti ini.
Mereka menyatakan rasa kagum terhadap dedikasi Hairul dalam mengejar impian dan mendoakan semoga lebih ramai juga dapat merasa pengalaman istimewa seperti itu.
Tidak kurang juga yang memuji sikap Hairul yang masih mengekalkan semangat menghargai impian lama meskipun sudah mengecapi pelbagai kejayaan.
Untuk info, Equarius Ocean Suite di Sentosa dikenali sebagai antara penginapan paling eksklusif di Singapura, menampilkan reka bentuk dua tingkat dengan ruang tidur bawah tanah yang menghadap terus ke akuarium raksasa berisi pelbagai spesies laut.
Sumber: Instagram @haniszalikha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.