Lempeng antara resipi yang paling mudah disediakan malah paling praktikal untuk dibawa ketika travel. Ia mengenyangkan malah mendidik anak untuk makan sendiri. Selain lempeng pisang dan lempeng kelapa yang cukup popular, variasikan pelbagai aneka lempeng untuk menarik perhatian anak untuk makan.
Gunakan pelbagai jenis buah dan sayuran yang menarik agar anak makan lebih berselera. Aneka lempeng yang disediakan oleh ibu ini, Puan Norlaila Mohd Yusof boleh dicuba. Macam-macam jenis lempeng termasuk dragonfruits, oat dan kurma. Sedap.
Lempeng Pisang
Anak saya, Irfan suka sangat makan lempeng masa sarapan. Ibu pun rasa lempeng makanan paling senang nak buat dan mengenyangkan. Dan paling senang nak bawa bekal kalau ibu dan ayah keluar sarapan kat kedai.
Hidangan minum petang sudah semestinya menjadi kewajipan bagi kita sekeluarga. Tidak sah tanpa sepinggan kuih bersama secawan teh panas yang menyegarkan petang hari. Namun hidangan atau menu bagaimana yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami?
Apam Kampung antara kuih tradisi yang paling senang untuk disediakan. Resipi perkongsian Pn SuiSan Aleizha ini cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja, apam tersedia buat keluarga. Jom cuba!
Sepetang bersama Apam Kampung & Teh panas. Kuih orang dulu-dulu, alhamdulillah sempat belajar dengan Uwan & arwah mak. Saya sertakan resepi jika ada yang berminat.
Resepi:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
2 senduk gula pasir
1 senduk setengah gula merah ( bancuh dengan air panas, kemudian sejukkan)
Gaul tepung bersama mauripan bagi sebati, kemudian masukkan gula pasir ratakan.
Masukkan air gula merah dan air manis ikut masing-masing. Bancuh jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat, sedang-sedang je. Tutup rapat dengan dulang atau tutup periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian dah berbuih-buih, kacau semula, isi dalam talam kukus 20 hingga 25 minit.
Pastikn air dalam kukus betul-betul mendidih, dah masak angkat sejukkan baru potong.
Kelapa parut jangan sampai tempurung, gaul sedikit garam dan gaul dengan apam.
Siap!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bagi yang pernah menikmati semangkuk Kueteow Theng’ pasti tak cukup semangkuk. Pasti bertambah. Resipi sup simple dengan minyak bawang putih ini memang lain dari yang lain.
Resipi perkongsian mama Aisha Shukor ini mama wajib cuba. Sedap sungguh!
Sumpah sedap “Kueyteow Th’ng”. Done puji diri sendiri tapi memang tak percaya hasil kajian sendiri dan olah cara sendiri, hasilnya Masha Allah. Tak percaya, sila cuba. Cara campak-campak je ni..yang mudah dan cepat je. In Sha Allah korang tak menyesal.
Bahan-bahan:
Ayam -potong kecil
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Fishball, fishcake
2 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit lada sulah
Garam
Bahan Minyak Garlic
8 ulas bawang putih -chopped halus
Cili padi + kicap cair
Garlic Oil wajib
Lobak masin (ni tambah sendiri sebab kami suka hihi)
Daun bawang hiris
Kueyteow haluihhh
Taugeh
Satu kuali air didihkan, masuk bawang merah, bawang putih.
Masuk ayam yang dipotong kecil. Orang lain buat letak seketul-seketul besar, rebus dan angkat, ayam letak asing. Si ecah tak rajin, kita lebur je sekali semua.
Bila ayam dah empuk, masuk fishballs dan fishcake dan kiub pati ayam. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Minyak bijan satu sudu besar. Minyak bijan ni banyak kebaikannya. Jangan lupa sedikit lada sulah. Biar sup menggelegak.
Ni cara buat garlic oil, panaskan minyak lebih sikit dan tumis api sederhana.
Bila dah kekuningan camni, tutup api tapi masih teruskan kacau je sebab kalau tak, dia jadi hangit.
Kita nak elok brownish cantik camni. Siap garlic oil!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.
Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:
Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.